MS/Prabhupada 0063 - Saya Harus Menjadi Pemain Mridanga Yang Maha Handal
Arrival Lecture -- Dallas, March 3, 1975
Jadi saya amat gembira melihat suasana di sini. Pendidikan bermakna kesedaran Krishna. Itulah pendidikan. Jika kita memahami bahawa "Krishna adalah Yang Maha Esa. Beliau adalah Yang Maha Besar, dan kita semua adalah di bawah arahannya. Jadi tanggungjawab kita adalah untuk mengabdi Krishna. " Kedua-dua baris ini, jika kita memahaminya, maka kehidupan kita akan mencapai kesempurnaan. Jika kita hanya belajar bagaimana untuk menyembah Krishna, bagaimana untuk mendapat keredhaanNya, bagaimana untuk memakai -Nya dengan pakaian yang elok, bagaimana untuk memberikan Beliau makanan yang enak, bagaimana untuk menghias-Nya dengan perhiasan dan bunga, bagaimana untuk kita menyujud dengan penuh kehormatan kepada-Nya, bagaimana untuk memuji-muji nama-Nya, dengan cara ini, jika kita hanya berfikir, tanpa apa-apa yang kononnya pendidikan, kita akan menjadi seorang yang sempurna dalam alam semesta. Inikah kesedaran Krishna. Ia tidak memerlukan pendidikan A-B-C-D. Ia hanya memerlukan hanya penukaran kesedaran. Oleh itu, jika kanak-kanak ini diajar dari awal kehidupan mereka ... Kami mendapat peluang untuk dilatih oleh ibu bapa kami seperti ini. Ramai orang yang murni pernah melawat rumah ayahanda saya. Ayah saya adalah seorang Vaisnava. Beliau seorang Vaisnava, dan beliau mahu saya menjadi seorang Vaisnava. Setiap kali seseorang yang murni datang, beliau akan bertanya kepadanya, "Sila berkati anak saya supaya beliau boleh menjadi seorang hamba Rādhārāṇī." Itulah doanya. Beliau tidak pernah berdoa untuk apa-apa. Dan beliau memberikan saya pendidikan bagaimana untuk bermain mṛdaṅga. Ibu saya menentangnya.. Terdapat dua orang guru - satu untuk mengajar saya A-B-C-D, dan satu untuk mengajar saya mṛdaṅga. Jadi sorang guru menunggu dan guru yang seorang lagi mengajar saya bagaimana untuk bermain mṛdaṅga. Ini membuatkan ibu saya marah - "Apa ini yang tidak masuk akal ? Anda mengajar mṛdaṅga? Apa yang yang boleh dia lakukan dengan mṛdaṅga ini? " Tetapi mungkin ayah saya mahu bahawa saya menjadi seorang pemain mṛdaṅga yang pakar di masa hadapan. (Ketawa) Oleh itu, saya amat terhutang budi kepada ayah saya, dan saya telah mendedikasikan buku saya, buku Krishna, kepadanya. Beliau mahu akan ia. Beliau mahukan saya menjadi seorang pendakwah Bhagavata, Srimad-Bhagavatam, dan pemain mṛdaṅga dan untuk menjadi hamba Rādhārāṇī. Maka, setiap ibu bapa perlu berfikir seperti itu; jika tidak, kita tidak harus menjadi ayah dan ibu. Itulah perintah dalam sastera.. Itu dinyatakan dalam Srimad-Bhagavatam, Canto Lima, pitā na sa syāj jananī na sa syād gurur na sa syāt sva-jano na sa syāt. Dengan cara ini, kesimpulannya adalah, na mocayed yaḥ samupeta-mṛtyum. Jika seseorang itu tidak dapat menyelamatkan pengikutnya dari ambang maut , dia tidak sepatutnya menjadi seorang guru. Seseorang tidak seharusnya menjadi bapa atau ibu jika dia tidak boleh berbuat demikian. Dengan seseorang bukan rakan, bukan saudara mara, bukan bapa, bukan ..., jika beliau tidak boleh mengajar anak pihak yang satu lagi bagaimana untuk menyelamatkan diri dari cengkaman maut.
Maka pendidikan sebegini diperlukan di seluruh dunia. Dan dengan mudahnya seseorang boleh elak dari kesangkutan kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit, dengan hanya menyedari Krishna.