MS/Prabhupada 0120 - Kuasa yang Tidak Terbayang



Morning Walk At Cheviot Hills Golf Course -- May 17, 1973, Los Angeles

Prabhupāda: Anda sudah membuat perterjemahan atau tidak?

Svarūpa Dāmodara: Yang tidak terbayang.

Prabhupāda: Ya. Yang tidak terbayang ataupun mistik.

Svarūpa Dāmodara: Kekuatan mistik.

Prabhupāda: Ya.

Svarūpa Dāmodara: Saya hanya mengumpul maklumat daripada apa yang Śrīla Prabhupāda telah jelaskan, iaitu pelbagai acintya-śaktis yang kita telah perhatikan.

Prabhupāda: Acintya-śakti sedang berlaku, kabus tebal ini, kabus. Anda tidak mempunyai kuasa untuk menghalaunya. Ia telah melampaui kuasa anda. Anda boleh menjelaskan dengan menjugel berapa perkataan...

Pejalan kaki: Selamat pagi.

Prabhupāda: Selamat pagi... maka “Bahan kimia ini, jenis molekul ini, jenis ini, dan itu,” terdapat banyak benda. Namun (gelak ketawa) anda tidak mempunyai kuasa untuk menghalaunya.

Svarūpa Dāmodara: Ya. Mereka mempunyai penjelasan bagaimana proses kabus tebal ini terbentuk. Mereka menyebutnya sebagai...

Prabhupāda: Itu anda boleh lakukan. Itu bermakna, saya pun boleh melakukannya. Ia bukannya satu penghargaan yang sangat hebat. Namun, jika anda tahu bagaimana ia terbentuk, maka, sila meniadakannya.

Svarūpa Dāmodara: Kita tahu bagaimana ia terbentuk. Kita tahu bagaimana ia terbentuk.

Prabhupāda: Ya. Anda tahu. Maka carilah proses bagaimana untuk meniadakan kabus itu. Sama seperti pada zaman dahulu, semasa peperangan senjata atom brahmāstra telah dilantun. Dalam kata yang lain... brahmāstra bererti terlampau panas. Oleh itu mereka cuba mengatasinya, mereka telah menukarkannya kepada air. Kerana selepas kepanasan, sepatutnya terdapat air. Maka apakah penjelasan dari segi sains bagi perkara tersebut?

Svarūpa Dāmodara: Ia sama seperti susu. Warna susu adalah putih, tetapi ia hanyalah air. Mereka mengenalinya sebagai ampaian protein yang berkoloid, casein, di air. Dengan cara yang serupa, kabus tebal adalah ampaian air yang berkoloid, di udara.

Prabhupāda: Ya. Maka anda nyalakan api. Ia akan hilang dengan serta merta. Air boleh dihilangkan dengan nyalaan api. Itu anda boleh lakukan. Namun anda tidak melakukan tersebut. Anda hanya menjatuhkan bom. Akan terdapat kepanasan, dan kesemua kabus akan terhalau. Sila lakukan.

Karandhara: Itu akan meletupkan planet. Itu akan meletupkan planet. (gelak ketawa)

Prabhupāda: Hare Kṛṣṇa. Air boleh dihilangkan dengan api ataupun udara. Semua orang mengetahui perkara ini.Oleh itu, anda lakukan, pengampaian. Ini adalah kuasa mistik bagi anda. Anda boleh berbicara benda yang merepek, namun anda tidak dapat membuktikannya. Oleh itu, ia adalah kuasa mistik. Dengan cara yang serupa, terdapat banyak benda. Itu adalah acintya-śakti. Yang anda juga tidak dapat fikirkan. Dengan cara yang semulajadi, matahari akan terbit-kabus tidak ada. Kesemuanya selesai. Dengan kenaikan suhu akibat terbitnya matahari, kesemuanya selesai. . Nīhāram iva bhāskaraḥ. Contoh ini diberikan di dalam Bhāgavata. Nīhāra, ini disebut sebagai nīhāra. Sama seperti nīhāra, ia dihilangkan oleh bhāskara, oleh matahari, dengan cara yang serupa, jika seseorang dapat membangkitkan keabdiannya yang dorman, maka kesemuanya akan diselesaikan, kesemua aktiviti-aktiviti yang berdosa, diselesaikan. Nīhāram iva bhāskaraḥ. Anda berhitung bahawa matahari dicipta oleh komposisi bahan kimia ini, bahan kimia tersebut. Cubalah mencipta suatu matahari dan melemparkannya. Hanya teori semata-semata, penipuan dan menjugel kata-kata, itu tidak baik.

