MS/Prabhupada 0086 - Mengapa Ada Banyak Ketidaksamaan
Sri Isopanisad, Mantra 9-10 -- Los Angeles, May 14, 1970
Kenapa terdapat pelbagai jenis personaliti? Jika ianya gabungan hempedu, lendir, dan udara, mengapa wujud ketidaksamaan? Jadi mereka tidak memupuk pengetahuan ini. Kenapa terdapat ketidaksamaan? Seseorang dilahirkan sebagai jutawan; seorang lagi dilahirkan, di mana ia tidak mampu untuk makan walaupun dua kali sehari walaupun ia bekerja keras. Mengapa wujud diskriminasi sebegini? Mengapa seseorang di tempatkan dalam keadaan yang baik? Mengapa seorang yang lain tidak? Ini kerana wujudnya hukum karma, keperibadian seseorang.
Maka inilah dikatakan pengetahuan. Oleh itu Īśopaniṣad bersabda bahawa anyad evāhur vidyayā anyad āhur avidyayā. Mereka yang hidup dalam kejahilan memupuk jenis perkembangan pengetahuan yang berlainan, dan orang-orang yang sebenarnya berilmu, mereka memupuk dengan cara yang berbeza. Masyarakat yang biasa, mereka tidak suka akan aktiviti kita, kesedaran Krishna. Mereka dalam kejutan. Petang semalam Gargamuni memberitahu saya bahawa orang bertanya, "Dari manakah anda mendapat sebegitu banyak wang?" Anda membeli begitu banyak kereta dan gereja yang besar dan membiayai lima puluh, enam puluh orang setiap hari dan bersuka ria. Apakah ini?" (gelak ketawa) Mereka dalam kejutan. Dan kita juga dalam kejutan mengapa penyangak-penyangak ini bekerja keras semata-mata untuk mengisi perut. Jadi Bhagavad-gītā bersabda, yā niśā sarva-bhūtānāṁ tasyāṁ jāgrati saṁyamī. Kita melihat bahawa orang-orang ini sedang tidur, dan mereka ingat kita membuang masa kita. Ini adalah pandangan yang bertentangan. Mengapa? Ini kerana tindakan mereka dan kita adalah berbeza. Sekarang, tindakan siapa yang betul akan diputuskan oleh orang yang bijaksana. Perkara-perkara ini dibincangkan dengan baik dalam kesusasteraan Veda.
Sepertimana Īśopaniṣad, terdapat satu lagi Upaniṣad iaitu Garga Upaniṣad. Di dalamnya terdapat perbicangan di antara suami isteri yang berilmu. Si suami mengajar isterinya. Etad viditvā yaḥ prayāti sa eva brāhmaṇa gargi. Etad aviditvā yaḥ prayāti sa eva kṛpanā. Budaya ilmu yang benar, seseorang yang ... Setiap seorang lahir dan setiap seorang akan mati. Tidak terdapat perbezaan pendapat mengenainya. Kita akan mati dan mereka juga akan mati. Mereka akan mengatakan bahawa "Anda memikir tentang kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit." Adakah ini bermaksud oleh kerana anda memupuk ilmu berkenaaan dengan kesedaran Kṛṣṇa, anda bebas dari empat prinsip serangan alam semula jadi?" Tidak. Ini bukan fakta. Hakikatnya ialah mengikut Garga Upaniṣad, etad viditvā yaḥ prayāti. Orang yang meninggal badan ini selepas mengetahui siapakah beliau, sa eva brāhmaṇa, beliau adalah brāhmaṇa. Brāhmaṇa...Kita menawarkan anda benang suci. Mengapa? Hanya untuk anda memahami misteri kehidupan. Itulah seorang brāhmaṇa. Vijānataḥ. Kita telah membaca ayat ini, vijānataḥ. Orang yang meninggalkan badan ini selepas memahami perkara-perkara sepertimana ianya patut difahami, beliau adalah brāhmaṇa.