MS/Prabhupada 0105 - Sains ini Hanya Boleh difahami Melalui Parampara Garis Perguruan
Lecture on BG 18.67 -- Ahmedabad, December 10, 1972
Penganut: Śrīla Prabhupāda, ada seseorang itu telah menyoal iaitu: “Siapakah yang akan memperjuangkan pertubuhan ini selepas Śrīla Prabhupāda?"
Prabhupāda: Siapakah yang sedang bertanya soalan itu kepada saya, orang yang bertanya itu akan meneruskannya. (Gelak ketawa)
Lelaki India (5) : Bolehkan saya bertanya kepada para penganut yang mengikuti saya, untuk meneruskan pelan anda semula, untuk memperjuangkan pertubuhan ini selepas anda, iaitu selepas Śrī Bhaktivedanta Prabhu, untuk meneruskan pertubuhan ini, memastikan pertubuhan ini diteruskan: Hare Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa.
Prabhupāda : Ia disebut di dalam Bhagavad-gītā:
- imaṁ vivasvate yogaṁ
- proktavān aham avyayam
- vivasvān manave prāha
- manur ikṣvākave 'bravīt
- (BG 4.1)
Pertama sekali, Sri Kṛṣṇa bersabda mengenai kesedaran Kṛṣṇa ini kepada Dewa-Matahari, dan Dewa-Matahari Vivasvān telah bersabda kepada anak Beliau, Manu. Dan Manu bersabda kepada anaknya, Iksvaku. Evaṁ paramparā-prāptam imaṁ rājarṣayo viduḥ ((BG 4.2) Oleh itu ini adalah sains yang difahami oleh paramparā garis perguruan. Seperti mana yang kita telah memahaminya daripada sistem paramparā dari Guru Mahārāja saya, oleh itu anak murid saya yang telah memahaminya, dia akan terus memperjuangkan pertubuhan ini untuk memastikan ia berterusan. Ini adalah prosesnya. Ia bukan benda yang baru. Ia adalah benda yang lama. Kita hanya harus mengedarkan dengan cara yang betul, seperti apa yang telah kami dengar oleh para ācārya yang dahulu. Oleh itu di dalam Bhagavad-gītā, ia telah disyorkan: ācārya upāsanam: “Seseorang itu harus mendekati seorang ācārya.” Ācāryavān puruṣo veda. Melalui spekulasi, oleh dengan orang yang kononnya bersifat akademik, ia adalah mustahil. Ia adalah mustahil. Seseorang itu harus mendekati dengan seorang ācārya. Maka ācārya itu adalah hanya melalui sistem paramparā, garis perguruan. Oleh itu Sri Kṛṣṇa mengesyorkan, tad viddhi praṇipātena paripraśnena sevayā: (BG 4.34). “Seseorang itu harus mendekati seorang ācārya dan cuba memahami dengan praṇipāta, berserah.” Kesemua benda ini bergantung dengan cara berserah. Ye yathā māṁ prapadyante. Proses berserah itu, peruntukan yang diberikan untuk cara berserah tersebut, iaitu memahami Sri Kṛṣṇa. Jika kita berserah dengan sepenuh hati, maka kita akan memahami Sri Kṛṣṇa. Jika kita hanya berserah hanya sekadar, maka kita akan memahami Sri Kṛṣṇa secara sekadar sahaja. Oleh itu ye yathā māṁ prapadyante. Ia bererti peruntukan yang diberikan untuk cara berserah tersebut. Seseorang yang telah berserah secara sepenuh hati, ia boleh memahami falsafah ini dan ia boleh berdakwah juga, dengan dirahmati oleh Sri Kṛṣṇa.