MS/Prabhupada 0059 - Jangan Lupa Akan Urusan Anda Yang Sebenarnya



Lecture on BG 2.14 -- Mexico, February 14, 1975

Kemudian soalannya adalah: "Jika saya adalah kekal, mengapa terdapat begitu banyak keadaan kehidupan yang sengsara? Dan mengapa saya terpaksa mati?" Jadi ini sebenarnya adalah soalan yang bijak, iaitu "Jika saya adalah kekal, maka mengapa saya harus menetapi dalam badan jasmani ini yang tertakluk kepada kematian, kelahiran, usia tua dan penyakit?" Oleh itu Kṛṣṇa mengarahkan bahawa kehidupan yang terikat dengan kesengsaraan adalah disebabkan oleh badan jasmani ini. Mereka mereka yang karmī, yang bererti mereka yang terlibat dalam kepuasan deria ... Mereka dikatakan karmīs. Para karmī tidak peduli tentang masa depan; mereka hanya mahukan kemudahan kehidupan yang segera. Sama seperti seorang kanak-kanak yang tanpa penjagaan ibu bapa, beliau akan bermain sepanjang hari dan tidak peduli tentang masa hadapannya, tidak akan belajar. Tetapi dalam kehidupan sebagai seorang manusia, jika kita benar-benar pintar, kita akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kehidupan atau badan yang tidak tertakluk kepada kematian, kelahiran, usia tua dan penyakit.

Maka kumpulan kesedaran Kṛṣṇa adalah untuk mendidik orang ramai untuk tujuan itu. Kini, seseorang boleh mengatakan bahawa "Jika saya hanya menumpukan hidup saya dalam kesedaran Krishna, maka bagaimana keperluan jasmani saya akan dibekalkan? " Jadi jawapannya terdapat dalam Bhagavad-gītā, iaitu barang siapa yang hanya melibatkan diri dalam kesedaran Kṛṣṇa keperluan hidupnya akan terjaga oleh Krishna. Krishna menjaga penyelenggaraan semua orang. Eko yo bahūnāṁ vidadhāti kāmān: "Bahawa Seorang Yang Maha Esa itu menyelenggara keperluan semua makhluk hidup." Jadi bagi seorang penyembah yang cuba untuk kembali ke kediaman, kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa, tidak akan ada sebarang kekurangan. Yakinlah dengan sepenuhnya. Kṛṣṇa bersabda dalam Bhagavad-gītā, teṣāṁ satata-yuktānāṁ yoga-kṣemaṁ vahāmy aham: (BG 9.22) "Seorang penyembah yang sentiasa sibuk dalam pengabdian-Ku, Aku menjaga, bagaimana untuk memenuhi segala keperluan hidupnya." Satu contoh yang praktikal adalah dalam kumpulan kesedaran Krishna kita mempunyai seratus pusat, dan setiap rumah ibadat yang tidak kurang dari dua puluh lima, sehingga 250 penyembah tinggal di pusat kita. Kita tidak mempunyai pendapatan yang tetap, dan kita berbelanja di semua cawangan kita lapan puluh ribu sebulan. Tetapi dengan rahmat Krishna kita tidak kekurangan, semuanya dibekalkan. Kadang-kadang orang terkejut bahawa "Orang-orang ini tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai sebarang profesion, hanya berzikir Hare Kṛṣṇa. Bagaimana mereka boleh hidup?" Maka itu bukan persoalannya. Jika kucing dan anjing boleh hidup dengan rahmat Tuhan, para penyembah boleh hidup dengan selesanya dengan rahmat Tuhan. Tidak ada sebarang soalan, tetapi jika sesiapa berfikir bahawa "Saya mengikuti kesedaran Krishna, tetapi saya menderita akibat pelbagai perkara," untuk mereka atau untuk kita ajarannya adalah mātrā-sparśās tu kaunteya śītoṣṇa-sukha-duḥkha-dāḥ: (BG 2.14) "Kesakitan dan keseronokkan ini adalah seperti musim sejuk dan musim panas." Dalam musim sejuk, air tidak menyenangkan, dan dalam musim panas, air membawa kepuasan. Maka apakah kedudukan air? Ianya memuaskan atau menyakitkan? Ianya tidak membawa penderitaan, mahupun kepuasan, tetapi mengikut musim tertentu, melalui penyentuhan kulit ianya kelihatan seperti membawa kesakitan atau kenikmatan. Kesakitan dan kenikmatan seperti ini dihuraikan sebegini. " Ia akan datang dan lalu. Ianya tidak kekal." Āgama apāyinaḥ anityāḥ (BG 2.14)bererti " Ia akan datang dan lalu; oleh itu ianya tidak kekal." Oleh itu Krishna menasihati, tāṁs titikṣasva bhārata (BG 2.14): "Bersabar sahaja." Tetapi jangan sesekali lupa akan kewajipan kita yang sebenarnya, iaitu kesedaran Krishna. Jangan layan akan rasa sakit dan kenikmatan material ini.