MS/Prabhupada 0064 - Siddhi Bererti Penyempurnaan Kehidupan

Revision as of 18:25, 19 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Lecture on SB 6.1.15 -- Denver, June 28, 1975

Kecit bermaksud "seseorang." "Sangat jarang." "Seseorang" bermaksud "sangat jarang." Ianya bukan perkara yang begitu mudah untuk menjadi vāsudeva-parāyaṇāḥ.. Semalam saya telah menjelaskan bahawa Bhagavān, Krishna, bersabda bahawa yatatām api siddhānāṁ kaścid vetti māṁ tattvataḥ, manuṣyāṇāṁ sahasreṣu kaścid yatati siddhaye (BG 7.3). Siddhi bermakna kesempurnaan kehidupan. Secara umumnya, orang menerima siddhi sebagai amalan yoga yang berakhir dengan aṣṭa-siddhi - aṇimā, laghimā, mahimā, prāpti, siddhi, īśitva, vaśitva, prākāmya. Ini dikatakan siddhis, yoga-siddhi Yoga-siddhi bererti anda boleh menjadi lebih kecil daripada yang paling kecil. Kebesaran kita sebenarnya adalah sangat, sangat kecil. Maka dengan yoga-siddhi, walaupun kita memiliki badan jasmani, seorang yogi boeh menurun ke saiz yang paling kecil, dan di mana sahaja anda mengikatnya, beliau boleh keluar. Itu dikatakan aṇimā-siddhi. Begitu juga, terdapat mahimā-siddhi, laghimā-siddhi. Beliau boleh menjadi lebih ringan daripada kapas. Para yogi, mereka boleh menjadi sangat ringan. Di India masih ada lagi para yogi. Pastinya, dalam zaman kanak-kanak saya, kita pernah melihat yogi, beliau pernah menziarahi ayah saya. Beliau berkata bahawa beliau boleh pergi ke mana-mana jua dalam beberapa saat sahaja. Dan kadang-kadang mereka akan pergi awal pagi ke Jagannātha Purī, ke Rāmeśvaram, ke Haridwar, dan mandi dalam beberapa air Ganga yang berbeza dan di sungai-sungai yang lain. Ini dikatakan laghimā-siddhi. Anda menjadi sangat ringan. Beliau pernah berkata, "Kami sedang duduk dengan guru kami dan hanya menyentuh. Kami duduk di sini, dan selepas beberapa saat kami akan duduk di tempat yang berbeza. " Ini dikatakan laghimā-siddhi.

Jadi terdapat banyak yoga-siddhi. Orang akan berasa sangat hairan dengan melihat yoga-siddhi sebegini. Tetapi Krishna bersabda, yatatām api siddhānām: (BG 7.3) "Di antara para-para siddha sebegini, yang memiliki yoga-siddhi," ," yatatām api siddhānām kaścid vetti māṁ tattvataḥ (BG 7.3), "ada yang mungkin boleh memahami-Ku." Maka seseorang boleh mencapai mencapai sedikit sebanyak yoga-siddhi; namun ianya tidak mungkin untuk memahami Krishna. Itu tidak mungkin. Krishna hanya boleh difahami oleh orag yang mendedikasikan segala-galanya kepada Krishna. Oleh itu Krishna mahu akan itu, menuntutnya, sarva-dharmān parityajya mām ekam śaraṇaṁ (BG 18.66). Krishna hanya boleh difahami oleh para penyembah-Nya yang suci-murni dan tidak yang lain.