MS/Prabhupada 0175 - Dharma Bererti Untuk Menukarkan Gagak Menjadi Angsa Secara Bertahap



Lecture on SB 1.8.33 -- Los Angeles, April 25, 1972

Sebarang kesusasteraan yang tidak mempunyai kaitan dengan pengetahuan mengenai Tuhan, tad, tad vāyasaṁ tīrtham, itu adalah seperti tempat burung gagak berseronok. Di manakah burung gagak berseronok? Di tempat yang kotor. Dan angsa, angsa putih, mereka menikmati di tempat yang cantik, air yang jernih, di tempat yang ada taman, terdapat burung-burung.

Jadi, terdapat, antara haiwan juga, terdapat pembahagian. Kelas angsa dan kelas gagak. Pembahagian semulajadi. Burung gagak tidak akan berkumpul dengan angsa. Dan angsa tidak akan berkumpul dengan burung gagak. Dengan cara yang serupa di kalangan masyarakat manusia, terdapat golongan manusia seperti gagak dan golongan manusia seperti angsa. Golongan manusia seperti angsa akan datang ke tempat ini kerana di tempat ini semuanya adalah jelas, dan baik, falsafah yang bagus, makanan yang enak, pendidikan yang baik, berpakaian sopan, berfikiran baik, semuanya adalah baik. Dan orang yang berpunya kepada golongan gagak akan pergi ke tempat-tempat, kelab-kelab, pesta-pesta sebegitu, pesta penarian bogel, dan sebagainya. Anda faham.

Oleh itu pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa adalah untuk golongan manusia yang seperti angsa. Bukan untuk golongan manusia seperti gagak. Tidak. Tetapi kita boleh menukarkan gagak menjadi angsa. Itu adalah falsafah kita. Seorang yang berkelakuan seperti gagak telah bertukar berenang seperti angsa. Itu kita boleh lakukan. Itu adalah manfaat kesedaran Kṛṣṇa. Apabila angsa-angsa bertukar menjadi gagak-gagak, itu adalah dunia material. Kṛṣṇa bersabda: yadā yadā hi dharmasya glānir bhavati. (BG 4.7). Para makhluk hidup terperangkap di badan material ini dan ia cuba memuaskan nafsunya, daripada satu badan ke badan yang lain, daripada satu badan ke badan yang lain, daripada satu badan ke badan yang lain. Ini adalah kedudukannya. Dan dharma bererti untuk menukarkan gagak kepada angsa secara bertahap. Itu adalah dharma.

Sama seperti seorang manusia yang buta huruf, tidak ada budaya, tetapi dia boleh ditukarkan menjadi seorang yang terpelajar, dan berbudaya. Dengan pendidikan, dengan latihan. Itu adalah mungkin dengan kehidupan sebagai seorang manusia. Saya tidak boleh melatih seekor anjing untuk menjadi seorang penganut. Itu adalah sukar. Sebenarnya itu boleh dilakukan juga. Tetapi saya mungkin bukan begitu berkuasa. Sepertimana yang telah Caitanya Mahāprabhu lakukan. Apabila Beliau melalui kawasan hutan, Jhārikhaṇḍa, harimau, ular, rusa, dan kesemua haiwan-haiwan yang lain, mereka menjadi penganut. Mereka menjadi penganut. Maka itu boleh dilakukan oleh Caitanya Mahāprabhu... Kerana Beliau adalah Tuhan Sendiri. Beliau boleh melakukan apa-apa sahaja. Kita tidak boleh melakukannya. Tetapi kita boleh bekerja di kalangan manusia. Ia tidak mengapa, walau macam mana sekali seorang manusia telah jatuh. Jika dia menurut perintah kita, maka dia boleh bertukar.

Itu disebut sebagai dharma. Dharma bererti untuk membawa seseorang ke kedudukan yang asli. Itu adalah dharma. Jadi ada tahap-tahapnya. Namun kedudukan yang asli adalah; kita adalah sebahagian daripada Tuhan. dan, apabila kita memahami yang kita adalah sebahagian daripada Tuhan, itu adalah kedudukan sebenar kita. Itu disebut sebagai peringkat brahma-bhūta (SB 4.30.20), memahami keinsafan Brahman, identitinya.