MS/Prabhupada 0122 - Para Bangsat Memikirkan, 'Saya Adalah Badan Ini'
Morning Walk At Cheviot Hills Golf Course -- May 17, 1973, Los Angeles
Prabhupāda: Sri Kṛṣṇa bersadba, “Kau berserahlah secara sepenuh hati. Aku akan memberikan perlindungan dengan sepenuhnya.” Ahaṁ tvāṁ sarva-pāpebhyo mokṣayiṣyāmi (BG 18.66). Beliau akan memberikan kecerdikan dengan sepenuhnya. (terputus) Itu adalah kejayaan yang hebat apabila dunia sains mengakunya. Biar mereka mengakunya dengan begitu sahaja. Maka dengan itu, Pertubuhan Kesedaran Kṛṣṇa ini akan mencapai kejayaan yang hebat. Anda hanya perlu mengaku, “Ya, terdapat Tuhan dan kuasa yang tidak terbayang." Maka dengan itu pertubuhan kita sangat berjaya. Dan itu adalah suatu fakta. Hanya bercakap benda merepek di antara orang yang merepek, itu bukan suatu penghargaan yang sangat besar. Andhā yathāndhair upanīyamānāḥ (SB 7.5.31). Seorang lelaki buta memimpin seorang lelaki buta yang lain. Terdapatkah nilai untuk perkara sebegitu? Mereka semua adalah buta. Dan selagi seseorang ingin berada di dalam keadaan buta dan bangsat, ia tidak akan menerima Tuhan. Itu adalah ujiannya. Apabila kita dapat melihat yang ia tidak dapat menerima Tuhan, ia adalah buta, bangsat, bodoh, sebarang perkataan yang anda boleh memanggilnya. Mengambil kesempatan, bagaimanapun, ia mungkin apa-apa sahajalah. Ia adalah seorang bangsat. Dengan menggunakan prinsip ini, kita boleh mencabar ramai para-para ahli kimia yang hebat, para falsafah, sesiapa yang menemui kita. Kita berkata, “ Kau adalah asura.” Ada seorang lagi ahli kimia yang datang hari itu, anda yang membawanya, orang India itu?
Svarūpa Dāmodara: Hm. Chouri.(?)
Prabhupāda: Maka saya berkata kepadanya yang “Kau adalah seorang asura.” Namun dia tidak menjadi marah. Dia mengaku. Dan kesemua penghujahannya telah ditewaskan. Mungkin anda masih mengingati lagi.
Svarūpa Dāmodara: Ya, sebenarnya, dia berkata bahawa, “Sri Kṛṣṇa tidak memberikan saya segala prosedur, langkah-langkah, bagaimana untuk membuat eksperimen.” Itu yang... Itu yang diperkatakan olehnya.
Prabhupāda. Ya. Kenapa Aku perlu memberikan kepada kau? Kau adalah seorang bangsat, kau sedang menentang Sri Kṛṣṇa, mengapa Sri Kṛṣṇa perlu memberikan kemudahan? Jika anda menentang Sri Kṛṣṇa dan anda inginkan penghargaan tersebut tanpa Sri Kṛṣṇa, itu adalah mustahil. Pertama sekali anda seharusnya tunduk patuh. Dengan itu Sri Kṛṣṇa akan memberikan segala kemudahan. Ia sama seperti, kita boleh mencabar sebarang ahli kimia, saintis, dan ahli falsafah. Kenapa? Atas nama Sri Kṛṣṇa, kita percaya bahawa “Terdapat Sri Kṛṣṇa. Apabila aku bercakap dengan mereka, Sri Kṛṣṇa akan memberikanku kebijaksanaan untuk menjawab mereka.” Ini adalah asas. Jikalau tidak, dari segi kelayakan, taraf, mereka adalah lebih berkelayakan. Kita hanya adalah yang biasa bagi mereka. Namun bagaimanakah kita boleh mencabar mereka? Kerana kita mengetahui. Ia sama seperti seorang kanak-kanak, ia boleh mencabar seorang dewasa kerana ia tahu, “Ayah aku ada.” Ia memegang tangan ayahnya, dan ia pasti bahawa “Tiada siapa yang boleh mengapa-apakan-ku.”
Svarūpa Dāmodara: Śrīla Prabhupāda, Saya ingin mengenalpasti erti Tad apy aphalatāṁ jātaṁ.
Prabhupāda: Tad apy aphalatāṁ jātaṁ. Svarūpa Dāmodara: Teṣām ātmābhimāninām, bālakānām anāśritya Teṣām ātmābhimān..., bālakānām anāśritya govinda-caraṇa-dvayam.
Svarūpa Dāmodara: “Kehidupan seorang manusia akan rosak bagi mereka yang..."
Prabhupāda: Ya. “Bagi mereka yang tidak cuba memahami kesedaran Kṛṣṇa.” Ia akan mati dengan begitu sahaja seperti seekor haiwan. Itu sahaja. Sama seperti anjing dan kucing, mereka juga dilahirkan, mereka makan, tidur, dan mendapatkan anak, dan mati. Hidup manusia juga sebegitu.
Svarūpa Dāmodara: Jāta bererti spesis? Jāta?
Prabhupāda: Jāta. Jāta bererti dilahirkan. Aphalatāṁ jātam. Jāta bererti sia-sia. Sia-sia. Kehidupan sebagai manusia ini akan menjadi sia-sia jika ia tidak menerima govinda-caraṇa. Govindam ādi-puruṣaṁ tam ahaṁ bhajāmi. Jika ia tidak yakin kepada “Saya menyembah Personaliti Asli Tuhan Yang Maha Esa Govinda,” maka ia sudah rosak. Itu sahaja. Kehidupannya menjadi rosak.
Svarūpa Dāmodara: Ātmābhimāninām bererti yang...
Prabhupāda: Ātmā, dehātmā-māninām.
Svarūpa Dāmodara: Oleh itu siapa yang mementingkan diri sendiri...
Prabhupāda: “Saya adalah badan ini.” Diri? Mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai diri. Para bangsat ini, mereka memikirkan, “Saya adalah badan ini.” Ātmā bererti badan, ātmā bererti diri sendiri, ātmā bererti minda. Oleh itu ātmābhimānī bererti konsep kehidupan didasarkan atas badan. Bālaka. Bālaka bererti orang yang bodoh kanak-kanak, bālaka. Ātmābhimānināṁ bālakānām. Barang siapa di bawah konsep kehidupan didasarkan atas badan, mereka adalah seperti kanak-kanak, orang yang bodoh, atau haiwan.
Svarūpa Dāmodara: Oleh itu, saya bercadang untuk menjelaskan mengenai prinsip transmigrasi, dengan menggunakan ayat ini.
Prabhupāda: Ya. Transmigrasi. Bhramadbhiḥ. Bhramadbhiḥ bererti transmigrasi, mengembara dari satu badan ke satu badan yang lain. Sama seperti saya di sini. Saya mempunyai badan ini, pakaian ini, sebuah selubung. Dan apabila saya pergi ke India, ini tidak diperlukan. Oleh itu, mereka menganggap evolusi badan adalah seperti berikut. Namun tidak. Di sini, di bawah keadaan tertentu, saya menerima pakaian ini. Di tempat yang yang lain, di bawah keadaan tertentu, saya menerima sejenis pakaian yang lain. Oleh itu saya lebih penting, bukan pakaian ini. Namun, para bangsat ini mereka hanya mengkaji mengenai pakaian sahaja. Ini disebut sebagai ātmābhimānām, dengan hanya memikirkan mengenai pakaian, badan. Bālakānām.