MS/Prabhupada 0526 - Jika Kita Berpegangan Dengan Sangat Erat Kepada Krishna, Maka Maya Tidak Boleh Berbuat Apa-apa
Lecture on BG 7.1 -- Los Angeles, December 2, 1968
Tamāla Kṛṣṇa: Jika māyā mengawal seseorang, bagaimanakah cara yang cepat untuk kembali kepada Kṛṣṇa?
Prabhupāda: Oh, itu adalah Kṛṣṇa, cukup hanya Kṛṣṇa sahaja... Apabila terdapat tarikan daripada māyā, hanya berdoa pada Kṛṣṇa, "Tolong selamatkan saya. Tolong selamatkan saya." Hanya itulah caranya. Dan Beliau akan selamatkan anda. Kita berada di kerajaan māyā, maka māyā adalah sangat kuat di sini, tetapi jika berpegangan sangat erat kepada Kṛṣṇa, maka māyā tidak boleh berbuat apa-apa. Jadi kita haruslah teguh berpegangan sangat erat kepada Kṛṣṇa. Maka tidak akan jatuh. Ya.
Madhudviṣa: Prabhupāda, apabila kita keluar untuk melakukan saṅkīrtana, berjapa, apakah cara yang terbaik untuk melibatkan orang awam untuk berjapa bersama-sama dengan kita? Apakah cara yang terbaik untuk...
Prabhupāda: Cara yang terbaik ialah anda teruskan berjapa . Urusan anda bukannya, saya bermaksud, bukan untuk memuaskan hati orang awam. Urusan anda adalah untuk memuaskan hati Kṛṣṇa, maka orang awam akan berpuas hati secara automatik. Kita tidak akan memuaskan hati orang awam. Kita hanya akan memberikan mereka sesuatu, Kṛṣṇa. Jadi anda harus berwaspada adakah anda menyampaikan Kṛṣṇa dengan cara yang betul. Maka mereka akan berpuas hati. Urusan anda hanya untuk memuaskan Kṛṣṇa. Maka semuanya akan dipuaskan. Tasmin tuṣṭe jagat tuṣṭa. Jika Kṛṣṇa berpuas hati, maka seluruh dunia berpuas hati. Jika anda menyiram air di akar pokok, maka air tersebut akan dibahagikan secara automatik ke seluruh bahagian pokok tersebut. Jadi Kṛṣṇa adalah pokok yang besar, akar kepada pokok yang besar, dan anda sedang menyiram air kepada Kṛṣṇa. Ucapkan Hare Kṛṣṇa dan ikutilah segalah hukum serta peraturan, dan semuanya akan menjadi baik sekali.