MS/Prabhupada 0043 - Bhagavad-gita Adalah Prinsip Asas



Lecture on BG 7.1 -- Sydney, February 16, 1973

Prabhupāda:

(mayy āsakta-manaḥ pārtha)
yogaṁ yuñjan mad-āśrayaḥ
asaṁśayaṁ samagraṁ māṁ
yathā jñāsyasi tac chṛṇu
(BG 7.1)

Ini adalah ayat dari Bhagavad-gītā, bagaimana untuk berkembang dalam kesedaran Kṛṣṇa, atau kesedaran Tuhan. Bhagavad-gītā, kebanyakkan dari anda pernah mendengar nama buku ini. Ia adalah buku pengetahuan yang dibaca dengan luasnya di seluruh dunia. Hampir di setiap negara terdapat pelbagai edisi Bhagavad-gītā. Maka Bhagavad-gītā adalah prinsip asas untuk kumpulan kesedaran Kṛṣṇa kita. Apa yang kita sebarkan sebagai kesedaran Kṛṣṇa, ia hanyalah Bhagavad-gītā. Bukannya kita mereka-reka. Kesedaran Kṛṣṇa wujud sejak penciptaan alam semesta, tetapi sekurang-kurangnya sejak lima ribu tahun yang lalu, apabila Kṛṣṇa masih berada di planet ini, Beliau sendiri telah memberi pengajaran tentang kesedaran Kṛṣṇa dan arahan itu telah ditinggalkan-Nya, itulah Bhagavad-gītā. Malangnya, Bhagavad-gītā ini telah disalahgunakan dalam pelbagai cara oleh yang kononnya para ulama dan para swami. Golongan yang tidak mengakui bentuk peribadi Tuhan, atau golongan manusia yang tidak mempercayai Tuhan, mereka telah mentafsirkan Bhagavad-gītā dengan cara mereka sendiri. Pada masa saya di Amerika pada tahun 1966, seorang wanita Amerika bertanyakan kepada saya untuk mengesyorkannya edisi bahasa Inggeris Bhagavad-gītā untuk pembacaannya. Tetapi secara jujurnya saya tidak dapat mencadangkan mana satu pun kerana penjelasan mereka yang aneh. Itu telah memberikan saya dorongan untuk menulis Bhagavad-gītā Menurut Aslinya. Dan edisi pada masa kini, Bhagavad-gītā Menurut Aslinya, diterbitkan oleh Syarikat Macmillan, penerbit terbesar di dunia. Dan kita lakukanya dengan baik sekali. Kita telah menerbitkan Bhagavad-gītā Menurut Aslinya pada tahun 1968, dalam edisi kecil. Penjualannya laris sekali. Pengurus Perdagangan Syarikat Macmillan melaporkan bahawa buku-buku kita dijual dengan lebih dan lebih; manakala buku-buku lain jualannya berkurangan. Kemudiannya baru-baru ini, dalam tahun 1972 ini, kita telah menerbitkan Bhagavad-gita Menurut Aslinya, edisi yang lengkap. Dan Syarikat Macmillan telah menerbitkan lima puluh ribu salinan terlebih dahulu, tetapi ia habis dijual dalam tempoh tiga bulan dan mereka mengatur untuk edisi kedua.