MS/Prabhupada 0048 - Tamadun Aryan
Lecture on BG 2.2-6 -- Ahmedabad, December 11, 1972
Anārya-juṣṭam, “tidak sama sekali bersesuaian dengan seseorang yang mengetahui mengenai nilai-nilai progresif kehidupan ini”. Āryan. Āryan bererti yang progresif. Arjuna berada dalam keadaan kecewa di medan peperangan dan ini dihuraikan sebagai bukan Āryan. Āryan, menurut tamadun Āryan seperti dihuraikan dalam Bhagavad gītā, terdapat empat bahagian yang dicipta oleh Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. Seperti yang kita telah dijelaskan, dharmaṁ tu sākṣād bhagavat-praṇītam (SB 6.3.19). Hendaklah difahami bahawa kesemua proses keagamaan yang sistematik: “Ia diberikan oleh Tuhan". Manusia tidak boleh mencipta sebarang sistem keagamaan. Oleh itu, sistem Āryan ini, sistem progresif, adalah cātur-varṇyaṁ mayā sṛṣṭaṁguṇa-karma-vibhāgaśaḥ (BG 4.13). Sri Kṛṣṇa bersabda, “Ia dicipta oleh-Ku, untuk menubuhkan pengurusan sistem sosial yang baik”. Brāhmaṇa, kṣatriya, vaiśya, śūdra. Arjuna terdiri daripada golongan para kṣatriya. Oleh itu, apabila Arjuna keberatan untuk bertempur di medan peperangan, ini adalah bukan Āryan. Sekiranya para kerabat diraja, tidak menggunakan kekerasan, bukanlah sesuatu perkara yang bagus. Para kṣatriya, apabila mereka bertempur di medan peperangan, pembunuhan yang dilakukan adalah bukan dosa. Seperti itu, seseorang brāhmaṇa, apabila beliau mempersembahkan pengorbanan, kadang-kadang haiwan dikorbankan; itu tidak bererti yang beliau berdosa. Proses pengorbanan haiwan dilakukan bukan untuk makan haiwan tersebut. Ia adalah untuk menguji Vedic mantra. Sama ada brahmaṇā yang terlibat dalam persembahan pengorbanan, sama ada mereka mengucapkan mantra Veda dalam cara yang betul, yang telah diuji dengan mempersembahkan haiwan tersebut dan kemudiannya memberi haiwan itu kehidupan yang baru. Itu adalah cara pengorbanan haiwan dilakukan. Kadang-kadang kuda, kadang-kadang lembu dipersembahkan. Namun pada zaman ini, Kali–yuga, pergorbanan haiwan adalah dilarang sama sekali kerana tidak wujud lagi yājñika-brāhmaṇa. Kesemua jenis pengorbanan adalah dilarang sama sekali di zaman (Kali-Yuga) ini.
- aśvamedhaṁ gavālambhaṁ
- sannyāsaṁ pala-paitṛkam
- devareṇa sutotpattiṁ
- kalau pañca vivarjayet
- (CC Adi 17.164)
Pengorbanan aśvamedha, pengorbanan gomedha, sannyāsa, dan untuk mendapatkan anak melalui cara devara, adik lelaki kepada suami, kesemua perkara ini adalah dilarang sama sekali di zaman (Kali-yuga) ini.