MS/Prabhupada 0137 - Apakah Matlamat Kehidupan? Apakah Itu Tuhan?
Lecture on BG 7.4 -- Nairobi, October 31, 1975
Harikeśa: "Penterjermahan - Tanah, air, udara, api, eter, kecerdasan dan keakuan yang palsu - secara keseluruhan lapan elemen ini merupakan tenaga-tenaga material yang terpisah dari Diri-Ku.
Prabhupāda:
- bhūmir āpo 'nalo vayuḥ
- khaṁ mano buddhir eva ca
- ahaṅkāra itīyaṁ me
- bhinnā prakṛtir aṣṭadhā
- (BG 7.4)
Sri Kṛṣṇa menjelaskan mengenai Diri-Nya Sendiri. Tuhan sedang menjelaskan apakah itu Tuhan. Itu adalah ilmu pengetahuan yang sebenar. Jika anda berspekulasi mengenai Tuhan, itu adalah mustahil. Tuhan tidak ada terhadnya. Anda tidak boleh memahami. Tuhan, Kṛṣṇa, pada awalnya bersabda, asaṁśayaṁ samagraṁ māṁ yathā jñāsyasi tac chṛṇu (BG 7.1). Samagram. Samagra bererti apa-apa sahaja... Atau Samagram. Samagra bererti lengkap. Jadi apapun subjek untuk pembahasan serta pengetahuan yang ada di sana, maka jumlah keseluruhan dari segala sesuatunya adalah satu. Tuhan merupakan jumlah keseluruhan. Maka Beliau mulai menjelaskan mengenai diriNya Sendiri.
Pertama sekali, kita tidak mempunyai informasi mengenai Tuhan- namun secara praktikal, apabila kita melihat tanah yang luas, air yang luas, lautan yang luas, langit yang luas, kemudian api. Banyak benda, benda material. Benda material, minda juga... Minda juga adalah material. Dan kemudian keakuan. Kesemua orang sedang berfikir bahawa "Saya adalah sesuatu. Saya adalah.." Kartāham iti manyate. Ahaṅkāra-vimūḍhātmā. Ini adalah keakuan yang palsu. Keakuan ini bererti keakuan yang palsu. Dan terdapat juga akuan yang murni. Keakuan yang murni adalah ahaṁ brahmāsmi, dan keakuan yang palsu: "Saya orang India," "Saya orang Amerika," "Saya orang Afrika," "Saya adalah seorang brāhmaṇa," "Saya adalah seorang kṣatriya, " "Saya adalah ini." Ini adalah keakuan yang palsu, ahaṅkāra. Oleh itu pada masa ini... Bukan sahaja pada masa ini, tetapi selalunya, kita dikelilingi oleh kesemua benda ini. Ini adalah permulaan falsafah kita: dari mana asalnya tanah ini? Dari mana asalnya kolam air ini? Dari mana asalnya api ini? Ini adalah pertanyaan yang wajar. Dari mana asalnya langit ini? Bagaimanakan bintang ini ditempatkan, terdapat berjuta-juta bintang? Ini adalah pertanyaan daripada orang yang pintar. Itu adalah permulaan kehidupan berfalsafah.
Maka sesiapa yang merupakan manusia-manusia yang bersyukur, secara beransur, mereka akan bertanyakan untuk memahami Tuhan Yang Maha Esa, Kṛṣṇa, Maka Kṛṣṇa ada di sana, dan Kṛṣṇa menjelaskan mengenai diri-Nya Sendiri, "Saya adalah seperti ini." Namun secara malangnya kita tidak memahami Kṛṣṇa, namun kita berspekulasi apakah itu Tuhan. Ini adalah penyakit kita. Kṛṣṇa sedang menjelaskan mengenai diriNya Sendiri, Tuhan menjelaskan mengenai diri-Nya Sendiri. Kita tidak menerima kenyataan itu, tetapi sama ada kita menafikannya atau kita menerima Tuhan yang tidak ada kepala dan kaki dan sebagainya, dan banyak benda yang lain. Ini adalah penyakit kita. Maka di ayat sebelumnya, ia telah dijelaskan:
- manuṣyāṇāṁ sahasreṣu
- kaścid yatati siddhaye
- yatatām api siddhānāṁ
- kaścin māṁ vetti tattvataḥ
- (BG 7.3)
Antara berjuta-juta manusia, terdapat manusia yang serius untuk memahami, "Apakah matlamat hidup sebenarnya? Apakah itu Tuhan? Apakah perhubungan saya..." Tidak ada sesiapapun yang berminat... Sa eva go-kharaḥ (SB 10.84.13). Setiap orang adalah berminat dengan kehidupan berkonsepkan badan ini seperti kucing dan anjing. Itu adalah posisinya. Bukan sekarang sahaja, tetapi selalu, ini adalah keadaan material. Namun seseorang, manuṣyāṇāṁ sahasreṣu, antara berjuta-juta, akan ada seseorang itu yang cuba memahami, untuk menjadi hidupnya sempurna. Dan daripada kesempurnaan tersebut...
Kesempurnaan bererti untuk memahami kedudukan dasarnya yang sejati, yang ia bukan sebenarnya badan yang material ini, ia adalah jiwa rohani, Brahman. Itu adalah kesempurnaan, kesempurnaan ilmu pengetahuan, brahma-jñāna.