MS/Prabhupada 0075 - Anda Harus Mendekati Seorang Guru



Lecture on SB 1.8.25 -- Mayapur, October 5, 1974

Apabila seseorang itu ingin bertanya tentang soalan yang dalam tahap yang tinggi, brahma-jijñāsā, maka beliau memerlukan seorang guru. Tasmād guruṁ prapadyeta: "Anda kini ingin tahu tentang pemahaman pengetahuan tahap tinggi, jadi anda perlu pergi ke seorang guru." Tasmād guruṁ prapadyeta. Siapa? Jijñāsuḥ śreya uttamam. Uttamam. Uttamam bermakna yang berada di atas kegelapan ini. Seluruh dunia berada dalam kegelapan. Jadi seseorang yang hendak mengatasi kegelapan. Tamasi mā jyotir gama. Ajaran Veda ialah: "Jangan berada dalam kegelapan. Pergilah ke cahaya." Cahaya itu adalah Brahman, brahma-jijñāsā. Jadi seseorang yang ingin tahu... Uttama ... Udgata-tama yasmāt. Udgata-tama. Tama bermakna kejahilan. Jadi dalam dunia rohani, tidak ada kejahilan. Jñāna. Ahli-ahli falsafah Māyāvādī, mereka hanya berkata, jñāna, jñānavān. Tetapi jñāna tidak stereotaip. Terdapat pelbagai jenis jñāna. Sama seperti di Vṛndāvana,, terdapat jñāna, tetapi terdapat pelbagai jenis. Ada orang yang mahu mengasihi Krishna seperti hamba. Ada yang mahu mengasihi Krishna seperti rakan. Ada yang menghargai kemewahan Krishna. Ada yang mahu mengasihi Krishna seperti ayah dan ibu. Ada yang mahu mengasihi Krishna seperti sepasang suami isteri, seperti kekasih - tidak apa. Ada yang mahu mengasihi Krishna seperti musuh. Sama seperti Kaṁsa. Itu juga vṛndāvana-līlā. Dia sentiasa berfikir tentang Krishna dalam pelbagai cara, bagaimana untuk membunuh Krishna. Pūtanā, dia juga nampaknya datang sebagai kekasih Krishna, untuk menawarkan dadanya untuk dihisap; tetapi keinginan dalamannya adalah bagaimana untuk membunuh Krishna. Tetapi itu juga dianggap cinta secara tidak langsung, cinta secara tidak langsung. Anvayāt.

Jadi Krishna adalah jagad-guru. Beliau adalah guru yang asal. Guru itu mengajar secara peribadi dalam Bhagavad-gītā, dan kita para penyangak, kita tidak mengambil pengajaran-Nya. Lihatlah. Maka kita adalah mūḍha. Sesiapa yang tidak layak untuk mengambil pengajaran yang diberikan oleh jagad-guru, dia adalah seorang mūḍha. Oleh itu tabung uji kita adalah: jika seseorang tidak tahu Krishna, jika seseorang itu tidak tahu bagaimana untuk mengikuti Bhagavad-gītā, kita dengan segera melabelkannya penyangak. Tidak kisah samada beliau adalah seorang perdana menteri, hakim mahkamah tinggi, atau ...Tidak. "Tidak, dia adalah seorang Perdana Menteri. Dia adalah seorang hakim mahkamah tinggi. Namun, mūḍhaḥ?" Ya. "Bagaimana?" Māyayāpahṛta-jñānāḥ: (BG 7.15)"Beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang Krishna. Beliau diselubungi oleh Maya.." Māyayāpahṛta-jñānā āsuraṁ bhāvam āśritāḥ. Oleh itu beliau adalah seorang mūḍha. Berkhutbahlah dengan terus terang. Sudah tentunya anda harus menyatakan perkara ini dalam bahasa yang lembut untuk tidak mengelabahkan keadaan, tetapi sesiapa yang tidak menerima Krishna sebagai jagad-guru dan tidak mengambil pengajaran-Nya, dia adalah seorang penyangak. Sama seperti si mūḍha yang berada di Jagannātha Puri. Beliau mengatakan bahawa "Anda ambil kelahiran yang akan datang. Kemudian anda boleh...." Si mūḍha itu, anggaplah dia sebagai seorang penyangak. Mengapa? Beliau adalah jagad-guru; beliau juga mengatakan, "Saya adalah jagad-guru." Tetapi beliau bukan jagad-guru. Beliau tidak pernah melihat apa itu jagat.. Dia adalah katak. Dan beliau mendakwa dirinya jagad-guru. Jadi dia adalah mūḍha. Krishna bersabda. Dia adalah seorang mūḍha kerana dia tidak mengambil pengajaran yang diberikan oleh Krishna.