MS/Prabhupada 0108 - Pencetakan Dan Penterjemahan Mesti Berterusan

Revision as of 18:47, 19 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Room Conversation "GBC Resolutions" -- March 1, 1977, Mayapura

Maka bagaimanapun, pencetakan dan penterjemahan mesti berterusan. Itu adalah urusan kita yang paling penting. Ia tidak boleh berhenti. Mesti berterusan. Seperti yang sedia ada, kini kita memiliki kesusasteraan Hindi yang sangat banyak. Saya hanya terus memaksa, “ Di mana Hindi? Di mana Hindi?” Maka ia telah muncul dalam bentuk yang ketara. Dan saya hanya mencucuk dia: “Di mana Hindi? Di mana Hindi? ” Maka dia telah menjadikannya sebagai kenyataan. Begitu juga untuk Bahasa Perancis, paling penting, kita harus menterjemah dan mencetak buku, sebanyak yang mungkin. “ Mencetak buku” bererti kita sudah mempunyai buku. Hanya menterjemahkannya dalam bahasa tertentu dan menerbitkannya. Itu sahaja. Idea sudah berada di situ. Kamu tidak perlu untuk mengeluarkan idea. Maka Perancis ialah negara yang sangat penting. Maka pencetakan dan penterjemahan mesti berterusan. Itu adalah permintaan saya.