MS/Prabhupada 0054 - Semua orang hanya memberikan masalah kepada Sri Krishna
Oleh itu para Māyāvādī ingin membuktikan kebenaran yang muktamad adalah nirākāra, ataupun tidak mempunyai keperibadian. Oleh itu Sri Kṛṣṇa memberikan anda kebijaksanaan: “Ya, berikan keputusan ini. Berikan keputusan yang logik, logiknya seperti ini, logiknya seperti itu." Seperti itu, Sri Kṛṣna memberikan... Terdapat satu peribahasa Bengali yang menunjukkan kuasa Tuhan, bahawa seorang lelaki, seorang pemunya rumah menyembah kepada Tuhan, “Oh Tuhanku, aku berdoa agar tidak akan ada sebarang kecurian, kerompakan di rumahku malam ini. Tolong selamatkan aku.” Seorang lelaki berdoa, berdoa seperti itu. Seorang lagi pula berdoa, lainkata pencuri itu berdoa, “Oh Tuhanku, malam ini, aku ingin merompak rumah itu. Tolonglah aku mendapatkan sesuatu.” Sekarang, apakah keputusan Sri Kṛṣṇa? (gelak ketawa) Sri Kṛṣṇa berada dalam hati kesemua para makhluk hidup. Oleh itu Sri Kṛṣṇa harus memenuhi banyak permintaan. Perompak, pencuri dan pemunya rumah, banyak permintaan. Oleh itu Sri Kṛṣṇa akan mempertimbangkan… tetapi Beliau masih... Itu adalah kebijaksanaan Sri Kṛṣṇa, bagaimana Beliau mempertimbangkan. Beliau memberikan kesemua para makhluk hidup kebebasan. Dan setiap makhluk hidup diberikan fasiliti, tetapi Beliau masih disusahkan oleh mereka. Oleh itu Sri Kṛṣṇa menasihatkan para penyembahnya bahawa “Jangan membuat sebarang perancangan. Kau nakal, kau karut, kau jangan menyusahkan-Ku. (gelak ketawa). Sila serahkan diri pada Aku. Ikut rancangan-Ku; kau akan menjadi gembira. Kau membuat perancangan, kau berasa sedih, Aku pun berasa sedih, (gelak ketawa) Aku pun berasa sedih. Banyak rancangan yang difikirkan setiap hari, dan kesemuannya Aku harus memenuhi.” Tetapi Beliau adalah sangat penyayang. Jika sesuatu ... (BG 4.11).
Kecuali para penyembah Sri Kṛṣṇa, kesemua yang lain hanya menyusahkan, menyusahkan, menyusahkan, menyusahkan Sri Kṛṣṇa. Oleh itu, mereka dikenali sebagai duṣkṛtina. Duṣkṛtina, orang yang sangat tidak baik, tidak baik. Jangan membuat sebarang perancangan. Terima rancangan Sri Kṛṣṇa. Jika tidak hanya menyusahkan Sri Kṛṣṇa. Oleh itu, seorang hamba tidak berdoa untuk penyaraan hidup. Itu adalah seorang hamba yang suci. Ia tidak meminta apa-apa dari Sri Kṛṣṇa walaupun untuk menyara hidupnya. Jika ia tidak ada sebarang kerja untuk menyara hidupnya, ia pasti akan menderita, berpuasa, tapi masih, ia tidak akan meminta apa-apa dari Sri Kṛṣṇa, “Sri Kṛṣṇa, aku sangat lapar. Berikanku sedikit makanan.” Oleh itu, Sri Kṛṣṇa adalah sangat prihatin bagi hamba-Nya, tetapi seorang hamba tidak akan meminta sebarang benda daripada Sri Kṛṣṇa. Biar Sri Kṛṣṇa merancangannya. Kita harus mengikuti perancangan Sri Kṛṣṇa.
Oleh itu apakah perancangan kita? Perancangan kita adalah untuk, Sri Kṛṣṇa bersadbda, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ (BG 18.66). Man-manā bhava mad-bhaktomad-yājī. Oleh itu perancangan kita adalah sama. Kita sahaja berkanvas untuk Sri Kṛṣṇa, bahawa “ Anda harus mengikuti Kesedaran Kṛṣṇa. Kita harus menjadi contoh, bagaimana kita mengikuti kesedaran Kṛṣṇa, bagaimana kita menyembah Kṛṣṇa, bagaimana kita berdakwah dengan berjalan di tempat ramai dan mengucapkan nama Sri Kṛṣṇa, nama transendental. Sekarang kita memberikan semua prasadam Sri Kṛṣṇa. Seboleh yang mungkin, tugas kita adalah untuk mendorong seseorang itu menyedari Sri Kṛṣṇa. Itu sahaja. Untuk sebab itu, anda boleh membuat perancangan tersebut, kerana itu adalah perancangan Sri Kṛṣṇa. Tetapi perancangan tersebut juga harus dibenarkan oleh Sri Kṛṣṇa. Jangan mereka perancangan sendiri, perancangan palsu. Oleh itu, untuk memberikan anda petunjuk, kita memerlukan wakil Sri Kṛṣṇa. Itu adalah guru kerohanian.
Oleh itu ada perancangan yang besar dan skim yang besar. Oleh itu kita harus mengikuti jejak langkah mahājanas. Seperti yang dinyatakan di sini, bahawa dvādaśaite vijānīmo dharmaṁ bhāgavataṁ bhaṭāḥ. Beliau bersabda bahawa,” Kita para mahājana yang terpilih, wakil Sri Kṛṣṇa, kita tahu apakah itu bhāgavata- dharma, apakah itu dharma Sri Kṛṣṇa.” Dvādaśa. Dvādaśa. Dvādaśa bermaksud dua belas nama, seperti yang dinyatakan svayambhūr nāradaḥ śambhuḥ... (SB 6.3.20). Saya telah menerangkan. Oleh itu Yamarāja berkata, “Hanya kita, hanya dua belas orang, wakil Sri Kṛṣṇa, kita tahu apakah itu bhāgavata-dharma." Dvādaśaite vijānīmaḥ. Vijānīmaḥ bermaksud "kita tahu." Dharmaṁ bhāgavataṁ bhaṭāḥ,guhyaṁ viśuddhaṁ durbodhaṁ yaṁ jñātvāmṛtam aśnute. “Kita tahu.” Oleh itu, ia dinasihatkan, mahājano yena gataḥ sa panthāḥ (CC Madhya 17.186). Para mahājanas, sepertimana yang ditetapkan, itu adalah cara sebenar untuk memahami Sri Kṛṣṇa, pebebasan kerohanian.
Oleh itu, kita sedang mengikut Brahma-sampradāya, yang pertama, Svayambhū. Brahmā. Brahmā, kemudian Nārada, dari Nārada, ke Vyāsadeva. Dengan cari ini, Madhvācārya, Śrī Caitanya Mahāprabhu, seperti ini. Pada hari ni, kita sedang mengikuti jejak langkah Śrī Bhaktisiddhānta Sarasvatī Gosvāmī Prabhupāda, hari ini, adalah hari lahir Beliau. Oleh itu, kita harus memberi menghargai tithi ini dengan penuh penghormatan dan berdoa kepada Bhaktisiddhānta Sarasvatī Gosvāmī bahawa “Kita berkhidmat untuk anda. Berikan kita kekuatan, berikan kita kebijaksanaan. Dan kita diberi tunjuk ajar oleh hamba anda.” Seperti ini kita harus berdoa. Dan saya rasa petang ini kita harus memberikan prasādam kepada orang ramai.