MS/Prabhupada 0145 - Kita Harus Menerima Beberapa Jenis Tapasya



Lecture on SB 3.12.19 -- Dallas, March 3, 1975

Kebebasan tidak akan datang secara automatik. Sama seperti jika ada menghidap sebarang penyakit. Anda dikawal oleh demam atau keadaan sakit yang lain, yang disebabkan oleh penyakit tersebut. Oleh itu anda terpaksa melalui sedikit penebusan. Sama seperti jika anda ada bisul di badan anda. Ia sangat sakit. Kemudian, untuk mengubatinya, anda perlu menjalani pembedahan, jika anda ingin pulih. Oleh itu tapasā. Itu adalah tapasā. Tapa bererti keadaan yang menyakitkan, tapa. Sama seperti suhu. Jika anda diletakkan di suhu, 110 darjah, itu anda tidak boleh menahannya. Ia sangat sakit. Dan bagi kami orang kebangsaan India - Kita dilahirkan di India, cuaca tropikal - namun, apabila suhu adalah melebih seratus, kita tidak boleh tahan. So lebih-lebih lagi anda semua? Anda dilahirkan di suhu yang berbeza. Dengan cara yang serupa, kita tidak boleh tahan suhu yang rendah. Jika suhu adalah kurang daripada 50 darjah, kita tidak boleh tahan. Maka terdapat cuaca yang berbeza, suhu yang berbeza. Dan di Kanada mereka boleh tahan suhu kurang daripada kosong darjah. Ini adalah persoalan keadaan kehidupan yang berbeza. Namun kita adalah terikat: suhu yang sangat tinggi, suhu yang rendah, suhu yang terlampau sejuk, Namun kita boleh dilatih untuk menyesuaikan diri ke apa jenis keadaan hidup. Kita mempunyai kapasiti tersebut. Terdapat peribahasa Bengali di mana, śarīre na mahāśaya ya sahabe taya saya, yang bererti "Badan ini" bererti, "ia boleh menahan apa jenis keadaan,asalkan kamu melatihnya." Ia bukannya bahawa, anda di bawah sejenis keadaan, dan jika ia tukarkan, ia menjadi suatu benda yang anda tidak boleh tahan maka anda tidak boleh hidup. Tidak. Jika anda mempraktikkan...

Sama seperti pada zaman ini tidak ada sesiapapun pergi. Dulu mereka pergi ke gunung Himalayan, dan sangat sejuk di sana. Dan tapasya... Terdapat praktis, kaedah: di suhu yang terlampau panas terik, orang yang alim atau para ulama , mereka akan menyalakan api di keliling mereka. Walaupun suhu adalah terlampau panas, namun mereka masih menyalakan api di keliling mereka, dan bermeditasi. Ini disebut sebagai tapasya. Ini adalah ciri-ciri tapasya. Walaupun terdapat suhu panas terik dan mereka masih membuat persiapan begitu. Dan apabila suhu terlampau dingin, kesejukan yang terlampau, kurang daripada seratus darjah, dan mereka akan pergi menyelam di bawah air dan menempatkan badan mereka sampai batas tertentu di sana, serta mulai bermeditasi. Ini adalah ciri-ciri tapasya. Tapasya. Maka untuk keinsafan Tuhan, pada zaman dulu orang telah melalui penebusan yang sangat berat, dan sekarang kita sangat jatuh, kita tidak boleh tahan empat prinsip ini? Adakah ia sangat susah? Kita sedang menunjukkan sedikit tapasya, bahawa "Jangan lakukan benda-benda ini. Dilarang melakukan seks terlarang, dilarang minum minuman mabuk, dilarang makan daging, dilarang berjudi." Ini adalah ciri-ciri tapasya untuk maju di kesedaran Kṛṣṇa. Adakah ia sangat susah? It bukannya susah. Jika seorang boleh praktis, untuk menyelam di dalam air, ke sampai lehernya, di air yang terlampau sejuk, adalah ia lebih susah bagi kita untuk menghentikan perhubungan seks terlarang dan makan daging dan minum minuman keras? Kita tidak menasihat, "Tidak ada seks." "Seks terlarang. Maka mana kesusahannya? Namun pada zaman yang terlalu teruk ini, walaupun tapasya yang utama ini kita tidak boleh laksanakan. Itu adalah kesukarannya. Namun juka anda inginkan keinsafan Tuhan, ia dikatakan di sini, tapasaiva, hanya dengan tapasya, hanya dengan penebusan, seseorang itu boleh insaf. Jika tidak membuatnya, tidak boleh. Jika tidak, ia tidak mungkin. Maka perkataan ini digunakan, tapasaiva. Tapasā eva: "hanya melalui tapasya." Tidak ada cara yang lain. Tapasā eva param. Param beerti yang Yang Utama.

