MS/Prabhupada 1066 - Orang yang Kurang Kecerdasan, Mereka Menganggap Kebenaran Yang Paling Utama sebagai tidak berbentuk peribadi
660219-20 - Lecture BG Introduction - New York
Segala aturan adalah bahawa tokoh pusat, tokoh pusat penciptaan tokoh pusat kenikmatan, ialah Tuhan Yang Maha Esa, dan para makhluk hidup, mereka hanya bekerjasama. Dengan bekerjasama, melalui kerjasama mereka menikmati. Hubungannya sama seperti majikan dan pekerja. Jika majikan berpuas hati, jika majikan berpuas hati dengan sepenuhnya, para pekerja secara automatik berpuas hati. Sebegitulah undang-undang. Begitu juga, Tuhan Yang Maha Esa harus berpuas hati, walaupun kecenderungan untuk menjadi pencipta, dan kecenderungan untuk menikmati dunia material ini, adalah ... Ia juga ada dalam hati para makhluk hidup kerana ianya ada dalam Tuhan Yang Maha Esa. Beliau telah mencipta, Beliau telah mencipta alam semesta yang berwujud ini.
Oleh itu kita akan mendapati dalam Bhagavad-gita ini bahawa keseluruhan yang lengkap, terdiri dari Tuhan Yang Maha Kuasa, para makhluk hidup yang dikuasai, manifestasi alam semesta, waktu yang kekal, dan aktiviti-aktiviti (kegiatan), kesemua hal. ini dijelaskan dengan lengkapnya. Oleh itu keseluruhan yang lengkap ini disebut Kebenaran Mutlak. Keseluruhan yang lengkap, atau Kebenaran Mutlak Yang Paling Utama, adalah Tuhan Yang Maha esa yang lengkap Śrī Kṛṣṇa. Seperti yang saya telah menjelaskan, bahawa manifestasi adalah disebabkan oleh tenaga-Nya yang berbeza, dan Beliau adalah keseluruhan yang lengkap.
Brahman yang tidak berbentuk peribadi dijelaskan dalam Bhagavad-gītā bahawa Brahman yang tidak berbentuk peribadi takluk kepada Keperibadian Yang Lengkap. Brahmaṇo 'haṁ pratiṣṭhā (BG 14.27). Brahman yang tidak berbentuk peribadi adalah juga. Ia adalah... Brahman yang tidak berbentuk peribadi diterangkan dengan lebiih jelas dalam Brahma-sutra sebagai sinar. Sepertimana adanya sinaran cahaya matahari, planet matahari, maka, Brahman yang tidak berbentuk peribadi adalah sinaran cahaya Brahman Yang Paling Utama atau Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. Oleh itu Brahman yang tidak berbentuk peribadi adalah keinsafan yang kurang lengkap terhadap keseluruhan yang mutlak, dan begitu juga dengan kefahaman Paramātmā. Perkara-perkara ini juga dijelaskan. Puruṣottama-yoga. Apabila kita membaca bab Puruṣottama-yoga , kita akan melihat bahawa Keperibadian Yang Maha Esa, Puruṣottama berada di atas Brahman yang tidak berbentuk peribadi dan juga di atas keinsafan Paramātmā yang separuh lengkap.
Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa dipanggil sac-cid-Ānanda-vigrahaḥ (BS 5.1). Pada awal Brahma-saṁhitā, ia dinyatakan seperti berikut: īśvaraḥ paramaḥ kṛṣṇaḥ sac-cid-Ānanda-vigrahaḥ / Añadir Adir govindaḥ sarva-Karana-karanam (BS 5.1). " Govinda, Krishna, adalah punca segala sebab. Beliau adalah Tuhan yang Utama. " Maka Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa ialah sac-cid-ānanda-vigrahaḥ Keinsafan terhadap Brahman yang tidak berbentuk peribadi adalah keinsafan bahagian sat, kekekalan Beliau. Dan keinsafan Paramatma adalah keinsafan terhadap sat-cit, pengetahuan yang kekal. Tetapi keinsafan terhadap Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa sebagai Kṛṣṇa adalah keinsafan terhadap keseluruhan ciri-ciri rohani seperti sat (kekekalan), cit (pengetahuan), dan ānanda (kebahagiaan), dalam vigraha (bentuk) yang lengkap. Vigraha bererti bentuk. Vigraha bererti bentuk. Avyaktaṁ vyaktim āpannaṁ manyante mām abuddhayaḥ (BG 7.24). Orang yang kurang cerdas, mereka menganggap Kebenaran Yang Paling Utama tidak berbentuk peribadi, tetapi Beliau mempunyai peribadi, keperibadian rohani. Kenyataan ini dikesahkan oleh segala Kitab Veda. Nityo nityānāṁ cetanaś cetanānām (Kaṭha Upaniṣad 2.2.13). Sepertimana kita juga adalah peribadi, para makhluk hidup yang individual, kita berperibadi, kita mempunyai keperibadian tersendiri, kita semua adalah individu, begitu juga dengan Kebenaran Yang Paling Utama, Yang Paling Mutlak, Beliau juga, pada hakikatnya adalah keperibadian. Tetapi keinsafan terhadap Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa ialah keinsafan terhadap segala ciri-ciri rohani seperti sat (kekekalan), cit (pengetahuan), dan ānanda (kebahagiaan), dalam vigraha (bentuk)yang lengkap. Vigraha bermaksud bentuk. Maka keseluruhan yang lengkap bukan tanpa bentuk. jika Beliau tanpa bentuk atau jika Beliau kurang dari sesuatu yang lain, maka Beliau bukan keseluruhan yang lengkap. Keseluruhan yang lengkap harus memiliki segala sesuatu di dalam pengalaman atau di luar pengalaman kita. Jika tidak demikian, maka Beliau tidak akan menjadi lengkap. Kelengkapan keseluruhan Tuhan Yang Maha Esa memunyai kekuatan yang sangat besar. Parāsya śaktir vividhaiva śrūyate (CC Madhya 13.65, purport). Ianya juga dijelaskan dalam Bhagavad-gītā, bagaimana Beliau bertindak dalam berbagai kekuatan-Nya. Dunia ini yang kita dapat lihat, atau dunia material, di mana kini kita dipertempatkan, juga adalah lengkap dengan sendirinya sebab pūrṇam idam (Śrī Īśopaniṣad, Invocation). 24 unsur-unsur yang , menurut falsafah Sāṅkhya, 24 unsur-unsur di mana alam semesta material merupakan manifestasi sementara, diaturkan sepenuhnya untuk menghasilkan bahan-bahan yang lengkap yang sepatutnya untuk memelihara dan menghidupkan alam semesta ini. Tiada usaha luaran dari unit yang lain diperlukan untuk pemeliharaan alam semesta ini. Ianya mempunyai jadualnya yang tersendiri, yang ditetapkan oleh tenaga kelengkapan yang sepenuhnya. dan apabila waktunya habis, maka manifestasi-manifestasi sementara ini akan dimusnahkan sesuai dengan susunan yang lengkap dari yang lengkap.