MS/Prabhupada 0085 - Budaya Pengetahuan Bererti Pengetahuan Kerohanian

Revision as of 18:35, 19 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Lecture on Sri Isopanisad, Mantra 9-10 -- Los Angeles, May 14, 1970

Para bijaksana telah jelaskan kepada kita bahawa satu hasil akan di perolehi daripada budaya ilmu, dan ianya dikatakan bahawa hasil yang berbeza diperolehi daripada budaya kejahilan. Semalam kita telah jelaskan sedikit sebanyak apakah budaya kejahilan dan apakah budaya berilmu. Budaya berilmu bermakna pengetahuan rohani. Itulah pengetahuan yang sejati. Dan kemajuan ilmu untuk keselesaan atau untuk melindungi badan jasmani ini, ia adalah budaya kejahilan. Ini kerana bagaimana sekalipun anda cuba melindungi badan ini, apa yang seharusnya berlaku tidak dapat dihentikan. Apakah itu? Janma-mṛtyu-jarā-vyādhi (BG 13.9). Anda tidak dapat lepaskan badan ini daripada kelahiran dan kematian berulang kali, dan semasa ianya wujud, penyakit dan usia tua. Orang sangat sibuk dengan budaya ilmu berkenaan dengan badan ini, walaupun mereka lihat pada setiap saat badan ini sedang merosot. Kemautan badan ini telah ditentukan semasa ia dilahirkan. Ianya adalah satu fakta. Maka, anda tidak dapat hentikan haluan semulajadi badan ini. Anda harus memenuhi proses badan ini, iaitu kelahiran, kematian, usia tua, dan penyakit.

Maka dinyatakan di Bhāgavata, iaitu, yasyātma-buddhiḥ kuṇape tri-dhātuke (SB 10.84.13). Badan ini terdiri daripada tiga elemen utama: lendir, hempedu, dan udara. Itulah versi Veda dan rawatan Āyurveda. Badan ini adalah satu beg lendir, hempedu, dan udara. Dalam usia tua peredaran udara terganggu; oleh itu orang tua menghidapi sakit sengal-sengal tulang, pelbagai penyakit. Maka dinyatakan di Bhāgavata, "Barang siapa yang menerima gabungan hempedu, lendir, dan udara sebagai diri mereka, dia adalah seekor keldai." Sebenarnya, ini adalah fakta. Jika kita menerima gabungan hempedu, mukus, dan udara sebagai diri kita sendiri ... Jadi orang bijak, seorang ahli falsafah yang sangat besar, ahli sains yang sangat besar, adakah ini bermakna beliau merupakan gabungan hempedu, mukus dan udara? Tidak. Itu adalah suatu kesilapan. Beliau berbeza daripada hempedu atau lendir atau udara ini .Beliau adalah roh. Dan menurut karma beliau, beliau mempamerkan, menunjukkan bakat beliau. Jadi mereka tidak memahami karma, undang-undang karma. Mengapakah terdapat banyak jenis personaliti?