MS/Prabhupada 0115 - Urusan Saya Hanyalah Untuk Menyampaikan Pesanan Dari Krishna
Lecture -- Los Angeles, July 11, 1971
Maka, saya sangat berpuas hati yang pemuda-pemuda ini sedang menolong saya untuk menyebarkan pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa, dan Kṛṣṇa akan merestui mereka. Saya sangat tidak bererti. Saya sangat tidak berkemampuan. Urusan saya adalah untuk menyampaikan pesanan Kṛṣṇa sahaja. Sama seperti seorang peon pos, kerja dia adalah untuk menyampaikan pesanan. Dia tidak bertanggungjawab untuk kandungan surat tersebut. Tindakbalasnya adalah ... Apabila penerima membaca surat ia mungkin berasa sesuatu, tetapi itu bukan tanggungjawab peon tersebut. Dengan cara yang serupa, tanggungjawab saya ialah, benda-benda yang telah saya terima di garis perguruan, daripada guru kerohanian saya. Saya hanya mempersembahkan dengan cara yang sama, tanpa menokoh tambah. Itu adalah urusan saya. Itu adalah tanggungjawab saya. Saya harus mempersembahkan dengan cara yang tepat sepertimana yang dipersembahkan oleh Kṛṣṇa, sepertimana ia dipersembahkan oleh Arjuna, sepertimana ia dipersembahkan oleh para ācāryas, Tuhan Caitanya, dan yang terakhir guru kerohanian saya, Bhaktisiddhānta Sarasvatī Gosvāmī Mahārāja. Oleh itu, dengan cara yang serupa, jika anda menyertai pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa dengan semangat yang sama, dan jika anda memberikannya kepada orang lain, kepada para warga senegara anda, dengan pastinya ia akan menjadi lebih efektif, kerana tidak ada tokok tambah. Tidak ada penipuan. Tidak ada penipuan. Itu adalah kesedaran kerohanian yang suci. Hanya praktikkan dan berikan sahaja. Hidup anda akan menjadi mulia.