MS/Prabhupada 0027 - Mereka Tidak Tahu Akan Adanya Kehidupan Akan Datang



Lecture on CC Adi-lila 7.1 -- Atlanta, March 1, 1975

Maka (membaca:) " Seseorang yang berada dalam kedudukan terikat dalam kehidupan material berada dalam suasana yang tidak terdaya. Tetapi roh yang terikat, di bawah khayalan māyā atau tenaga luar, berfikir bahawa beliau sama sekali dilindungi oleh negaranya, masyarakat, persahabatan dan kasih sayang, tanpa mengetahui bahawa pada saat meninggal kesemua yang disebutkan itu tidak dapat menyelamatkannya." Ini dikatakan māyā. Tetapi beliau tidak mempercayainya. Di bawah khayalan māyā, beliau juga tidak percaya apa yang dimaksudkan dengan penyelamatan. Penyelamatan. Penyelamatan bererti menyelamatkan diri daripada ulangan perputaran kelahiran dan kematian. Itulah penyelamatan yang sebenarnya. Tetapi mereka tidak tahu mengenainya. (Membaca:) "Undang-undang alam material adalah sangat kuat yakni tiada harta benda yang kita miliki dapat menyelamatkan kita dari tangan kejam kematian." Semua orang tahu tentangnya. Dan itulah masalah kita sebenarnya. Siapa yang tidak takut akan kematian? Semua orang takut mati. Mengapa? Kerana apa jua mahluk hidup, dia tidak seharusnya mati. Dia adalah kekal; maka kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit perkara-perkara ini adalah pengangguan untuknya. Kerana dia adalah kekal, dia tidak dilahirkan, na jāyate, dan seseorang yang tidak dilahirkan, beliau juga tidak mempunyai kematian, na mriyate kadācit. (BG 2.20) Inilah kedudukan kita yang sebenarnya. Oleh kerana itu kita takut akan kematian. Itulah kecenderungan kita secara semula jadinya. Maka untuk menyelamatkan kita dari kematian... Itulah kewajipan kita yang pertama sebagai seorang manusia. Kita memberikan didikan perkumpulan kesedaran Kṛṣṇa ini untuk tujuan ini sahaja. Itu sepatutnya menjadi tujuan semua orang. Itulah arahan sastera.

Orang yang bertanggungjawab ke atas seseorang... Kerajaan, ayah, guru, mereka bertanggungjawab ke atas anak-anak. Mereka seharusnya mengetahui, bagaimana untuk memberikan perlindungan untuk... Na mocayed yaḥ samupeta mṛtyum (SB 5.5.18). Maka di mana falsafah ini di seluruh dunia? Tidak ada falsafah sebegini. Inilah satu-satunya, perkumpulan Kesedaran Kṛṣṇa, yang mengemukakan falsafah ini, bukan sewenang-wenangnya tetapi dari śāstra, Kesusasteraan Veda, pihak tertinggi, Maka itulah permintaan kami. Kami membuka pusat-pusat yang berbeza di seluruh dunia untuk manfaat segala lapis masyarakat yang tidak tahu akan tujuan hidup, mereka tidak tahu bahawa adanya kehidupan yang akan datang selepas kematian. Perkara-perkara sebegini mereka tidak tahu. Sudah pasti adanya kehidupan yang akan datang, dan anda boleh membuat persiapan untuk kehidupan yang akan datang dalam kehidupan ini. Anda boleh ke sistem planet yang lebih tinggi tarafnya untuk keselesaan yang lebih baik, keselesaan material. Anda boleh mengekal di sini dalam kedudukan yang terjamin." Jamin bererti kehidupan material ini. Sama seperti yang dikatakan,

yānti deva-vratā devān
pitṟn yānti pitṛ-vratāḥ
bhūtāni yānti bhūtejyā
mad-yājino 'pi yānti mām
(BG 9.25)

Maka, anda boleh membuat persiapan untuk kehidupan yang lebih baik di planet-planet syurga atau dalam masyarakat yang lebih baik di dunia ini atau pergi ke planet-planet yang di kawali oleh hantu dan bajingan-bajingan lain. Atau anda boleh ke planet di mana Kṛṣṇa berada. Segala-galanya terbuka untuk anda. Yānti bhūtejyā bhūtāni mad-yājino 'pi yānti mām. Anda hanya perlu menyiapkan diri anda. Sama seperti dalam kehidupan belia mereka dididik- seseorang akan menjadi jurutera, seseorang akan menjadi ahli perubatan, seseorang akan menjadi peguam dan ramai ahli profesional yang lain - dan mereka bersedia dengan pendidikan, begitu juga, anda boleh bersedia untuk kehidupan yang akan datang. Ianya tidak sukar untuk difahami. Tetapi mereka tidak percaya akan kehidupan akan datang, walaupun ianya adalah munasabah. Sebenarnya wujud kehidupan akan datang kerana Kṛṣṇa telah bersabda dan kita boleh memahami falsafah dari sedikit kecerdasan bahawa wujudnya kehidupan akan datang. Maka saranan kita adalah Jika anda perlu menyiapkan diri untuk kehidupan akan datang, maka mengapa anda tidak berusaha membuat persiapan untuk pulang kembali ke kediaman, kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa? Inilah saranan kami.