Svarūpa Dāmodara: Itu sebenarnya adalah erti kajian. Kajian bererti memahami perkara yang kita tidak mengetahui sebelum ini.

Prabhupāda: Ya. Kajian bererti anda mengaku bahawa anda adalah bodoh dan bangsat. Kajian tersebut adalah untuk siapa? Seseorang yang tidak mengetahui. Jikalau tidak, adakah timbul persoalan kajian? Anda tidak mengetahui. Anda harus mengaku. Terdapat banyak kuasa-kuasa mistik. Anda tidak tahu bagaimana benda-benda tersebut dibuat. Oleh itu anda harus menerima bahawa terdapat kuasa yang tidak terbayang. Dan jika anda tidak menerima bahawa terdapat kuasa yang tidak terbayang ini, maka tidak adanya erti Tuhan. Ia bukan seperti si Bala-yogī menjadi Tuhan. Benda sebegini adalah untuk bangsat, dan orang-orang yang bodoh. Namun barang siapa yang cerdik, mereka akan menguji kuasa yang tidak dapat terbayang ini. Jika kita menerima Sri Kṛṣṇa sebagai Tuhan – kuasa yang tidak terbayang. Kita menerima Rāma – kuasa yang tidak terbayang. Bukannya dengan cara yang murah. Ada seorang bangsat yang berkata, “Saya adalah penjelmaan semula Tuhan.” Seorang lagi bangsat menerimanya. Itu bukan seperti begitu. “Ramakrishna ialah Tuhan.” Kita tidak dapat menerima. Kita harus melihat kuasa yang tidak terbayang tersebut. Sama seperti Kṛṣṇa, sebagai anak yang kecil, Beliau telah mengangkat sebuah bukit. Ini adalah kuasa yang tidak terbayang. Rāmacandra, Beliau telah membina jambatan dengan batu-batu tanpa menggunakan tiang konkrit. Batu-batu tersebut terapung di laut dan menyatakan: “Ayuhlah.” Maka itu adalah kuasa yang tidak dapat dibayangkan. Dan kerana anda tidak dapat menyesuaikan kuasa yang tidak terbayang ini, anda akan menerangkan dengan mengatakan, “Oh ini semua hanyalah cerita dongeng.” Apa yang mereka sebut? Mitologi. Namun mereka ini, adalah para resi yang teragung, Vālmīki dan Vyāsadeva dan para ācārya yang lain, mereka sahaja membuang masa dengan menulis mitologi? Para cendiakawan yang sangat arif ini? Dan mereka tidak menafsir cerita-cerita tersebut sebagai mitologi. Mereka menerimanya sebagai fakta. Terdapat sebenarnya kebakaran hutan. Dan kesemua kawan-kawan dan para pengembala lembu, mereka menjadi risau. Mereka mencari Kṛṣṇa: “Kṛṣṇa, apa yang harus dilakukan?” “Baiklah.” Beliau (Sri Kṛṣṇa) hanya menelan seluruh api tersebut. Ini adalah kuasa yang tidak terbayang. Itu ialah Tuhan. Aiśvaryasya samagrasya vīryasya yaśasaḥ śriyaḥ (Viṣṇu Purāṇa 6.5.47). Terdapat enam keagungan yang sepenuhnya. Itu ialah Tuhan. Kuasa yang tidak dapat terbayang ataupun kuasa mistik, kita ada juga. Dalam kualiti yang sangat kecil. Terdapat banyak benda yang berlaku dalam badan kita. Namun kita tidak dapat menjelaskannya. Dengan menggunakan contoh yang sama. Kuku-kuku saya di jari saya tumbuh dengan bentuk yang sangat tepat. Walaupun ia dirosakkan akibat penyakit, namun ia masih tumbuh semula. Saya tidak tahu apa penjanaan yang sedang berlaku, dan dari mana ia datang dari mana, dengan pemasangan yang tepat dan sebagainya. Ia berpunca dari badan saya. Oleh itu, itu adalah kuasa mistik. Bahkan perkara itu merupakan kuasa mistik bagi saya dan juga bagi para doktor, bagi setiap orang... Mereka tidak dapat menjelaskannya.