MS/Prabhupada 0125 - Masyarakat Ini Sudah Sangat Tercemar



Lecture on SB 1.5.23 -- Vrndavana, August 4, 1974

Kesemua orang yang lebih rendah daripada para śūdra. Mereka disebut sebagai pañcama, kelas kelima. Kelas pertama adalah brāhmaṇa, kelas kedua, kṣatriya, kelas ketiga, vaiśya, kelas keempat, śūdra dan sebagainya- kelas kelima. Mereka disebut sebagai caṇḍālas. Para caṇḍālas... Pekerjaan seperti penyapu sampah, tukang kasut, dan … Kelas rendah. Namun, di India, orang kelas kelima ini, mereka makan daging, daging babi, dan ada kalanya daging lembu. Kelas kelima. Sekarang sudah menjadi kebiasaan. Dan yang melakukannya adalah orang daripada kelas pertama. Tengoklah. Benda-benda yang orang kelas kelima lakukan, itu telah menjadi benda-benda yang para politik lakukan. Anda boleh lihat. Sekiranya anda diperintah oleh orang daripada kelas kelima, bagaimanakah anda boleh menjadi gembira? Itu adalah mustahil. Bagaimanakah akan wujudnya ketenangan sosial? Itu adalah mustahil. Namun orang dalam kategori kelas kelima, ia juga boleh disucikan dengan mengikuti pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa. Oleh itu, terdapat satu keperluan yang tinggi untuk pertubuhan ini. Namun pada saat ini tidak terdapat orang daripada kelas pertama, tidak ada orang kelas pertama, tidak ada orang kelas kedua. Mungkin ada kelas ketiga, kelas keempat, kelas kelima, kelas keenam, seperti itu. Namun mereka boleh disucikan. Itu adalah... Satu-satunyanya proses adalah melalui pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa. Sesiapa pun boleh disucikan, Māṁ hi pārtha vyapāśritya ye 'pi syuḥ pāpa-yonayaḥ (BG 9.32). Mereka disebut sebagai pāpa-yoni, dilahirkan dalam keluarga yang berdosa. Pāpa-yoni. Sri Kṛṣṇa bersadbda, ye 'pi syuḥ pāpa-yonayaḥ. Walaupun ia pāpa-yoni daripada apa-apa jenis, tidak mengapa. Māṁ hi pārtha vyapā... "Jika ia berlindung kepadaKu, maka..." Perlindungan itu dapat diterima kerana para wakil Kṛṣṇa sedang berkeliling untuk berkanvas. Jadi tidak ada kekurangan.

Seseorang cukup hanya harus berlindung kepada-Nya. Itu sahaja. Sama seperti Caitanya Mahāprabhu, misi Beliau adalah untuk menciptakan para wakil Kṛṣṇa yang berkeliling untuk menawarkan ini. "Pergilah ke setiap tempat." Āmāra ājñāya guru hañā tāra' ei deśa.(CC Madhya 7.128) “Pergilah”. Beliau selalu menghantar Nityānanda Prabhu, Haridāsa Ṭhākura, untuk berkanvas, “Mohon mengucapkan Hare Kṛṣṇa. Mohon mengucapkan Hare Kṛṣṇa. Sila berserah pada Kṛṣṇa.” Terdapat orang ramai di jalanan. Nityānanda Prabhu dan Haridāsa Ṭhākura memerhati, dan Mereka bertanya, “Kenapa terdapat orang ramai di sini?” “Ini kerana, terdapat dua orang adik-beradik lelaki, Jagāi and Mādhāi, sangat menyusahkan. Mereka adalah kaki mabuk, pemburu wanita dan gemar memakan daging haiwan, dan mereka, selalu menimbulkan kekecohan.” Oleh itu Nityānanda Prabhu, telah memutuskan dengan serta-merta, “Mengapa tidak menyelamatkan orang-orang ini terlebih dahulu? Maka kemudian nama TuhanKu akan dimuliakan. Nama Śrī Caitanya Mahāprabhu akan dimuliakan." Ini adalah urusan para murid, bagaimana caranya untuk memuliakan guru kerohanian, serta paramparā. Saya memuliakan guru kerohanian saya, anda memuliakan guru kerohanian anda. Jika kita hanya berbuat begitu sahaja, maka SriKṛṣṇa akan dimuliakan. Itu adalah keputusan yang dibuat oleh Nityānanda Prabhu, bahawa, "Mengapa tidak menyelamatkan para jiwa yang jatuh ini terlebih dulu?"

