MS/Prabhupada 1078 - Kedua-dua Minda dan Kecerdasan Khusuk Berfikir Tentang Tuhan Dua-puluh Empat Jam
660219-20 - Lecture BG Introduction - New York
Apabila anda mempunyai cinta bhakti yang kuat terhadap Tuhan yang Maha Esa, maka ia berkemungkinan untuk kita menunaikan kewajipan kita sambil mengingati Tuhan. Maka kita harus memgembangkan rasa itu. Sama seperti Arjuna sentiasa memikirkan Tuhan. Beliau, dari dua puluh empat jam, tiada sesaat pun beliau melupai Kṛṣṇa. Sentiasa menemani Kṛṣṇa. Pada waktu yang yang sama, seorang pahlawan Sri Kṛṣṇa tidak menasihati Arjuna untuk berhenti bertempur pergi ke hutan, pergi ke Himalaya dan bersemadi. Apabila sistem yoga dinasihatkan pada Arjuna, Arjuna menolaknya, bahawa "Sistem ini tidak mungkin untuk ku." Kemudiannya Tuhan bersabda, yoginām api sarveṣāṁ mad-gatenāntarātmanā (BG 6.47). Mad-gatenāntarātmanā śraddhāvān bhajate yo māṁ sa me yuktatamo mataḥ. Jadi seorang yang sentiasa berfikir tentang Tuhan Yang Maha Esa, dialah yogi yang paling hebat, dialah jñānī yang paling maju, dan pada waktu yang sama dia juga adalah penyembah yang paling mulia. Tuhan menasihatkan bahawa tasmāt sarveṣu kāleṣu Mam anusmara yudhya ca (BG 8.7). "Sebagai Ksatria anda tidak boleh meninggalkan pertempuran. Anda harus berjuang. Pada waktu yang sama jika kau mengamal mengingati Ku selalu, maka ianya berkemungkinan," anta-kāle ca mām eva smaran (BG 8.5), "maka berkemungkinan untuk mengingati Ku pada saat meninggal." Mayy arpita-mano-buddhir mām evaiṣyasy asaṁśayaḥ. Sekali lagi Beliau bersabda bahawa ianya tiada keraguan. Jika seseorang menyerah dirinya dengan sepenuhnya dalam pengabdian kepada Tuhan, dalam cinta-bhakti rohani kepada Tuhan, mayy arpita-mano-buddhir (BG 8.7). Kerana kita tidak bekerja dengan badan kita sebenarnya. Kita bekerja dengan minda dan kecerdasan kita. Jadi, jika akal dan minda kita sentiasa sibuk berfikir tentang Tuhan Yang Maha Esa, maka secara semulajadi pancaindera kita juga sibuk dalam pengabdian kepada Tuhan. Itulah rahsia Bhagavad-gītā. Seseorang perlu belajar seni ini, bagaimana seseorang boleh menyerapi, kedua-dua minda dan kecerdasan, dua puluh empat jam memikirkan Tuhan. Dan ia akan membantu seseorang untuk memindahkan dirinya ke Kerajaan Tuhan atau ke suasana rohani selepas meninggalkan badan jasmani ini. Ahli-ahli sains moden, mereka cuba untuk bertahun-tahun, untuk mencapai planet bulan, dan mereka masih tidak mempunyai pendekatan lagi. Tetapi di sini dalam Bhagavad-gītā, di sini dicadangkan. Katakan seorang lelaki hidup selama lima puluh tahun lagi dan dia ... Jadi tiada sesiapa yang cuba meningkatkan dirinya dalam idea rohani untuk selama lima puluh tahun. Itu adalah satu idea yang sangat baik. Walaupun seorang cuba dengan ikhlas untuk sepuluh tahun atau lima tahun untuk mempraktikkan ini, mayy arpita-mano-buddhir (BG 8.7)... Ianya semata-mata soal amalan. Dan amalan ini boleh menjadi senang melalui proses bhakti, śravaṇaṁ Śravaṇaṁ. Proses paling mudah adalah untuk mendengar.
- śravaṇaṁ kīrtanaṁ viṣṇoḥ
- smaraṇaṁ pāda-sevanam
- arcanaṁ vandanaṁ dāsyaṁ
- sakhyam ātma-nivedanam
- (SB 7.5.23)
Sembilan proses ini. Maka proses yang paling mudah adalah dengan hanya mendengar.