MS/Prabhupada 0028 - Buddha adalah Tuhan



Lecture on Sri Isopanisad, Mantra 1 -- Los Angeles, May 3, 1970

Gargamuni: (membaca:) "Ianya juga salah untuk menganggap bahawa hanya dengan memakan sayur-sayuran seseorang dapat menyelamatkan dirinya dari melanggar undang-undang alam. Sayur-sayuran juga mempunyai kehidupan. Sesuatu kehidupan adalah pemakanan untuk makhluk hidup yang satu lagi, dan itulah undang-undang alam. Seseorang tidak seharusnya berasa bangga dengan menjadi pemakan sayur-sayuran yang teguh. Pokoknya adalah untuk mengiktiraf Tuhan Yang Maha Esa. Haiwan tidak mempunyai kesedaran yang berkembang untuk mengiktiraf Tuhan, tetapi seorang manusia...

Prabhupada: Itulah perkara utama. Sama seperti penganut Buddha, mereka juga hanya makan sayur-sayuran. Menurut prinsip Buddha ... Pada waktu kini segala-galanya telah merosot, tetapi propaganda Tuhan Buddha adalah untuk membuatkan para penyangak sekurang-kurangnya menghentikan pembunuhan haiwan. Ahiṁsā paramo dharma. Penjelmaaan Tuhan Buddha dihuraikan di dalam Śrīmad-Bhāgavatam dan dalam banyak kesusasteraan Veda. Sura-dviṣām. Beliau datang untuk memperdaya para syaitan. Para syaitan ... Beliau memberikan dasar sebegitu di mana para syaitan terpedaya. Bagaimana Beliau memperdaya? Para syaitan, mereka menentang Tuhan. Mereka tidak percaya kepada Tuhan. Maka Tuhan Buddha menghebahkan, "Ya, tiada Tuhan. Tetapi apa yang Ku katakan, kau ikuti." "Ya, tuan." Tetapi Beliau adalah Tuhan.. Ini dikatakan penenipuan. Ya. Mereka tidak mempercayai Tuhan, tetapi mereka percayakan Buddha, dan Tuhan adalah Buddha. Keśava-dhṛta-buddha-śarīra jaya jagadīśa hare. Maka itulah perbezaan di antara syaitan dan seorang penyembah. Seorang penyembah melihat bagaimana Kṛṣṇa, Keśava, memperdayai para penyangak ini. Penyembah memahaminya. Tetapi syaitan, mereka berfikir, "Oh, kami telah mendapat seorang pemimpin yang bagus. Beliau tidak mempercayai Tuhan." (Ketawa) Anda dapat lihat? Sammohāya sura-dviṣām (SB 1.3.24). Perkataan sanskrit yang tepat telah dihuraikan dalam Śrīmad-Bhāgavatam. Anda lihat, orang yang telah membacanya: sammohāya, untuk mengelirukan sura-dviṣām. Sura-dviṣām bererti orang yang penuh iri hati terhadap para Vaiṣṇavas. Golongan ateis, syaitan, mereka sentiasa beriri hati terhadap para penyembah. Itulah undang-undang alam semula jadi. Anda lihat ayah ini. Ayah menjadi musuh kepada anaknya yang berumur lima-tahun. Apa kesalahannya? Beliau adalah seorang penyembah. Itu sahaja. Budak itu tidak bersalah. Beliau hanya, saya bermaksud untuk mengatakan, tertarik untuk memuji mantra Hare Kṛṣṇa. Ayahanda kandungnya menjadi musuh ketat : "Bunuh budak ini." Maka jika seseorang ayah boleh menjadi musuh, apa yang boleh dikatakan dengan orang lain. Oleh itu anda seharusnya sentiasa menjangka sebaik sahaja anda menjadi seorang penyembah, seluruh dunia akan menjadi musuhmu. Itu sahaja. Tetapi anda perlu menangani mereka kerana anda telah dilantik menjadi hamba-hamba Tuhan. Misi anda adalah untuk menyedarkan mereka Maka, anda tidak boleh. Sama seperti Tuhan Nityānanda, Beliau dicederai, tetapi Beliau tetap menyelamatkan Jagāi-Mādhāi. Itu sepatutnya prinsip anda. Kadang-kadang kita perlu menipu, kadang-kadang kita perlu dicederai - banyak perkara. Satu-satunya peranti adalah bagaimana seseorang boleh menyedari Kṛṣṇa . Itulah misi kita. Dengan apa cara jua para penyangak ini harus diubah untuk mengikuti kesedaran Kṛṣṇa.