MS/Prabhupada 0058 - Bodan Rohani Bererti Kehidupan Yang Kekal
Lecture on BG 2.14 -- Mexico, February 14, 1975
Sebenarnya, badan rohani bermaksud kehidupan kekal yang bahagia dan berpengetahuan. Badan yang kini kita miliki adalah badan jasmani (material), ianya tidak kekal, mahupun bahagia, mahupun penuh dengan pengetahuan. Setiap seorang daripada kita tahu bahawa badan jasmani ada pengakhirannya. Dan ia penuh dengan kejahilan. Kita tidak boleh mengatakan sesuatu apa yang di berada di luar jangkauan dinding ini. Kita mempunyai deria, tetapi semuanya mempunyai batasan, tidak sempurna. Kadang-kadang kita sangat bangga dengan penglihatan dan mencabar, "Bolehkah anda tunjukkan saya Tuhan?" tetapi kita lupa untuk mengingati bahawa sebaik sahaja lampu dipadamkan, kuasa penglihatan kita lenyap begitu sahaja. Oleh itu seluruh badan kita tidak sempurna dan penuh dengan kejahilan. Badan rohani bererti penuh dengan pengetahuan, sebaliknya. Oleh itu, kita boleh dapat badan sebegitu pada kehidupan akan datang, dan kita harus memupuk bagaimana untuk mendapatkan badan sebegitu. Kita boleh memupuk untuk mendapatkan kehidupan yang akan datang di sistem planet yang lebih tinggi atau kita boleh memupuk badan yang seterusnya seperti kucing dan anjing, dan kita boleh memupuk badan yang kekal, penuh kebahagiaan, berpengetahuan. Oleh itu orang yang paling pintar akan cuba untuk mendapatkan badan yang penuh dengan kebahagiaan, pengetahuan dan keabadian. Ini telah dihuraikan dalam Bhagavad-gītā. Yad gatvā na nivartante tad dhāma paramaṁ mama (BG 15.6). Tempat itu, planet itu, atau angkasa itu, di mana anda pergi, dan anda tidak akan kembali ke dunia material ini. Di dunia material ini, walaupun anda dipromosikan ke sistem planet yang paling tinggi iaitu Bramaloka, anda masih perlu kembali semula. Dan jika anda mencuba sedaya upaya untuk pergi ke dunia rohani, kembali ke kediaman, kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa, anda tidak akan kembali untuk menerima badan jasmani ini.