MS/Prabhupada 0123 - Dipaksa untuk Berserah Diri – Itu adalah Kebaikan Hati yang Istimewa: Difference between revisions

(Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0123 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1969 Category:MS-Quotes - Lec...")
 
(Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
 
Line 7: Line 7:
[[Category:MS-Quotes - in USA, Hawaii]]
[[Category:MS-Quotes - in USA, Hawaii]]
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- BEGIN NAVIGATION BAR -- TO CHANGE TO YOUR OWN LANGUAGE BELOW SEE THE PARAMETERS OR VIDEO -->
<!-- BEGIN NAVIGATION BAR -- DO NOT EDIT OR REMOVE -->
{{1080 videos navigation - All Languages|French|FR/Prabhupada 0122 - Ces crapules pensent, «Je suis ce corps».|0122|FR/Prabhupada 0124 - On doit faire des paroles du maître spirituel notre vie et âme|0124}}
{{1080 videos navigation - All Languages|Malay|MS/Prabhupada 0122 - Para Bangsat Memikirkan, 'Saya Adalah Badan Ini'|0122|MS/Prabhupada 0124 - Kita Seharusnya Menerima Kata-Kata dari Guru Kerohanian sebagai Nyawa dan Jiwa Kita|0124}}
<!-- END NAVIGATION BAR -->
<!-- END NAVIGATION BAR -->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
Line 18: Line 18:


<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
{{youtube_right|c4avWLAsE7g|Dipaksa untuk Berserah Diri – Itu adalah Kebaikan Hati yang Istimewa<br />- Prabhupāda 0123}}
{{youtube_right|qp3VNys0dHM|Dipaksa untuk Berserah Diri – Itu adalah Kebaikan Hati yang Istimewa<br />- Prabhupāda 0123}}
<!-- END VIDEO LINK -->
<!-- END VIDEO LINK -->



Latest revision as of 18:54, 19 October 2018



Lecture-Day after Sri Gaura-Purnima -- Hawaii, March 5, 1969


Penganut: Bolehkan kita meminta Kṛṣṇa untuk memaksa kita untuk berserah diri kepada Beliau, kerana keadaan kita yang terikat?

Prabhupāda: Ya, anda boleh meminta Beliau. Dan ada masanya Beliau memaksa. Beliau akan meletakkan anda dalam keadaan di mana anda tidak akan mempunyai sebarang pilihan tetapi hanya berserah diri kepada Beliau, Sri Kṛṣṇa. Ya. Itu adalah satu kebaikan hati yang istimewa. Itu adalah satu kebaikan hati yang istimewa. Ya. Guru kerohanian saya inginkan saya untuk berdakwah walaupun saya tidak menyukainya, namun Beliau telah memaksa saya. Ya. Saya mempunyai pengalaman tersebut. Saya tidak ada keinginan untuk menjadi seorang sannyāsa dan berdakwah, namun guru kerohanian saya menginginkannya. Saya tidak beberapa cenderung, namun Beliau telah memaksa saya. Ia telah dilakukan. Itu adalah satu kebaikan hati yang istimewa. Apabila Beliau telah memaksa saya, pada masa itu, saya berfikir bahawa “Apakah ini? Apa...? Adakah saya melakukan suatu kesilapan atau apakah sebenarnya ini?” Saya dalam kebingungan. Namun selepas seketika, saya boleh memahami yang itu sebenarnya adalah benda yang paling mulia diberikan kepada saya. Anda boleh faham? Oleh itu, apabila Sri Kṛṣṇa memaksa seseorang itu berserah diri, itu adalah kebaikan hati yang istimewa. Secara umumnya, Beliau tidak berbuat begitu. Namun Beliau akan berbuat begitu kepada seseorang yang sangat ikhlas berkhidmat untuk Sri Kṛṣṇa tetapi dalam masa yang sama, ia mempunyai sedikit keinginan untuk menikmati keseronokan material. Beliau akan berbuat begitu kepada seseorang yang berada keadaan tersebut, iaitu “Orang yang bodoh ini tidak mengetahui yang fasiliti material tidak akan sama sekali membuatkan ia gembira, dan ia sebenarnya sedang mencari kebaikankan hati-Ku dengan hati yang ikhlas. Oleh itu ia adalah orang yang bodoh. Oleh itu, sebarang sumber, walaupun ia mendapat sumber material yang sedikit, hancurkannya. Maka ia tidak akan mempunyai alternatif lain selain daripada berserah diri kepada-Ku” Itu dinyatakan di dalam Bhagavad-gītā, er, Śrīmad-Bhāgavatam. Yasyāham anughṛnāmi hariṣye tad-dhanaṁ sanaiḥ. Sri Kṛṣṇa bersabda yang "Jika Aku berbaik hati secara istimewa kepada seseorang, maka Aku akan menjadikannya dalam keadaan yang dilanda kemiskinan. Aku akan merampas segala keseronokan nafsu-nafsunya.” Anda boleh faham? Ini dinyatakan di dalam Śrīmad-Bhāgavatam. Ini kerana di dalam dunia material ini, setiap orang sedang bercuba untuk menjadi gembira dengan berkerja untuk mendapat pendapatan yang lebih, dengan berniaga, dengan berkhidmat, dengan cara ini dan cara itu. Namun dalam sesetengah kes, Sri Kṛṣṇa akan membuatkan perniagaan atau perkhidmatan seseorang itu gagal. Adakah anda menyukainya? (gelak ketawa) Pada masa tersebut ia tidak akan mempunyai sebarang alternatif yang lain selain daripada berserah diri kepada Sri Kṛṣṇa. Anda faham? Ada masanya, apabila kita gagal dalam percubaan kita untuk berniaga ataupun mendapatkan pendapatan yang lebih, kita akan menjadi kecewa dan berkata bahawa “Oh, Sri Kṛṣṇa adalah sangat kejam terhadapku yang aku tidak dapat mempercayai benda-benda ini.” Namun itu, adalah kebaikan hati-Nya, kebaikan hati yang istimewa. Anda harus memahaminya seperti itu.