MS/Prabhupada 0109 - Kita Tidak Membenarkan Sebarang Pemalas

Revision as of 00:29, 25 November 2017 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0109 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1976 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)




Lecture on SB 1.7.24 -- Vrndavana, September 21, 1976

Anda melakukan tugas anda dengan sempurna. Dharma anda bererti pekerjaan anda. Contohnya jika anda bekerja sebagai jurutera. Anda melakukan tugas anda dengan sempurna. Ataupun anda seorang doktor, ataupun peniaga atau sesiapapun – semua orang seharusnya membuat sesuatu. Anda tidak boleh hanya duduk dengan malas dan membina kehidupan. Walaupun seekor singa pun kena bekerja. Na hi suptasya siṁhasya praviśanti mukhe mṛgāḥ. Ini adalah... Dunia material adalah seperti itu. Walaupun anda berkuasa seperti seekor singa, anda tidak boleh tidur. Jika anda ingat, “Aku adalah seekor singa, saya adalah ketua hutan ini. Biarku tidur, dan binatang-binatang akan datang sendiri dan masuk ke mulutku.” Tidak, itu tidak mungkin. Walaupun anda adalah seekor binatang, anda kena menangkap binatang yang lain. Maka, barulah anda boleh makan. Jikalau tidak, anda terpaksa berlapar. Oleh itu Sri Kṛṣṇa bersabda, niyataṁ kuru karma tvaṁ karma jyāyo hy akarmaṇaḥ. “Kau harus melakukan tugas kau.” Śarīra-yātrāpi ca te na prasiddhyed akarmaṇaḥ. Jangan berfikir.. Para bangsat berkata “Pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa in mengajar orang bagaimana untuk melepaskan diri. Mereka telah menjadi...” Tidak, itu bukan arahan Sri Kṛṣṇa. Kita tidak membenarkan untuk orang yang malas. Ia harus bekerja. Itu adalah pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa. Itu adalah arahan Sri Kṛṣṇa. Niyataṁ kuru karma. Arjuna telah enggan untuk bertempur. Beliau telah cuba untuk menjadi lelaki yang beradab tidak menggunakan kekerasan. Kṛṣṇa tidak membenarkan beliau. “Tidak, tidak, anda tidak boleh berbuat begitu. Itu adalah kelemahan kau.” Kutas tvā kaśmalam idaṁ viṣame samupasthitam: “ Kau membukti yang engkau adalah seorang bangsat. Itu adalah anārya-juṣṭam. Cadangan seperti ini adalah sesuai dengan anārya, manusia yang tidak bertamadun. Jangan berbuat begitu”. Itu adalah Kṛṣṇa... Oleh itu, jangan memikirkan yang pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini, mereka yang mengikut pertubuhan ini, mereka akan menjadi malas dan meniru jejak langkah Haridāsa Ṭhākura. Itu bukan kesedaran Kṛṣṇa. Kesedaran Kṛṣṇa bererti, sepertimana yang Kṛṣṇa telah arahkan, anda seharusnya sangat, sangat sibuk, dua puluh empat jam. Itu adalah kesedaran Kṛṣṇa. Bukan menjadi seorang pemalas, makan dan tidur sahaja. Tidak.

Oleh itu ini adalah dharmasya glāniḥ. Namun anda harus berubah sudut pandanganmu. Di alam material yang terikat tujuanmu adalah untuk memuaskan deria-deriamu. Dan kesedaran Kṛṣṇa bererti anda harus bekerja dengan semangat yang sama, dengan semangat tinggi, namun anda harus memuaskan Sri Kṛṣṇa. . Itu adalah kehidupan kerohanian. Bukannya jadi orang yang malas. Perbezaannya adalah, seperti yang diperkatakan oleh pengarang, Kṛṣṇadāsa, ātmendriya-prīti-vāñchā tāre bali 'kāma' (CC Adi 4.165). Apakah itu kāma? Kāma bererti memuaskan nafsu sendiri. Itu adalah kāma. Kṛṣṇendriya-prīti-icchā dhare 'prema' nāma. Dan apakah itu prema? Prema bererti apabila anda melibatkan diri dalam aktiviti untuk memuaskan Kṛṣṇa. Mengapakan para gopī adalah begitu mulia? Ini kerana mereka hanya berusaha untuk memuaskan Kṛṣṇa. Oleh itu Caitanya Mahāprabhu menyarankan, ramyā kācid upāsanā vraja-vadhū-vargeṇa yā kalpitā. Mereka tidak mempunyai tujuan yang lain. Vṛndāvana bererti, orang yang tinggal di Vṛndāvana... Jika mereka ingin tinggal di Vṛndāvana, kerja mereka adalah untuk memuaskan Kṛṣṇa. Itu adalah Vṛndāvana. Bukan bermaksud “Saya tinggal di Vṛndāvana dan cuba memuaskan deria-deriaku.” Itu bukan vṛndāvana-vāsī. Cara hidup begitu... Terdapat banyak monyet, anjing dan babi juga; mereka juga tinggal di Vṛndāvana. Adakah ia bererti mereka tinggal di Vṛndāvana? Tidak. Barang siapa yang ingin memuaskan nafsu di Vṛndāvana, kelahiran mereka seterusnya adalah sebagai anjing, babi dan monyet. Anda harus mengetahui itu. Oleh itu anda tidak harus cuba untuk memuaskan nafsu di Vṛndāvana. Itu adalah dosa yang sangat besar. Hanya puaskan deria- deria Sri Kṛṣṇa.