MS/Prabhupada 0103 - Jangan Cuba untuk Meninggalkan Persatuan Para Penganut



Lecture on CC Adi-lila 7.91-2 -- Vrndavana, March 13, 1974

Narottama dāsa Ṭhākura berkata “ Kelahiran selepas kelahiran.” Kerana seorang penganut, ia tidak bercita-cita untuk pulang ke kembali, pulang ke tempat Tuhan Yang Maha Esa. Tidak. Sebarang tempat, ia tidak kisah. Ia hanya ingin memuliakan Tuhan Yang Maha Esa. Itu adalah matlamat hidupnya. Seorang bhakta tidak melakukan kesemua ini, iaitu, mengucapkan Hare Kṛṣṇa, menari dan untuk berbakti secara suci dan murni untuk pulang ke Vaikuṇṭha atau Goloka Vṛndāvana. Itu adalah keiginan Sri Kṛṣṇa. “Jika Beliau ingin, Beliau akan membawaku pulang”. Sama seperti Bhaktivinoda Ṭhākura: icchā yadi tora. Janmāobi yadi more icchā yadi tora, bhakta-gṛhete janma ha-u pa mora. Seorang penganut hanya berdoa agar... Ia tidak meminta Sri Kṛṣṇa “Sila bawaku pulang ke Vaikuṇṭha or Goloka Vṛndāvana." Tidak. "Jika Engkau inginkan aku dilahirkan semula, ia tidak mengapa. Namun, aku berdoa agar aku dilahirkan di rumah hamba-Mu. Itu sahaja. Kerana aku tidak mahu melupakan-Mu." Ini adalah doa seorang penganut. Kerana... seperti anak perempuan ini. Anak perempuan ini telah dilahirkan di keluarga di mana ayah dah ibunya adalah para Vaiṣṇava. Oleh itu anak perempuan itu mungkin seorang Vaiṣṇavī ataupun Vaiṣṇava di kelahiran sebelum ini. Kerana ia mendapat peluang daripada... Kesemua anak-anak kita, anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga di mana ayah dan ibunya adalah para Vaiṣṇava, anak-anak tersebut adalah sangat bertuah, sangat bertuah. Ini kerana, dari permulaan hidup anak-anak tersebut, mereka mendengar Hare Kṛṣṇa mahā-mantra. Mereka bergaul dengan Vaiṣṇava, mengucapkan Hare Kṛṣṇa, menari. Samaada imitasi ataupun fakta, ia tidak penting. Oleh itu, mereka adalah sangat, anak-anak yang sangat bertuah. Śucīnāṁ śrīmatāṁ gehe yoga-bhraṣṭaḥ-sañjāyate (BG 6.41). Oleh itu mereka bukan anak-anak yang biasa. Mereka adalah... Anak-anak ini, mereka selalu mempunyai keinginan untuk bergaul dengan para penganut, mengucapkan Hare Kṛṣṇa, ingin berjumpa kita. Oleh itu mereka bukan anak-anak yang biasa. Bhakti-saṅge vāsa. Ini adalah peluang yang terbaik, bhakta-saṅge vāsa.

Oleh itu Pertubuhan Kesedaran Krsna ialah bhakta-saṅga, ia adalah persatuan yang penuh para penganut. Jangan cuba meninggalkannya. Jangan cuba meninggalkannya. Percanggahan akan ada. Namun anda harus cuba menyesuaikan diri. Dan dengan mengucapkan Hare Krsna dan menari, antara satu-sama lain, dalam persatuan para penganut ini, seseorang itu akan mendapat kelebihan dan nilai yang hebat. Ini telah disahkan, dan para Vaiṣṇava telah mengesahkan.

tandera carana-sevi-bhakta-sane vasa
janame janame mora ei abhilasa

(Śrīla Narottama dāsa Ṭhākura)

Janame janame mora bererti Beliau tidak ingin pulang. Itu bukan keinginan Beliau. "Apabila Kṛṣṇa menginginkan, Kṛṣṇa akan membenarkan. Itu adalah benda yang lain. Jikalau tidak, biarkanku untuk meneruskan hidup dalam perjalanan seperti ini, dengan persatuan para penganut dan mengucapkan Hare Kṛṣṇa dan menari, itu adalah tujuan hidupku.” Ini diperlukan. Bukan benda lain. Benda-benda lain, sebarang keinginan, itu adalah anyābhilāṣa. Anyābhilāṣitā-śūnyam (Brs. 1.1.11). Seorang penganut tidak harus menginginkan sebarang benda lain melainkan ini sahaja, “Biarkanku meneruskan hidup dengan para penganut dan mengucapkan Hare Kṛṣṇa mahā-mantra." Ini adalah tujuan hidup kita.

Sekian terima kasih.