MS/Prabhupada 0029 - Buddha Memperdayakan Para Syaitan
Sri Isopanisad, Mantra 1 -- Los Angeles, May 3, 1970
Maka Tuhan Buddha, Beliau memperdayakan para syaitan. Mengapa Beliau memperdaya? Sadaya-hṛdaya darśita-paśu-ghātam. Beliau sangat berbelas kasihan. Tuhan sentiasa bersimpati ke atas semua makhluk hidup kerana setiap satu adalah anak-Nya. Jadi para penyangak ini membunuh tanpa had, hanya pembunuhan haiwan. Dan jika anda berkata, "Oh, mengapa anda membunuh haiwan?" mereka dengan segeranya akan berkata, "Oh, ianya ada dalam Veda: paśavo vadhāya sṛṣṭa." Pembunuhan haiwan ada di dalam Veda, tetapi apa matlamatnya? Ianya adalah untuk menguji mantra Veda. Sesuatu haiwan akan dimasukkan ke dalam api, dan melalui mantra Veda ia akan mendapat nafas baru. Itulah pengorbanan, pengorbanan haiwan. Bukan untuk tujuan makan. Oleh yang demikian dalam zaman Kali, Caitanya Mahāprabhu telah mengharamkan segala jenis yajña (korban) kerana tidak ada, saya bermaksud untuk mengatakan, brāhmaṇa yang pakar yang boleh melaungkan mantra dan membuat ujian terhadap mantra-mantra Veda bahawa "Di sini ianya keluar." Itu adalah...Sebelum melaksanakan yajña (pengorbanan), bagaimana saktinya mantera itu, itu diuji dengan mengorbankan haiwan dan sekali lagi memberikannya kehidupan yang baru. Dengan itu difahami bahawa para imam yang melafaskan mantera itu, lafaskannya dengan tepat. Itu adalah satu ujian. Bukan untuk membunuh haiwan. Tetapi para penyangak ini, untuk memakan haiwan mereka memetik, "Di sini, terdapat pembunuhan haiwan." Sama seperti di Calcutta ... Anda pernah berada di Calcutta? Dan terdapat satu jalan, College Street. Kini ia ada nama yang berbeza. Saya rasa ia dinamakan Vidhan Raya (?). Seperti... Apa pun, jadi terdapat beberapa rumah-rumah penyembelihan. Maka rumah-rumah penyembelihan bererti penganut Hindu, mereka tidak membeli daging dari kedai umat Islam. Ianya tidak suci. Benda yang sama: najis di sebelah sini dan najis di sebelah sana. Mereka memakan daging, dan kedai Hindu suci, kedai Muslim tidak suci. Ini semua adalah tafsiran fikiran. Agama sedang diteruskan seperti itu. Oleh itu ... Oleh itu berlaku pergaduhan: "Saya Hindu," "Saya Islam," "Saya Kristian." Tiada siapa yang tahu agama. Anda boleh lihat? Mereka telah lepaskan keagamaan, penyangak-penyangak ini. Tidak ada agama. Agama sebenarnya adalah ini, iaitu, kesedaran Kṛṣṇa, yang mengajar bagaimana untuk mengasihi Tuhan. Itu sahaja. Itulah agama. Mana-mana agama, tidak kira sama ada agama Hindu, agama Islam, agama Kristian, jika anda sedang mengembangkan kasih sayang terhadap Tuhan, maka anda sempurna dalam agamamu.