MS/Prabhupada 0055 - Menyentuh Krishna Melalui Pendengaran
Lecture on BG 2.18 -- Hyderabad, November 23, 1972
Ramalan Caitanya Mahāprabhu ialah: "Sebanyak mana adanya bandar-bandar dan kampung-kampung di permukaan bumi, di kesemua tempat mantera Hare Kṛṣṇa, atau nama Sri Caitanya, akan diraikan. Itu sedang dilakukan. Terdapat medan yang luas untuk memperkenalkan kultus Hare Krishna ini di seluruh dunia. Itu sesuatu yang praktikal. Malangnya, walaupun Caitanya Mahāprabhu amanahkan perkara ini kepada setiap rakyat India... Tidak hanya kepada Bengali, kerana Beliau lahir di Bengal. Beliau tidak bersabda untuk Bengali. Beliau bersabda, bhārata-bhūmite manuṣya-janma haila yāra (CC Adi 9.41). "Di tanah suci Bhāratavarṣa ini, sesiapa sahaja yang telah mengambil kelahirannya sebagai manusia, dia harus menyempurnakan kehidupannya."Janma sārthaka kari." Anda tidak boleh berdakwah tanpa menyempurnakan kehidupan anda terlebih dahulu. Jika saya kekal tidak sempurna, saya tidak boleh berdakwah. Seseorang harus menjadi sempurna. Itu bukannya sangat sukar. Kita mempunyai panduan daripada resi yang mulia dan orang yang suci dan Tuhan sendiri iaitu Krishna.
Maka untuk menjadikan diri kita sempurna bukannya sangat sukar. Kita telah mengabaikannya. Itulah nasib malang kita. Mandāḥ sumanda-matayo manda-bhāgyāḥ (SB 1.1.10). Oleh kerana kita adalah manda, manda-mataḥ, kita telah menerima logik yang palsu, "isma" yang palsu, dan membuang masa kita. Kita harus menerima jalan yang benar dari sastera. Baru kemudian kita akan menjadi bijak-pandai. Su-medhasaḥ Yajñaiḥ saṅkīrtana-prāyair yajanti hi su-medhasaḥ (SB 11.5.32). Kaedah yang pintas. Golongan manusia yang pintar akan mengambil bahagian dalam perkumpulan saṅkīrtana ini untuk meningkatkan kehidupan kerohanian mereka. Ia adalah satu fakta, ia adalah saintifik, ia dibenarkan. Maka jangan abaikannya. Terimalah zikiran Hare Kṛṣṇa dengan jiwa dan raga anda, dan di mana jua... Niyamitaḥ smaraṇe na kālaḥ. Tidak ada sebarang undang-undang dan peraturan, bahawa "Anda perlu berzikir pada masa ini atau masa itu, dalam kedudukan ini atau kedudukan itu." Tidak. Kerana ia adalah terutamanya bertujuan untuk roh-roh yang terikati, maka tidak ada peraturan yang tegas dan ketat. Nāmnām akāri bahudhā nija-sarva-śaktis tatrārpitā niyamitaḥ smaraṇe na kālaḥ. Nama, nama suci Kṛṣṇa, sesakti dengan Krishna. Tidak ada perbezaan di antara Krishna dan nama-Nya. Krishna adalah Yang Mutlak. Oleh itu tidak ada perbezaan antara nama Krishna, bentuk rupa Krishna, kualiti Krishna, rombongan pengiring Krishna, aktivikiti yang dilakukan oleh Krishna, daripada Krishna. Semuanya adalah Krishna. Jika anda mendengar mengenai Krishna, maka anda harus tahu bahawa anda menyentuh Krishna melalui pendengaran. Jika anda melihat Dewa Krishna, itu bermaksud bahawa anda sedang melihat Krishna secara peribadi. Ini kerana Krishna adalah Yang Mutlak. Beliau boleh menerima pengabdian anda, dalam apa cara jua. Ini kerana Beliau adalah segala-galanya. Īśāvāsyam idaṁ sarvam(ISO 1) Tenaga Beliau. Parasya brahmaṇaḥ śaktis tathedam akhilaṁ jagat. Segala-galanya adalah tenaga Krishna. Maka, jika kita masih berhubung dengan tenaga Krishna, dengan sedikit pengetahuan, kita boleh terus menghubungi Krishna. Inilah prosesnya. Jika anda sentiasa berhubung dengan Krishna, maka itulah kesedaran Kishna. Kemudiannya anda menjadi suci. Disucikan. Sama sperti jika anda meletakkan sebatang besi di dalam api, ia menjadi panas, lebih panas, lebih panas, dan akhir sekali ia menjadi merah menyala, sangat panas. Apabila ianya merah menyala, ia adalah api. Ia bukan lagi batang besi. Begitu juga, jika anda sentiasa dalam kesedaran Krishna, anda menjadi Kṛṣṇized. Inilah prosesnya. Kemudian segala-galanya menjadi suci; maka kehidupan rohani anda akan ternyata. Dan kehidupan anda berjaya.