MS/Prabhupada 0045 - Objek Pengetahuan Dikatakan Jneyam
Lecture on BG 13.1-2 -- Paris, August 10, 1973
Prabhupāda:
- prakṛtiṁ puruṣaṁ caiva
- kṣetraṁ kṣetra-jñam eva ca
- etad veditum icchāmi
- jñānaṁ jñeyaṁ ca keśava
- (BG 13.1)
Inilah hak istimewa seorang manusia, iaitu beliau boleh memahami alam semulajadi, manifestasi alam semesta ini, dan penikmati alam semula jadi , dan beliau boleh menjadi fasih sepenuhnya tentang apakah yang merupakan objek pengetahuan, jñeyam.
Terdapat tiga perkara, jñeyam, jñāta dan jñāna. Objek pengetahuan, orang yang mengetahuinya dikatakan jñāta, dan objek pengetahuan dipanggil jñeyam. Dan proses di mana seseorang boleh memahaminya, itu dikatakan jñāna, pengetahuan. Sebaik sahaja kita menyebut tentang pengetahuan, ianya harus ada tiga perkara: objek pengetahuan, orang yang cuba untuk mengetahuinya dan proses di mana objek pengetahuan dicapai.
Maka sebahagian daripada mereka ... Sama seperti para saintis materialis, mereka hanya cuba untuk mengetahui prakrti (alam). Tetapi mereka tidak tahu akan puruṣa. Prakṛti bererti dinikmati, and puruṣa bererti yang menikmati. Sebenarnya yang menikmati adalah Krishna. Beliau adalah puruṣa yang asal. Itu akan diakui oleh Arjuna: puruṣaṁ śāśvatam. "Anda adalah penikmati yang aslinya." Krishna adalah penikmati yang asli, dan setiap seorang daripada kita, para makhluk hidup, dan prakṛti, alam semula jadi, segala-galanya, adalah untuk kenikmatan Krishna. Itu adalah Krishna ... Satu lagi puruṣa, iaitu kita para makhluk hidup. Kita bukannya puruṣa. Kita juga adalah prakṛti. Kita adalah untuk dinikmati. Tetapi dalam keikatan material ini, kita cuba untuk menjadi puruṣa, yang menikmati. Ini bererti apabila prakṛti, atau para makhluk hidup, mahu menjadi puruṣa, itu adalah keikatan material. Jika seorang wanita cuba untuk menjadi seorang lelaki, ia adalah sesuatu yang luar biasa, begitu juga dengan para makhluk hidup, yang secara semula jadinya adalah untuk dinikmati...
Contohnya, kita telah berikan beberapa kali, iaitu si jari mengambil beberapa bahan makanan yang sedap tetapi sebenarnya si jari ini bukannya yang menikmati. Si jari boleh membantu untuk penikmati yang sebenar, iaitu si perut. Ia boleh mengambil beberapa makanan yang sedap dan masukkannya ke dalam mulut, dan apabila ia sampai ke perut , penikmati yang sebenar, maka segala prakṛti, kesemua bahagian badan, kesemua anggota-anggota badan, mereka merasakan kepuasannya. Oleh itu penikmatinya adalah si perut, bukan bahagian badan yang lain.
Terdapat satu cerita dalam Hitopaniṣad, Hitopadeśa, dari mana Aesop's Fable diterjemahkan. Di sana, terdapat satu cerita: udarendriyānām. Uada. Udara bererti perut ini, dan indrita bererti deria. Terdapat kisah udarendriyānām. Para deria, kesemua deria bertemu dalam satu mesyuarat. Mereka berkata: "Kami sedang berusaha, deria ..." (sampingan:) Mengapa ia dibuka?
"Kita sedang bekerja." Si kaki berkata:"Ya, saya berjalan sepanjang hari." Si tangan berkata: "Ya, saya bekerja sepanjang hari, bila-bila sahaja badan berkata: "Anda datang ke sini dan ambil makanan" membawa bahan-bahan masakan. Saya memasak juga." Kemudiannya si mata, mereka berkata: "Saya melihat." Setiap anggota badan, dalam badan, mereka bermogok bahawa, "Kita tidak akan bekerja untuk si perut di mana ia hanya makan sahaja. Kita semua bekerja, dan orang ini, atau si perut ini, hanya makan sahaja." Kemudiannya, mogok...sama seperti si kapitalis dan si buruh. Buruh-buruh bermogok, tidak lagi bekerja. Maka kesemua anggota, bahagian badan, mereka bermogok, dan selepas dua, tiga hari, apabila mereka berjumpa lagi, mereka bercakap sesama sendiri : Mengapa kita menjadi lemah? Kini kita tidak boleh bekerja." Si kaki juga berkata: "Ya, saya berasa lemah." Si tangan juga berasa lemah, kesemuanya. Maka apakah puncanya? Puncanya....Kemudian si perut berkata: "Sebab saya tidak makan. Jika anda ingin kekal kuat, maka anda haruslah memberikan saya sesuatu untuk makan. Jika idak...Jadi sayalah yang menikmati. Bukannya anda yang menikmati. Anda sepatutnya memberi bekalan untuk kenikmatan saya. Itulah kedudukan anda." Maka mereka memahami: "Ya, kami tidak boleh menikmati secara langsung. Ianya tidak mungkin.." Kenikmatannya haruslah melalui si perut. Anda mengambil sebiji rasagullā, anda, jari-jari, anda tidak boleh menikmati. Anda masukkannya ke dalam mulut, dan apabila ia sampai ke perut, dengan segeranya ada tenaga. Bukan sahaja si jari yang menikmati, si mata, anggota-anggota lain, mereka rasa puas dan juga kuat. Begitu juga penikmati yang sebenarnya adalah Kṛṣṇa. Kṛṣṇa bersabda:
- bhoktāraṁ yajña-tapasāṁ
- sarva-loka-maheśvaram
- suhṛdaṁ sarva-bhūtānāṁ
- jñātvā māṁ śāntim ṛcchati
- (BG 5.29)