MS/Prabhupada 0052 - Perbezaan antara Bhakta dan Karmi



Lecture on SB 1.2.9-10 -- Delhi, November 14, 1973

Ini adalah perbezaan antara bhakti dan karma. Karma adalah kepuasan deria, dan bhakti adalah memuaskan Tuhan. Ia adalah benda yang sama. Oleh itu, orang tidak boleh memahami perbezaan antara seorang bhakta dan karmī. Karmī memuaskan deria-derianya, dan bhakta memuaskan Sri Kṛṣṇa. Perlu ada kepuasan deria. Namun apabila anda memuaskan Sri Kṛṣṇa, itu dikenali sebagai bhakti. Hṛṣīkeṇa hṛṣīkeśa-sevanaṁ bhaktir ucyate (CC Madhya 19.170). Hṛṣīka bererti deria, deria-deria yang telah disucikan. Itu yang telah saya terangkan dahulu, bahawa:

sarvopādhi-vinirmuktaṁ
tat-paratvena nirmalam
hṛṣīkeṇa hṛṣīkeśa-
sevanaṁ bhaktir ucyate
(CC Madhya 19.170)

Bhakti tidak bererti yang anda perlu memberhentikan kerja-kerja yang anda lakukan. Bhakti tidak bererti fanatisisme sentimental. Itu bukanlah bhakti. Bhakti bererti menggunakan segala deria anda hanya untuk kepuasan pemunya sebenar deria-deria tersebut. Ini dikenali sebagai bhakti. Oleh itu nama Sri Kṛṣṇa ialah Hṛṣīkeśa, Hṛṣīka bererti deria-deria. Dan hṛṣīka īśa, Beliau adalah pengawal segala deria. Sebenarnya, deria kita tidak berlangsung secara sendiri. Itu kita boleh memahami. Itu kita boleh memahami. Sri Kṛṣṇa sedang mengarah. Sarvasya cāhaṁ hṛdi sanniviṣṭo mattaḥ smṛtir jñānam apohanaṁ ca (BG 15.15). Mattaḥ smṛtir jñānam apohanaṁ ca. Seorang saintis bekerja kerana Sri Kṛṣṇa menolongnya, bukannya saintis tersebut bekerja secara sendiri. Itu adalah mustahil. Namun, saintis menginginkan seperti itu. Oleh itu, Sri Kṛṣṇa memberikan fasiliti seperti itu. Tetapi, pada hakikatnya, Sri Kṛṣṇa yang bekerja. Perkara-perkara ini diterangkan di Upaniṣad. Tanpa Sri Kṛṣṇa bekerja, tanpa melihat, tanpa Sri Kṛṣṇa melihat, anda tidak boleh melihat. Sama seperti sinaran matahari yang dihuraikan di Brahma-saṁhitā. yac-cakṣur eṣa savitā sakala-grahāṇāṁ. Matahari adalah salah satu mata Sri Kṛṣṇa.

yac-cakṣur eṣa savitā sakala-grahāṇāṁ
rājā samasta-sura-mūrtir aśeṣa-tejāḥ
yasyājñayā bhramati sambhṛta-kāla-cakro
govindam ādi-puruṣaṁ tam ahaṁ bhajāmi
(Bs 5.52)

Oleh itu, matahari ialah salah satu daripada mata Sri Kṛṣṇa, kerana matahari terbit di sana, kerana matahari melihat, anda pun boleh melihat (melalui dengan sinaran matahari). Anda tidak boleh melihat secara sendiri. Anda sangat banga dengan mata (penglihatan anda). Apakah nilai mata anda sekiranya tidak ada sinaran matahari? Anda tidak boleh melihat. Bekalan elektrik pun, dijana hanya kerana sinaran matahari. Apabila Sri Kṛṣṇa melihat, anda boleh melihat. Itu adalah kedudukan yang sebenar. Deria-deria kita... Dalam Bhagavad-gītā dinyatakan bahawa, sarvataḥ pāṇi - pādaṁ tat. Sarvataḥ pāṇi-pāda... Di mana juga, Sri Kṛṣṇa ada kaki dan tangan-Nya. Apakah itu? Tangan saya, tangan anda, kaki anda-itu semua kepunyaan Sri Kṛṣṇa. Sekiranya seseorang kata dia mempunyai banyak cawangan perniagaan di seluruh dunia ini. Cawangan-cawangan perniagaan tersebut adalah di bawah pengurusan oleh insan yang utama. Seperti juga, Sri Kṛṣṇa. Oleh itu Sri Kṛṣṇa dikenali sebagai Hṛṣīkeśa, Hṛṣīkeśa. Oleh itu perniagaan bererti... Bhakti bererti kita harus menggunakan hṛṣīka, indriya, deria-deria kita, di dalam servis hanya untuk pemunya deria-deria tersebut. Itu adalah kesempurnaan hidup. Itu adalah kesempurnaan... Namun, apabila kita ada keinginan untuk memuaskan deria-deria hanya untuk kepuasan kita, itu dikenali sebagai karma. Ini dikenali sebagai kehidupan material. Oleh itu, bagi seorang bhakta tidak ada apa-apa yang berunsurkan material. Itu adalah īśāvāsyam idaṁ sarvam (ISO 1). Dalam penglihatan seorang bhakta, kesemuanya adalah kepunyaan Sri Kṛṣṇa. Īśāvāsyam idaṁ sarvaṁ yat kiñca jagatyāṁ jagat, tena tyaktena bhuñjīthā. Kesemuanya adalah kepunyaan Sri Kṛṣṇa. Oleh itu apa-apa yang diberikan oleh Sri Kṛṣṇa...sama seperti seorang majikan. Majikan memberikan sesuatu kepada orang gajinya, “Anda boleh menikmati ini.” Itu adalah prasādam. Prasāde sarva-duḥkhānāṁ hānir asyopajā... Ini adalah kehidupan. Jika anda ada kesedaran Kṛṣṇa, sekiranya anda memahami bahawa “Kesemuanya kepunyaan Sri Kṛṣṇa, anggota tangan dan kaki saya, semuanya kepulangan Sri Kṛṣṇa, keseluruhan badan saya adalah kepunyaan Sri Kṛṣṇa, maka ia harus digunakan untuk Sri Kṛṣṇa," itu dikenali sebagai bhakti.

anyābhilāṣitā-śūnyaṁ
jñāna-karmādy-anāvṛtam
ānukūlyena kṛṣṇānu-
śīlanaṁ bhaktir uttamā
(Brs. 1.1.11)

Itu Sri Kṛṣṇa lakukan, er, Arjuna lakukan. Beliau ingin memuaskan deria-derianya dengan cara tidak betempur, tetapi beliau bersetuju untuk bertempur selepas mendengar Bhagavad-gītā, bahawa “Ye, Sri Kṛṣṇa ialah Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa.”

ahaṁ sarvasya prabhavo
mattaḥ sarvaṁ pravartate
iti matvā bhajante māṁ
budhā bhāva-samanvitāḥ
(BG 10.8)

Perkara-perkara diterangkan secara begitu teliti dalam Bhagavad-gītā. Itu adalah peringkat awal pengajaran kerohanian. Dan sekiranya kita yakin terhadap pengajaran yang diberikan dalam Bhagavad-gītā, maka kita akan berserah kepada Sri Kṛṣṇa. Sri Kṛṣṇa inginkan begitu. Sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja (BG 18.66). Itu yang diinginkan oleh Beliau. Apabila kita menerima proses ini, ia dikenali sebagai śraddhā. Śraddhā. Itu telah dihuraikan oleh Kavirāja Gosvāmī, apa yang dimaksudkan dengan śraddhā.