MS/Prabhupada 0184 - Pindahkanlah Perikatan Dari Bunyi Material Kepada Bunyi Spiritual



Lecture on SB 3.26.47 -- Bombay, January 22, 1975

Jadi bunyi adalah sesuatu yang sangat penting. Bunyi adalah penyebab utama pengikatan kita dengan dunia material ini. Sepertimana di bandar-bandar yang besar, mereka terikat dengan getaran suara oleh artis pawagam. Bukan itu sahaja, banyak lagi benda yang kita dengar melalui mesej radio. Terikat kepada bunyi. Dan disebabkan ia adalah bunyi material, kita menjadi terikat secara material, terikat dengan lebih dan lebih lagi. Beberapa orang pelakon, beberapa orang bintang filem, penyanyi dan orang-orang sangatlah suka mendengarkan nyanyian tersebut, sehingga penyanyi itu dibayar sebesar lima belas ribu rupee untuk satu lagu. Terdapat ramai seperti itu di Bombay. Cuba lihat beberapa banyak tarikan yang kita ada terhadap getaran bunyi material ini. Dengan cara yang serupa, perikatan yang sama, jika kita bertukar arah untuk mendengar mengenai Hare Kṛṣṇa maha-mantra, dengan itu kita akan menjadi bebas, dengan bunyi yang sama. Satu adalah material, satu adalah kerohanian. Jadi anda harus berlatih untuk menjadi terikat dengan getaran bunyi kerohanian. Maka dengan ini, hidup anda akan berjaya.

ceto-darpaṇa-mārjanaṁ bhava-mahā-dāvāgni-nirvāpaṇaṁ
śreyaḥ-kairava-candrikā-vitaraṇaṁ vidyā-vadhū-jīvanam
ānandāmbudhi-vardhanaṁ prati-padaṁ pūrṇāmṛtāsvādanaṁ
sarvātma-snapanaṁ paraṁ vijayate śrī-kṛṣṇa-saṅkīrtanam
(CC Antya 20.12)

Jadi pertubuhan gerakan Kṛṣṇa adalah untuk tujuan ini, iaitu "Anda sudah terikat dengan bunyi. Sekarang hanya pindahkan perikatan itu kepada bunyi kerohanian. Maka hidup anda akan berjaya." Ini adalah pertubuhan Hare Kṛṣṇa, mengajar orang bagaimana untuk memindahkan perikatan daripada dunia material kepada dunia kerohanian. Jadi Narottama dāsa Ṭhākura menyanyi, golokera prema-dhana, hari-nāma-saṅkīrtana, rati nā janmila kene tāi. Bunyi ini berpunca daripada dunia kerohanian, golokera prema-dhana, dengan mengucapkan, dengan mendengarkan bunyi ini, maka kita akan mengembangkan cinta sejati kita kepada Tuhan yang saat ini. Ini yang diperlukan. Premā pum-artho mahān. Di dunia material ini, kita sedang menerima harmārtha-kāma-mokṣa (SB 4.8.41) sebagai sesuatu yang sangat penting. Puruṣārtha. Dharma, adalah menjadi beragama, dan dengan menjadi beragama, kita akan membina pembangunan ekonomi. Dhanaṁ dehi rūpaṁ dehi yaśo dehi, dehi, dehi. Kāma. Mengapa dehi dehi? Kerana, kāma, adalah untuk memenuhi kepuasan kita, kepuasan nafsu. Dharmārtha-kāma, dan kita akan berasa jijik atau tidak dapat memenuhi kepuasan kita, maka dengan itu kita ingin bersatu dengan Tuhan. Terdapat empat jenis urusan material. Namun urusan kerohanian adalah premā pum-artho mahān. Untuk mencapai cinta terhadap Tuhan, itu adalah kesempurnaan yang paling tinggi. Premā pum-artho mahān.

Jadi untuk mencapai matlamat hidup ini, premā pum-artho mahān, terutama sekali di zaman ini, Kali-yuga adalah sangat, sangat sukar, kerana kita tidak boleh berbuat benda-benda lain, Masa adalah penuh dengan kesulitan. Jadi, jika... Jadi ini adalah kaedah ini, harer nāma harer nāma harer nāmaiva kevalam : (CC Adi 17.21). "Ucapkan mantra Hare Kṛṣṇa," kevalam, "hanya." Kalau nāsty eva nāsty eva nāsty eva gatir anyathā. Di zaman Kali-yuga, kerana urusan kita yang utama adalah bagaimana untuk mendapatkan kebebasan daripada perikatan material.. Bhūtvā bhūtvā pralīyate. (BG 8.19). Orang tidak boleh memahami benda-benda tersebut, apakah sebenarnya kesengsaraan kita. Kṛṣṇa bersabda, Personaliti Tuhan Yang Maha Esa bersabda iaitu, "Ini adalah kesengsaraan yang anda lalui." Apakah itu? Janma-mṛtyu-jarā-vyādhii: (BG 13.9). "Pengulangan kelahiran dan kematian. Ini adalah kesengsaraan hidup anda yang sebenarnya." Mengapa anda fikiran mengenai penderitaan yang sebegitu dan sebegini? Itu semua adalah sementara sahaja. Itu semua adalah di bawah hukum alam material. Anda tidak boleh keluar daripadanya. Prakṛteḥ kriyamāṇāni guṇaiḥ karmāṇi sarvaśaḥ. (BG 3.27). Prakṛti akan memaksa anda untuk melakukan sesuatu kerana anda telah dicemari oleh sifat-sifat alam material. Maka anda harus bertindak mengikut arahan prakṛti ini, alam material ini. Dan selagi anda berada di bawah pengaruh alam material ini, maka anda harus menerima kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Itu adalah kesengsaraan anda yang sebenarnya.