MS/690309 Kuliah - Srila Prabhupada Menyampaikan Setitis Nektar
MS/Malay - Titisan Nektar dari Srila Prabhupada |
Setiap makhluk hidup pada dasarnya penuh dengan kegembiraan secara rohani, namun kerana dia terkurung secara material, maka kegembiraan menjadi terhambat. Itulah kedudukan yang sebenarnya. Saat ada dalam keadaan demam, seseorang menjadi sakit kerana serangan demam — dan kegembiraannya menjadi hilang. Dia menjadi sakit. Demikian pula, kedudukan wajar kita adalah penuh dengan kegembiraan. Ānandamayo 'bhyāsāt. Kṛṣṇa selalu riang. Aku adalah sebahagian dari percikan yang tidak terpisahkan dari Kṛṣṇa, kerana itu semestinya aku juga selalu riang. Itu adalah sesuatu yang wajar. Jika ayahku berkulit hitam, maka aku juga berkulit hitam. Jika ibuku berkulit hitam, maka akupun berkulit hitam. Jadi, ayah kita, Ayah Yang Utama, Kṛṣṇa, selalu riang.
|
690309 - Kuliah SB 07.09.08 - Hawaii |