Jika anda ingin menginsafi Yang Utama (Tuhan), Yang Mutlak, maka anda harus melalui beberapa jenis tapasya. Jika tidak ia adalah mustahil. Ini adalah persediaan tapasya yang sedikit. Sama seperti ekādaśī. Itu juga adalah sejenis tapasya. Sebenarnya, pada hari-hari ekādaśī kita tidak boleh makan apa-apa, juga tidak boleh meminum air. Namun di kalangan masyarakat kita, kita tidak mengikut dengan begitu tegas. Kita berkata, "Ekādaśī, jangan ambil bijiran. Hanya ambil buah-buahan, susu." Itu adalah tapasya. Kita tidak boleh melaksanakan tapasya ini? Jika kita tidak bersedia untuk melaksanakan tapasya yang senang dilakukan, yang sangat, sangat senang, maka bagaimana kita boleh berharap untuk pulang ke kediaman, ke kediaman Tuhan Yang Maha Esa? Itu, itu adalah tidak mungkin. Jadi ia dikatakan di sini, tapasaiva, tapasā eva. Eva bererti pastinya. Anda harus. Sekarang, melaksanakan tapasya ini, penebusan ini, adakah anda menjadi seorang pengalah? Anda bukan pengalah. Sekarang, sesiapa yang datang daripada luar, apabila mereka melihat di kalangan kita, ahli-ahli kita, pemuda dan pemudi. Mereka berkata, "muka yang berseri." Bukankah yang itu mereka katakan? Mereka dapat lihat perbezaan. Seorang paderi berpakaian biasa.. Saya sedang pergi dari Los Angeles ke Hawaii. Seorang paderi, beliau datang kepada saya di kapal terbang. Dan beliau meminta kebenaran dulu, "Boleh saya bercakap dengan anda?" "Ya, kenapa tidak?" Jadi soalannya yang pertama sekali adalah bahawa "Saya melihat anak murid anda, muka mereka berseri-seri. Bagaimana ini boleh berlaku?" Ini kerana mereka adalah jujur? Jadi di mana kehilangannya? Dengan melalui, dengan menghentikan kesemua benda ini, aktiviti-aktiviti yang berdosa, kita tidak menjadi pengalah. Kita boleh hidup dengan cara yang sangat sederhana. Kita boleh duduk di atas lantai, kita boleh baring di atas lantai. Kita tidak memerlukan begitu banyak perabot, dan baju yang cantik yang begitu banyak. Oleh itu tapasya diperlukan. Jika kita ingin maju di kehidupan kerohanian, kita harus menerima beberapa jenis tapasya. Di Kali-yuga ini, kita tidak boleh melalui tapasya yang terlalu berat, seperti dalam keadaan cuaca sejuk. kita menyelam, dalam air, dan ada kalanya tenggelam atau ada kalanya sehingga ke sini, dan bermeditasi atau mengucapkan Hare Kṛṣṇa. Itu adalah mustahil. Oleh itu minimum. Tapasya harus ada. Jadi kita harus mencatatkan ayat ini yang harus kita menerima beberapa jenis tapasya jika kita adalah serius mengenai keinsafan Tuhan. Itu adalah diperlukan.