MS/Prabhupada 0042 - Inisiasi Ini, Harus Diambil Dengan Serius Sekali



Initiation Lecture Excerpt -- Melbourne, April 23, 1976

Dalam Caitanya-caritāmṛta, semasa mengajar Śrīla Rūpa Gosvāmī, Caitanya Mahāprabhu bersabda,

ei rūpe brahmāṇḍa bhramite kona bhāgyavān jīva
guru-kṛṣṇa-kṛpāya pāya bhakti-latā-bīja
(CC Madhya 19.151)

Para makhluk hidup, mereka berpindah dari satu rupa bentuk kehidupan ke kehidupan yang lain dan mengembara dari satu planet ke planet yang lain, kadang-kadang kehidupan dalam tahap yang rendah, kadang-kadang kehidupan dalam tahap yang lebih tinggi. Ini yang sedang berlaku. Ini dikatakan saṁsāra-cakra-vartmani. Malam tadi kita menjelaskan, mṛtyu-saṁsāra-vartmani. Perkataan ini yang digunakan, mṛtyu-saṁsāra-vartmani Cara yang sangat sukar dalam kehidupan ialah kematian. Semua orang takut untuk mati kerana selepas kematian tiada sesiapa pun yang tahu apa yang akan berlaku. Barang sesiapa yang bodoh, mereka adalah haiwan. Seperti mana haiwan disembelih, haiwan yang lain berfikir bahawa "Saya selamat." Maka sesiapa yang memiliki sedikit kecerdasan tidak suka akan kematian dan penerimaan badan yang lain. Dan kita tidak tahu apakah jenis badan yang kita akan terima. Maka upacara inisiasi ini dengan rahmat guru dan Krishna, jangan dianggap remeh. Harus diambil dengan bersungguh-sungguh. Ia adalah satu peluang yang maha besar. Bīja bererti benih, benih bhakti. Maka apa yang kamu berjanji di hadapan Tuhan, di hadapan guru rohani anda, di hadapan api, di hadapan para Vaiṣṇava, jangan sesekali menyimpang dari janji ini. Dengan ini anda akan terus tetap dalam kehidupan rohani anda: tiada seks tanpa perkahwinan, tidak boleh makan daging, tidak boleh berjudi, tidak boleh mengambil sebarang sesuatu yang akan memabukkan - terdapat empat tidak - dan berzikir mantera Hare Kṛṣṇa - satu ya. Terdapat empat yang tidak boleh dilakukan dan satu yang harus dilakukan. Itu akan menjayakan kehidupan anda. Ia adalah sangat mudah. Ianya tidak sukar. Tetapi māyā adalah sangat kuat, kadang-kadang ia boeh menyimpang kita. Oleh itu, apabila terdapat usaha dari māyā untuk menyimpang kita, berdoalah pada Kṛṣṇa, "Tolong selamatkan aku. Aku menyerahkan diri, menyerahkan diri sepenuhnya, dan tolong berikan aku perlindungan," dan Kṛṣṇa akan memberikan anda perlindungan. Tetapi jangan melepaskan peluang ini. Itulah permintaan saya. Saya doakan ucap selamat dan merestui anda. Oleh itu marilah kita mengambil kesempatan dari bhakti, bhakti-latā-bīja. Mālī hañā sei bīja kare āropaṇa. Maka apabila anda mendapat benih yang baik, kita harus menyemainya dalam bumi. Contohnya adalah, sama seperti jika anda mendapat benih bunga ros yang sangat bagus dari kelas yang pertama, maka anda akan menyemainya di dalam tanah dan menyiram air sedikit demi sedikit. Ia akan tumbuh. Jadi benih ini boleh tumbuh dengan penyiraman. Apakah penyiraman itu? Śravaṇa kīrtana jale karaye secana (CC Madhya 19.152). Penyiraman benih ini, iaitu bhakti-latā, adalah śravaṇa-kīrtana, mendengar dan berzikir. Jadi, anda akan mendengar daripada para sannyāsī dan para Vaiṣṇava lebih lanjut mengenainya. Tetapi jangan lepaskan peluang ini. Itulah permintaan saya. Terima kasih banyak - banyak

Para penyembah: Jaya Srila Prabhupada!