MS/Prabhupada 0107 - Jangan Menerima Badan Material Sekali Lagi



Lecture on BG 4.17 -- Bombay, April 6, 1974

Tidak kira sama ada seseorang itu mempunyai badan yang kaya ataupun badan yang miskin. Semua orang perlu melalui tiga jenis kesengsaraan dalam kehidupan. Apabila adanya demam kepialu, ia tidak akan mendiskriminasi itu “Ini ialah orang yang kaya. Saya harus berikan dia kesakitan yang berkurang.” Tidak. Apabila adanya demam kepialu, sama ada badan kamu kaya atau badan yang miskin, kamu kena melalui penderitaan yang sama. Apabila kamu berada di dalam rahim ibu kamu, kamu kena melalui penderitaan yang sama, sama ada kamu berada di dalam rahim permaisuri atau di dalam rahim isteri seorang tukang kasut. Itu situasi yang terperangkap…Tetapi mereka tidak tahu. Janma-mṛtyu-jarā. Terdapat banyak penderitaan. Dalam proses kelahiran. Terdapat banyak penderitaan di dalam proses kelahiran dan kematian dan usia tua. Orang yang kaya atau orang yang miskin, apabila kita telah tua, kita harus menderita dengan banyak kelemahan.

Begitu juga, janma-mṛtyu-jarā-vyādhi (BG 13.9). Jarā, jarā dan vyādhi dan mṛtyu. Maka kita tidak sedar akan penderitaan badan material ini. Śāstra bersabda, “Jangan terima sekali lagi apa-apa jenis badan material.” Na sādhu manye: “ Ini adalah tidak baik, yang mana kamu berulang-kali mendapat badan material ini.” Na sādhu manye yata ātmanaḥ. Ātmanaḥ, roh terpenjara di dalam badan material ini. Yata ātmano 'yam asann api. Walaupun sementara, saya telah mendapat badan ini. Kleśada āsa dehaḥ. Maka jika ingin menghentikan situasi yang sengsara ini daripada mendapat badan material yang lain maka kita mesti mengetahui apa itu karma, apa itu vikarma. Itu adalah dikatakan oleh Sri Kṛṣṇa Karmaṇo hy api boddhavyaṁ boddhavyaṁ ca vikarmaṇaḥ. Akarmaṇaś ca boddhavyam. Akarmaṇa bererti tiada apa-apa tindak balas. Tindak balas. Karma, jika kamu membuat kerja yang bagus, ia mempunyai tindak balas. Ia mempunyai badan yang bagus, pendidikan yang bagus, keluarga yang bagus, kekayaan yang bagus. Ini juga bagus. Kita menganggapnya dengan bagus. Kita ingin pergi ke planet syurga. Tetapi mereka tidak tahu di dalam planet syurga juga terdapat janma-mṛtyu-jarā-vyādhi.

Maka Sri Kṛṣṇa tidak menyarankan kamu untuk mendapati badan syurga. Sri Krsna bersabda, ā-brahma-bhuvanāl lokāḥ punar āvartino 'rjuna (BG 8.16). Walaupun kamu pergi ke Brahmaloka, masih akan ada pengulangan kelahiran dan … Yad gatvā na nivartante tad dhāma paramaṁ mama (BG 15.6). Yad gatvā na nivartante. Tetapi kita tidak tahu yang adanya dhāma di sana. Jika kita dengan sama sekali , jika kita mempromosikan diri kita ke arah dhāma, seterusnya na nivartante, yad gatvā na nivartante tad dhāma paramaṁ mama. Di tempat lain ia dinyatakan, tyaktvā dehaṁ punar janma naiti mām eti (BG 4.9). Maka orang tidak mempunyai maklumat yang Sri Kṛṣṇa, atau Tuhan Yang Maha Esa, Beliau mempunyai tempat-Nya dan sesiapa sahaja pun boleh pergi. Bagaimana seseorang boleh pergi?

yānti deva-vratā devān
pitṟn yānti pitṛ-vratāḥ
bhūtāni yānti bhūtejyā
yānti mad-yājino 'pi mām
(BG 9.25)

“Jika seseorang taat pada dengan memujaKu, urusanKu, bhakti yoga, ia datang kepadaKu.” Di tempat lain Sri Kṛṣṇa bersabda, bhaktyā mām abhijānāti yāvān yaś cāsmi (BG 18.55).

Maka satu-satunya urusan kita ialah untuk memahami Sri Kṛṣṇa. Yajñārthe karma. Ini ialah akarma. Di sini ia ternyata, akarmaṇa, akarmaṇaḥ api boddhavyam, akarmaṇaś ca boddhavyam. Akarma bererti tanpa tindak balas. Maka, jika kita bertindak untuk memuaskan nafsu, tindak balasnya ialah... Seperti seorang tentera membunuh. Dia mendapat pingat emas. Anggota tentera yang sama, apabila datang ke rumah, jika dia membunuh seorang lelaki, dia digantung. Mengapa? Dia boleh berkata di dalam mahkamah, “ Tuan, apabila saya berlawan di medan perang, saya telah banyak membunuh. Saya mendapat pingat emas. Tetapi mengapa anda ingin menggantung saya sekarang?’’ Kerana kamu telah melakukannya untuk memuaskan nafsu kamu. Dan yang sebelumnya kamu telah melakukannya dengan kebenaran yang diberikan oleh kerajaan. Maka apa-apa karma, jika kamu melakukannya untuk kepuasan Sri Kṛṣṇa, itu adalah akarma, ia tiada tindak balas. Tetapi jika kamu melakukan apa-apa untuk rasa memuaskan nafsu kamu, kamu perlu menanggung tindak balas daripada tindakan anda, baik atau buruk.

Maka Sri Kṛṣṇa bersabda:

karmaṇo hy api boddhavyaṁ
boddhavyaṁ ca vikarmaṇaḥ
akarmaṇaś ca boddhavyaṁ
gahanā karmaṇo gatiḥ
(BG 4.17)

Memang susah untuk memahami apa jenis tindakan yang kamu perlu mengambil. Maka kita perlu mengambil tunjuk ajar dari Sri Kṛṣṇa, dari śāstra, dari guru. Kemudian hidup kita akan berjaya. Ribuan terima kasih. Hare Kṛṣṇa.