MS/Prabhupada 0049 - Kita Terikat kepada Hukum-Hukum Alam
Arrival Talk -- Aligarh, October 9, 1976
Saṅkīrtana adalah teramat gemilang. Itu adalah restu yang diberikan oleh Śrī Caitanya Mahāprabhu. Paraṁ vijayate śrī-kṛṣṇa-saṅkīrtanam. Itu adalah restu yang diberikan oleh Beliau: hanya dengan cara saṅkīrtana pada zaman ini. Ia telah disahkan di kesusasteraan Veda, di Vedānta-sūtra. Śabdād anāvṛtti. Anāvṛtti, pembebasan. Kedudukan kita pada masa ini adalah perhambaan. Kita terikat kepada hukum-hukum alam. Secara bodoh kita mengisytiharkan kemerdekaan - itu adalah kebodohan kita - tetapi sebenarnya kita terikat kepada hukum-hukum alam.
- prakṛteḥ kriyamāṇāni
- guṇaiḥ karmāṇi sarvaśaḥ
- ahaṅkāra vimūdhātmā
- kartāham...
- (BG 3.27)
Kita terikat kepada hukum-hukum alam, tetapi seseorang yang bodoh, vimūdhātmā, di bawah prestij yang palsu, ia akan berfikir bahawa ia adalah bebas. Tidak. Ia tak bebas. Ini adalah salah faham. Oleh itu, salah faham tersebut harus diperbetulkan. Itu adalah matlamat hidup ini. Oleh itu, Śrī Caitanya Mahāprabhu berfirman sekiranyanya anda mengucapkan Hare Kṛṣṇa mahā-mantra, manfaat pertama yang diterima ialah ceto-darpaṇa-mārjanam (CC Antya 20.12). Kerana salah faham timbul dari hati. Sekiranya hati bersih, kesedaran adalah bersih, maka tidak akan timbul salah faham. Oleh itu, kesedaran harus dibersihkan. Dan itu hasil yang pertama apabila seseorang mengucapkan Hare Kṛṣṇa. Kīrtanād eva kṛṣṇasya mukta-saṅga paraṁ vrajet (SB 12.3.51). Hanya dengan mengucapkan Kṛṣṇa, kṛṣṇasya, nama suci Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa. Hare Kṛṣṇa, Hare Rāma, adalah perkara yang sama. Tiada perbezaan antara Rāma dan Kṛṣṇa. Rāmādi-mūrtiṣu kalā-niyamena tiṣṭhan (Bs. 5.39). Oleh itu anda dikehendaki. Kedudukan kita pada masa ini, disalahfahami, bahawa, “Saya adalah produk alam material ini”. “Saya adalah jasad ini”. “Saya adalah warganegara India,” “Saya adalah warganegara Amerika,” “Saya adalah brāhmaṇa", “Saya adalah kṣatriya," dan selanjutnya, selanjutnya… Banyak lagi gelaran. Tetapi kita bukan kesemua ini. Ini harus dibersihkan. Ceto-darpaṇa. Apabila anda memahami dengan jelas bahawa “Saya bukan warnanegara India, Saya bukan warganegara Amerika, Saya bukan brāhmaṇa, Saya bukan kṣatriya" – “Saya bukan jasad ini”- kesedaran ini adalah ahaṁ brahmāsmi. Brahma-bhūtaḥ prasannātmā na śocati na kāṅkṣati (BG 18.54). Ini yang dikehendaki. Ini adalah kejayaan kehidupan.