Ini kerana penjelmaan Caitanya Mahāprabhu adalah untuk menyelamatkan para jiwa yang jatuh. Dan ... Dan tidak ada kekurangan jiwa-jiwa yang jatuh di zaman ini.

patita-pāvana-hetu tava avatāra
mo sama patita prabhu nā pāibe āra

Narottama dāsa Ṭhākura menempatkan dirinya pada kaki padma Śrī Caitanya Mahāprabhu, bahawa, "Tuhanku yang dikasihi, penjelmaan Anda adalah untuk memperoleh kembali para jiwa yang jatuh ini. Tetapi aku adalah yang terendah dari para jiwa yang jatuh itu. Jadi perolehan atas diriku adalah yang pertama. Aku bermohon agar bermurah hati untuk menyelamatkanku." Mo sama patita prabhu nā pāibe āra. Anda, ketetapan hati Anda adalah untuk menyelamatkan jiwa yang jatuh ini. Aku adalah orang yang paling jatuh. Mohon berkenan menerima diriku."

Di Kali-yuga, semua orang sedang menderita. Mereka semua sudah jatuh, semua adalah pemakan daging, semua adalah kaki pemabuk, semuanya terdiri daripada kelas kelima, kelas keenam. Mereka sangat berbangga diri, tetapi sebenarnya mereka itu adalah kelas kelima, keenam, bahkan kesepuluh, Bahkan sama sekali bukan orang yang terhormat. Oleh itu, guru kerohanian saya berkata bahawa, "Tidak ada orang terhormat yang boleh hidup di sini. Para masyarakat ini sangat tercemar." Dan.. Namun, terdapat peluang untuk berkhidmat untuk Śrī Caitanya Mahāprabhu. Ini kerana masyarakat terlalu tercemar, maka ini adalah suatu peluang keemasan untuk berkhidmat untuk Śrī Caitanya Mahāprabhu. Ini kerana penjelmaan Because Śrī Caitanya Mahāprabhu adalah untuk memperoleh kembali para jiwa yang jatuh ini. Jadi kamu memiliki kesempatan untuk berkhidmat untuk Śrī Cai..., untuk menyenangkan Śrī Caitanya Mahāprabhu kerana Beliau menginginkan para jiwa yang jatuh itu untuk diselamatkan. Kṛṣṇa juga menginginkan hal itu. Yadā yadā hi glānir bhavati bhārata, dharmasya glānir bhavati bhārata. Kṛṣṇa datang... Ini adalah ... Urusan Tuhan adalah seperti itu. Beliau sangat menginginkan untuk memperoleh kembali kesemua para bangsat, yang membusuk di dunia material ini. Sri Kṛṣṇa selalu adalah menginginkan itu. Beliau datang sendiri. Beliau datang sebagai seorang penganut. Beliau datang, menghantar hamba yang bona fide, anak yang bona fide.

Jadi ini merupakan suatu kebimbangan untuk Sri Kṛṣṇa, untuk memperoleh kembali para jiwa yang jatuh ini. Oleh itu ini merupakan suatu peluang. Para yoginī, para yoginaḥ, mereka berkembara ke seluruh penjuru dunia. Hanya semasa musim hujan mereka beristirahat. Dan bukannya sama sekali di musim yang lain mereka hanya makan serta tidur sahaja. Bukan. Ini kerana di musim hujan, untuk mengembara, adalah menyukarkan, namun ia hanya untuk empat bulan sahaja. Oleh itu, semasa empat bulan tersebut, mana-mana tempat yang mereka tinggal, jika seseorang melayani mereka, seperti seorang hamba melayani tuannya, pelayan tersebut akan diselamatkan. Tidak ada timbulnya soal berkhotbah. Hanya dengan peluang untuk berkhidmat, para jiwa yang jatuh akan diselamatkan. Namun anda seharusnya kompeten, ia bermakna bukan hanya memberi khidmat secara sekadar sahaja. Jika berbuat begitu, anda akan masuk neraka. Jika anda adalah dalam situasi kerohanian, maka dengan memberi peluang untuk melayani anda, ia akan diselamatkan. Tidak ada timbulnya soal falsafah. Seorang penganut harus menjadi sangat sempurna. Sistem tersebut adalah, apabila seorang melihat seorang penganut, ia akan menjatuhkan diri dan akan.. menyembah kakinya. Ini adalah sistemnya. Ini kerana dengan menyembah kaki.. Mahat-pāda-rajo-'bhiṣekam. Jika seseorang itu adalah di tahap yang tinggi dalam kehidupan kerohaniannya dan jika ia, mengambil, sekiranya orang mengambil peluang untuk menyembah kakinya, maka orang yang menyentuh akan menjadi seorang penganut. Ini adalah prosesnya.