MS/Prabhupada 0032 - Apajua Yang Saya Hendak Sebutkan, Saya Telah Menyebutnya di dalam Buku-Buku Saya

Revision as of 18:09, 19 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Arrival Speech -- May 17, 1977, Vrndavana

Prabhupāda: Jadi saya tidak boleh bercakap. Saya berasa sangat lemah. Saya sepatutnya ke tempat-tempat lain seperti rancangan di Chandigarh tetapi saya telah batalkan rancangan tersebut kerana keadaan kesihatan saya yang semakin merosot. Oleh itu saya lebih suka untuk datang ke Vṛndāvana. Sekiranya kematian terjadi, biarlah ia di sini. Maka, tiada apa yang baharu untuk dikatakan. Apajua yang saya hendak sebutkan, saya telah menyebutnya di dalam buku-buku saya. Kini anda cuba memahaminya dan teruskan dengan usaha anda. Sama ada saya ada atau tidak, ianya tidak mengapa. Seperti mana Kṛṣṇa hidup selama-lamanya, begitu juga, para makhluk hidup hidup selama-lamanya. Tetapi kīrtir yasya sa jīvati: "Seseorang yang telah mengabdikan dirinya untuk Tuhan hidup selama-lamanya." Maka, anda telah diajar untuk mengabdi Kṛṣṇa, dan dengan Kṛṣṇa kita akan hidup selamanya. Kehidupan kita adalah kekal. Na hanyate hanyamāne śarīre (BG 2.20). Peninggalan sementara oleh badan ini, ianya tidak mengapa. Badan seharusnya meninggal. Tathā dehāntara-prāptiḥ (BG 2.13). Maka hidup selama-lamanya dengan mengabdi terhadap Kṛṣṇa. Terima kasih banyak-banyak.

Para penyembah: Jaya!