MS/Prabhupada 0035 - Krishna Adalah Pemilik Badan Kita

Revision as of 18:11, 19 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Lecture on BG 2.1-11 -- Johannesburg, October 17, 1975

Sekarang, Kṛṣṇa mengambil kedudukan sebagai seorang guru, dan Beliau mula mengarah. Tam uvāca hṛṣīkeśaḥ. Hṛṣīkeśa..., Nama lain untuk Kṛṣṇa adalah Hṛṣīkeśa. Hṛṣīkeśa bererti hṛṣīka īśa. Hṛṣīka bererti deria ,dan īśa, adalah tuan. Oleh itu Kṛṣṇa adalah tuan pancaindera kita, deria setiap seorang. Yang itu akan diterangkan di dalam Bab Tiga Belas, iaitu kṣetra-jñaṁ cāpi māṁ viddhi sarva-kṣetreṣu bhārata (BG 13.3). Di dalam badan ini terdapat dua makhluk hidup. Satu adalah saya, jiwa itu sendiri, ātmā; dan yang keduanya adalah Kṛṣṇa, Paramātmā. Īśvaraḥ sarva-bhūtānāṁ hṛd-deśe arjuna tiṣṭhati (BG 18.61). Jadi pemilik sebenarnya ialah Paramātmā. Saya diberi peluang untuk menggunakannya, maka deria saya, apa yang dikatakan deria saya, sebenarnya bukan deria saya. Saya tidak mencipta tangan saya. Tangan ini dicipta oleh Tuhan, atau oleh Kṛṣṇa, melalui tenaga alam material ini, dan saya diberikan tangan untuk menggunakannya untuk pengunaan saya, untuk makan, untuk pengutipan. Tetapi sebenarnya ia bukanlah tangan saya. Kalau tidak, apabila tangan ini menjadi lumpuh, saya katakan "tangan saya, saya tidak boleh menggunakannya," kerana kuasa untuk menggunakan tangan ini telah ditarik ambil oleh pemiliknya. Sama seperti dalam sebuah rumah, rumah yang disewa, anda diami. Jika pemilik rumah, tuan rumah, mengusir anda, anda tidak boleh tinggal di sana. Anda tidak boleh menggunakannya. Begitu juga, kita hanya boleh menggunakan badan ini selagi pemilik sebenar badan ini, Hṛṣīkeśa, membolehkan saya menetapi di sini. Oleh itu nama Krishna adalah Hṛṣīkeśa. Dan perkumpulan kesedaran Kṛṣṇa bererti bahawa kita telah menerima deria-deria daripada Kṛṣṇa. Ia harus digunakan untuk Kṛṣṇa. Daripada menggunakannya untuk Kṛṣṇa, kita menggunakannya untuk kepuasan deria kita. Inilah kesengsaraan keadaan hidup kita. Sama seperti anda menetapi di suatu tempat di mana anda perlu membayar sewa, tetapi jika anda tidak membayar sewa - anda berfikir itu adalah harta anda, maka ini akan membawa masalah. Begitu juga, Hṛṣīkeśa bermaksud pemilik sebenar adalah Kṛṣṇa. Aku telah diberikan harta ini. Itu telah dihuraikan dalam Bhagavad-gītā.

īśvaraḥ sarva-bhūtānāṁ
hṛd-deśe 'rjuna tiṣṭhati
bhrāmayan sarva-bhūtāni
yantrārūḍhāni māyayā
(BG 18.61)

Yantra: ia adalah sebuah jentera. Jentera ini telah diberikan oleh Krishna kepada saya kerana saya inginkannya "Jika saya mendapat jentera berbentuk seperti badan manusia, maka saya boleh menikmati seperti ini." Maka Kṛṣṇa menunaikan keinginan anda: "Baiklah." Dan jika saya berfikir, "Jika saya mendapat jentera di mana saya boleh terus menghisap darah haiwan yang lain," "Baiklah," Kṛṣṇa berkata, "anda akan diberi jentera berbentuk badan harimau dan gunakanlah ia." Jadi ini yang sedang berlaku. Oleh itu nama-Nya adalah Hṛṣīkeśa. Dan apabila kita memahami dengan betul bahawa "Saya bukan pemilik badan ini." Kṛṣṇa adalah pemilik badan ini. Saya inginkan sesuatu bentuk badan untuk kepuasan nafsu saya. Beliau telah berikannya dan saya tidak berasa gembira. Oleh itu, saya akan mempelajari cara untuk gunakan jentera ini untuk pemiliknya, " ini dikatakan bhakti. Hṛṣīkeṇa hṛṣīkeśa-sevanaṁ bhaktir ucyate (CC Madhya 19.170). Apabila deria-deria ini - oleh kerana Kṛṣṇa adalah pemilik deria-deria - Beliau adalah pemilik badan ini - maka apabila badan ini digunakan untuk pengabdian Kṛṣṇa, maka ia adalah kesempurnaan kehidupan kita.