MS/Prabhupada 0850 - Jika anda mendapat wang, cetaklah buku



750620d - Lecture Arrival - Los Angeles

Jika anda mendapat wang, cetak buku. Kita tidak ada penemuan baru. (Ketawa) Kita tidak mereka-reka. Inilah proses kita. Kita hanya mengikut arahan pendahulu, itu sahaja. Kumpulan kita adalah sangat mudah kerana kita tidak perlu mereka-reka sesuatu. Kita hanya perlu mengulangi kata-kata dan arahan yang diberikan oleh pendahulu. Kṛṣṇa mengarahkan Brahmā, Brahmā mengarahkan Nārada, Nārada mengarahkan Vyāsadeva, Vyāsadeva mengarahkan Madhvācārya, dan dengan cara ini, kemudiannya Mādhavendra Purī, Īśvara Purī, Śrī Caitanya Mahāprabhu, kemudiannya keenam-enam Gosvāmīs, kemudian Śrīnivāsa Ācārya, Kavirāja Gosvāmī, Narottama dāsa Ṭhākura, Viśvanātha Cakravartī, Jagannātha dāsa Bābājī, Bhaktivinoda Ṭhākura, Gaurakiśora dāsa Bābājī, Bhaktisiddhānta Sarasvatī, dan kemudiannya kita melakukan perkara yang sama. Tidak ada perbezaan. Itulah prosedur tertentu kumpulan kesedaran Krishna. Anda menyanyi setiap hari, guru-mukha-padma-vākya, cittete koriyā aikya, ār nā koriho mane āśā. perkara yang sangat mudah. Kita menerima pengetahuan rohani melalui turutan guru-paramparā. Oleh itu, kita hanya perlu mengambil arahan daripada guru, dan jika kita melaksanakan dengan hati dan jiwa kita, maka ia adalah kejayaan. Itu praktikal.

Saya tidak mempunyai kelayakan peribadi, tetapi saya hanya cuba untuk memuaskan guru saya, itu sahaja. Guru Mahārāja saya meminta saya, "Jika anda mendapat sedikit wang, anda cetaklah buku-buku." Maka ia adalah dalam satu pertemuan peribadi, bertutur, beberapa abang seguru saya(godbrother) yang penting juga berada di sana. Ia adalah di Rādhā-kuṇḍa. Jadi Guru Mahārāja menyatakan kepada saya bahawa "Sejak kita memiliki kuil marmar Baghbazar , terdapat begitu banyak perselisihan, dan semua orang sedang berfikir siapa yang akan menduduki bilik ini atau bilik itu, bilik itu. Oleh itu saya ingin menjual kuil dan marmar and cetak beberapa buku." Ya. Jadi melalui kata-katanya, saya mengetahui beliau sangat gemarkan buku. Dan beliau secara peribadinya memberitahu saya bahawa "Jika anda mendapat wang, cetak buku." Oleh itu, saya menekankan perkara ini: "Di mana buku? Mana buku? Mana buku???" Jadi sila bantu saya. Ini adalah permintaan saya. Cetak seberapa banyak buku dalam sebanyak mana bahasa yang boleh dan edarkannya di seluruh dunia. Maka kumpulan kesedaran Krishna secara automatik akan meningkat. Kini orang yang berpengetahuan, para cendekiawan, mereka menghargai kumpulan kita, dengan membaca buku, dengan mengambil hasil praktikal. Dr. Stillson Yehuda, beliau telah menulis satu buku, mungkin anda tahu, Krishna Con ... Hare Krishna dan Counterculture, sebuah buku yang sangat menarik mengenai kumpulan kita, dan beliau memberikan kepentingan. Beliau telah mengakui bahawa "Swamiji, anda telah melakukan perkara yang menakjubkan kerana anda telah menukarkan penagih dadah hippi ke penyembah Krishna, dan mereka sedia berkhidmat untuk masyarakat sejagat. "