MS/Prabhupada 0066 - Kita Harus Mengikut Keinginan Krishna



Lecture on BG 16.4 -- Hawaii, January 30, 1975

Kini ia adalah pilihan kita sama ada kita mahu menjadi penyembah atau sama ada kita mahu kekal sebagai iblis. Itu adalah pilihan saya. Krishna bersabda bahawa "Anda lepaskan kegiatan yang jahat dan serahkan diri kepada-Ku." Itulah keinginan Krishna. Tetapi jika anda tidak bersetuju dengan hasrat Krishna, jika anda ingin menikmati keinginan anda sendiri, kemudiannya, Krishna juga berasa senang hati, nescaya akan membekalkan anda keperluan. Tetapi itu tidak begitu baik. Kita harus mengikut keinginan Krishna. Kita tidak harus membenarkan nafsu, nafsu jahat, berkembang. Itu dikatakan tapasya. Nafsu atau keinginan kita, kita harus korbankan. Itu dikatakan pengorbanan. Kita seharusnya menerima keinginan Krishna. Itulah arahan dari Bhagavad-gita. Keinginan Arjuna ialah beliau tidak mahu bertempur, tetapi sebaliknya Krishna inginkan pertempuran. Arjuna akhirnya bersetuju untuk dengan keinginan Krishna: "Ya," kariṣye vacanaṁ tava (BG 18.73): "Ya, saya akan bertindak mengikut keinginan Anda." Itulah bhakti.

Inilah perbezaan di antara bhakti dan karma. Karma bererti untuk memenuhi keinginan saya, dan bhakti bererti memenuhi keinginan Krishna. Itulah perbezaannya. Sekarang anda harus membuat pilihan anda, sama ada anda ingin memenuhi keinginan anda atau anda ingin memenuhi keinginan Krishna. Jika anda membuat keputusan untuk memenuhi keinginan Krishna , maka kehidupan anda berjaya. Itulah kehidupan kesedaran Krishna kita. "Krishna mahukannya, maka saya harus melakukannya. Saya tidak akan melakukan apa jua untuk kepentingan saya." Itulah Vrndavana. Semua penduduk Vrndavana, mereka cuba untuk memenuhi keinginan Krishna. Budak-budak pengembala lembu, anak-anak lembu, para lembu, pokok-pokok, bunga-bunga, air, para gopī, penduduk warga tua, Ibu Yaśodā, Nanda, mereka semua sibuk memenuhi keinginan Krishna. Itulah Vrndavana. Jadi, anda boleh mengubah dunia material ini ke Vrndavana dengan syarat anda bersetuju untuk memenuhi kehendak Krishna. Itulah Vrndavana. Dan jika anda mahu memenuhi keinginan anda sendiri, ia adalah material. Inilah perbezaan di antara material dan spiritual.