MS/Prabhupada 0126 - Hanya Untuk Kepuasan Hati Guru Kerohanian Saya: Difference between revisions

(Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0126 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1973 Category:MS-Quotes - Lec...")
 
(Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
 
Line 7: Line 7:
[[Category:MS-Quotes - in India]]
[[Category:MS-Quotes - in India]]
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- BEGIN NAVIGATION BAR -- TO CHANGE TO YOUR OWN LANGUAGE BELOW SEE THE PARAMETERS OR VIDEO -->
<!-- BEGIN NAVIGATION BAR -- DO NOT EDIT OR REMOVE -->
{{1080 videos navigation - All Languages|French|FR/Prabhupada 0125 - La société est si polluée|0125|FR/Prabhupada 0127 - Une grande institution fut détruite par des actes frivoles|0127}}
{{1080 videos navigation - All Languages|Malay|MS/Prabhupada 0125 - Masyarakat Ini Sudah Sangat Tercemar|0125|MS/Prabhupada 0127 - Suatu Pertubuhan Yang Besar Telah Dimusnahkan Akibat Tindakan-tindakan Yang Aneh|0127}}
<!-- END NAVIGATION BAR -->
<!-- END NAVIGATION BAR -->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
Line 18: Line 18:


<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
{{youtube_right|vzvsim3yz9A|Hanya Untuk Kepuasan Hari Guru Kerohanian Saya<br />- Prabhupāda 0126}}
{{youtube_right|yIeIwR6mHQI|Hanya Untuk Kepuasan Hari Guru Kerohanian Saya<br />- Prabhupāda 0126}}
<!-- END VIDEO LINK -->
<!-- END VIDEO LINK -->



Latest revision as of 18:56, 19 October 2018



Lecture on BG 4.18 -- Delhi, November 3, 1973

Penganut wanita: Anda mengatakan bahawa jika kita melakukan sebarang aktiviti, aktiviti tersebut haruslah diuji untuk melihat sama ada Sri Kṛṣṇa adalah gembira. Namun apakah ujian tersebut?

Prabhupāda: Jika guru kerohanian gembira, maka Sri Kṛṣṇa gembira. Itu anda nyanyikan setiap hari. Yasya prasādād bhagavat-prasādo yasyāprasādān na gatiḥ kuto 'pi. Jika guru kerohanian gembira, maka Sri Kṛṣṇa gembira.

Itu adalah ujiannya. Jika beliau tidak berpuas hati, maka anak muridnya tidak ada cara yang lain. Itu adalah sangat senang untuk difahami. Katakan apabila seseorang bekerja di suatu pejabat, dan dia mempunyai ketua, ketua kerani ataupun penguasa untuk jabatan tersebut. Oleh itu semua orang akan bekerja. Jika ia memuaskan hati penguasa, atau ketua kerani, maka ia boleh difahami yang ia telah memuaskan pengarah urusan. It bukan benda yang sukar. Ketua anda, adalah wakil Sri Kṛṣṇa, ia harus dipuaskan. Yasya prasādād bhagavat-prasādo yasya. Oleh itu bimbingan oleh guru kerohanian diperlukan. Sri Kṛṣṇa datang sebagai seorang guru kerohanian untuk membimbing. Ini dinyatakan di Caitanya-caritāmṛta. Guru-kṛṣṇa-kṛpāya. Guru-kṛṣṇa-kṛpāya. Oleh itu guru-kṛpā, belas kasihan oleh guru, ialah belas kasihan oleh Sri Kṛṣṇa. Oleh itu, apabila kedua-dua mereka berpuas hati, maka perjalanan kita adalah jelas. Guru-kṛṣṇa-kṛpāya pāya bhakti-latā-bīja (CC Madhya 19.151). Maka perkhidmatan bhakti kita adalah sempurna. Anda ada menandakan ayat ini di Gurvaṣṭaka? Yasya prasādād bhagavat-prasādo yasyāprasādān na gatiḥ kuto 'pi.

Sama seperti pertubuhan ini. Pertubuhan ini adalah dimulakan hanya untuk memuaskan guru kerohanian saya. Beliau yang inginkan. Caitanya Mahāprabhu inginkan yang pertubuhan ini disebarkan ke seluruh penjuru dunia ini. Beliau telah mengarah saudara seperguruan saya, dan menginginkan... Bukan sebenarnya mengarah, tapi beliau menginginkan. Beliau telah memerintah beberapa saudara seperguruan saya ke negara-negara asing untuk menyebarkan, tetapi entah mengapa, ia tidak berjaya. Beliau kemudian dipanggil pulang kembali. Oleh itu saya berfikir, "Biarlah saya mencubanya di usia tua ini." Jadi satu-satunya keinginan adalah hanya untuk memuaskan guru kerohanian sahaja. Dan kalian semua sudah membantu saya sekarang. Ia sudah berjaya. Dan inilah : yasya prasādād bhagavat-prasādaḥ. Jika kita benar-benar bekerja dengan tulus di bawah penunjuk dari guru kerohanian, maka ini adalah kepuasan bagi Kṛṣṇa, dan Kṛṣṇa akan menolong kita untuk maju.