MS/Prabhupada 0033 - Nama Mahaprabhu ialah Patita-pavana



Morning Walk -- October 4, 1975, Mauritius

Pusta Kṛṣṇa: Kerajaan-kerajaan pada ketika ini menyokong kegiatan-kegiatan berdosa yang sangat mengejutkan. Maka bagaimana untuk mengubah akhlak orang ramai?

Prabhupāda: Adakah anda bermaksud untuk mengatakan kerajaan sempurna?

Puṣṭa Kṛṣṇa: Tidak.

Prabhupāda: Kemudiannya? Mereka harus diubah. Kerajaan bermakna, pada masa kini, semuanya penyangak. Mereka dipilih oleh penyangak dan mereka adalah penyangak. Itulah kesukarannya. Di mana-mana anda pergi, anda akan bertemu hanya dengan penyangak. Manda. Maksudnya telah diberikan, manda. Dalam kumpulan kita sendiri terdapat begitu ramai penyangak. Lihat sahaja laporan yang ada. Walaupun mereka telah datang untuk dipulihkan akhlaknya, mereka berperangai buruk. Mereka tidak dapat melepaskan tabiat keparat mereka Oleh itu secara umumnya dikatakan, manda: "semuanya jahat." Tetapi, wujud satu perbezaan iaitu orang yang berperangai buruk di dalam kumpulan kita sedang dipulihkan akhlaknya; manakala yang di luar tidak ada sebarang pemulihan akhlak. Di sini terdapat harapan untuk memulihkan mereka menjadi baik, tetapi di luar tidak ada sebarang harapan. Itulah perbezaannya. Jika tidak semua orang adalah jahat. Tanpa sebarang diskriminasi anda boleh katakan. Mandāḥ sumanda-matayo (SB 1.1.10). Kini, bagaimana kerajaan akan menjadi baik? Ia juga adalah jahat. Nama Mahāprabhu adalah Patita-pāvana; Beliau menyelamatkan semua manusia yang jahat. Dalam Kali-yuga langsung tidak terdapat sebarang manusia yang baik - semuanya jahat. Kamu hendaklah menjadi seorang yang teguh untuk menangani semua manusia yang jahat.