MS/Prabhupada 0139 - Ini Adalah Perhubungan Kerohanian



Lecture on SB 3.25.38 -- Bombay, December 7, 1974

Jika anda mencintai Kṛṣṇa, maka tidak akan ada pemusnahan seperti barang material. Samaada ada mencintai Beliau sebagai tuan anda.. Di sini, seorang tuan, selagi anda masih berkhidmat, maka tuan akan berpuas hati. Dan hamba juga akan berpuas hati selagi anda membayarnya. Namun di dunia kerohanian, tidak terdapat benda sebegitu. Walaupun saya tidak dapat berkhidmat kerana sebab tertentu, namun tuan masih berpuas hati. Dan hamba juga - jika tuan tidak membayarnya - hamba itu masih berpuas hati. Itu yang disebut sebagai satu, Mutlak. Itu adalah.. Contohnya adalah seperti ini. Terdapat ramai pelajar di institusi ini. Kita tidak membayar apa-apa, namun mereka akan melakukan segalanya untuk saya. Itu adalah perhubungan kerohanian. Paṇḍita Jawaharlal Nehru tersebut, apabila beliau di London, ayahnya telah menggajikan, Motilal Nehru(ayah), tiga ratu rupee untuk menggajikan seorang orang gaji. Kemudian apabila beliau ke London, beliau telah perhatikan yang orang gaji tersebut tiada di sana. Kemudian paṇḍita bertanya, "Di manakah orang gaji anda?" Beliau berkata, "Apakah gunanya orang gaji tersebut? Saya tidak mempunyai, tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan. Saya boleh membuat semua benda sendiiri." "Tidak, tidak. Saya hendak orang Inggeris itu untuk menjadi orang gajimu." Beliau harus membayarnya. Ini adalah satu contoh. Saya ada beratus dan beribu hamba yang saya tidak perlu bayar. Ini adalah perhubungan kerohanian. Ini adalah perhubungan kerohanian. Mereka berkhidmat tanpa dibayar. Apa yang saya ada? Saya adalah seorang kebangsaan India yang miskin. Berapa yang boleh saya bayar? Namun seorang hamba berkhidmat berdasarkan rasa cinta, cinta kerohanian. Dan saya juga mengajar mereka tanpa mengambil sebarang duit. Ini adalah kerohanian. Pūrṇasya pūrṇam ādāya (Īśo Invocation). Kesemuanya adalah penuh. Maka jika anda menerima Kṛṣṇa sebagai anak, sebagai kawan, sebagai kekasih, anda tidak akan ditipu. Oleh itu, hanya cuba menerima Kṛṣṇa. Hentikanlah ilusi hamba atau anak atau ayah atau kekasih. Anda akan tertipu.