MS/Prabhupada 0046 - Anda Jangan Menjadi Haiwan - Atasinya
Morning Walk -- May 28, 1974, Rome
Yogeśvara: Sebelum beliau pergi,Bhagavān telah meninggalkan satu senarai soalan. Bolehkah saya tanya beberapa darinya?
Prabhupāda: Ya.
Yogeśvara: Satu masalah yang kerap kali berlaku adalah kemunculan pengganas, iaitu, orang-orang yang mempunyai motif politik, kebanyakannya adalah kerana politik. Prabhupāda: Ya prinsip asas keseluruhannya saya telah jelaskan. Kerana mereka adalah haiwan, kadang-kadang haiwan yang ganas. Itu sahaja. Haiwan, terdapat pelbagai jenis haiwan. Harimau dan singa, mereka adalah haiwan yang ganas. Tetapi anda hidup dalam masyarakat kehaiwanan. Jadi dalam masyarakat binatang, beberapa, muncul haiwan lain yang ganas , itu tidak menakjubkan. Lagipun anda hidup dalam masyarakat haiwan. Maka anda harus menjadi manusia, yang ideal (sempurna). Inilah sahaja penyelesaiannya. Kita telah isytiharkan, ini adalah masyakarat haiwan. Jika beberapa haiwan yang ganas muncul, kenapa rasa terkejut? Lagipun inikan masyarakat haiwan. Sama ada harimau yang datang atau gajah yang datang, semuanya adalah binatang. Tetapi anda tidak harus menjadi binatang. Anda atasinya. Itu diperlukan. Seorang manusia dikatakan haiwan yang rasional. Jika anda sampai ke tahap rasional, itu diperlukan. Jika anda juga seperti haiwan, jenis haiwan yang lain, itu tidak akan membantu anda. Anda harus menjadi seorang manusia. Tetapi, durlabhaṁ mānuṣaṁ janma tad apy adhruvam arthadam (SB 7.6.1).
Orang-orang ini mereka tiada matlamat hidup. Apakah matlamat seorang manusia...., mereka tidak tahu akannya. Maka kecenderungan kehaiwanan mereka sedang diubahsuaikan, cara ini, cara itu, cara ini, cara itu. Sama seperti mereka pergi menonton tarian bogel. Kecenderungan kehaiwanan, dia melihat isterinya bogel setiap hari dan dia masih pergi melihat tarian bogel, dengan membayar yuran. Kerana mereka tidak mempunyai penglibatan lain selain perangai kehaiwanan ini. Bukankah ini? Maka apakah gunanya untuk pergi dan melihat wanita lain berbogel? Setiap hari, setiap malam anda melihat isteri anda berbogel. Mengapa anda ... Kerana mereka tidak mempunyai penglibatan lain. Haiwan. Punaḥ punaś carvita-carvaṇānām (SB 7.5.30). Anjing itu, ia tidak tahu apakah rasanya. Dia hanya mengunyah, satu tulang, cara ini, cara itu, cara ini, cara itu. Kerana dia adalah haiwan. Dia tidak mempunyai penglibatan lain. Jadi masyarakat ini keseluruhannya adalah haiwan. Terutamanya orang barat. Dan mereka telah membangunkan satu tamadun berdasarkan kecenderungan kehaiwanan, bererti : Saya adalah badan, dan cara terbaik peggunaan hidup saya adalah dengan memuaskan deria-deria." Inilah haiwan. "Saya adalah badan ini." Badan bermakna deria-deria. "Dan untuk memuaskan deria adalah kesempurnaan yang tertinggi." Inilah tamadun mereka.
Jadi, anda perlu memperkenalkan tamadun manusia yang sebenarnya. Anda tidak perlu terkejut dengan haiwan, dalam rupa bentuk yang lain, dengan kapasiti yang berbeza, nuncul. Lagipun, dia adalah haiwan. Prinsip asas adalah kehaiwanan. Kerana dia berfikir, "Saya adalah badan ini ..." Sama seperti anjing yang berfikir, "Saya adalah seekor anjing, sangat tegap dan seekor anjing yang kuat," maka seorang manusia juga berfikir, "Saya adalah bangsa yang besar." Tetapi apakah prinsip asasnya? Seekor anjing juga berfikir berdasarkan badannya, dan bangsa yang besar ini juga berfikir berdasarkan badannya. Maka tidak ada perbezaan di antara anjing ini dan negara yang besar ini. Satu-satunya perbezaan adalah manusia, secara semula jadnya, beliau mempunyai deria yang lebih baik. Dan beliau tidak mempunyai kuasa, atau pendidikan untuk menggunakan deria yang lebih baik itu, bagaimana untuk mengembangkan kerohaniannya dan keluar dari dunia material ini. Itu beliau tidak dapat berfikir. Beliau cuma menggunakan kecerdasan yang lebih baik itu untuk kehidupan seperti seekor binatang. Inilah maknanya. Beliau tidak mempunyai sebarang pendididkan untuk menggunakan kelebihan kecerdasannya. Oleh yang demikian beliau hanya menggunakannya untuk kehidupan kehaiwanan. Dan manusia di seluruh dunia, apabila mereka melihat orang barat, "Mereka maju." Apakah itu? Kemajuan dalam kehidupan kehaiwanan. Prinsip asas tetap seperti haiwan. Mereka rasa terkejut. Mereka juga meniru. Jadi mereka mengembangkan sifat kehaiwanan, tamadun binatang. Kini kita harus mengatasinya untuk manfaat tamadun manusia.