MS/Prabhupada 0068 - Setiap Seorang Harus Bekerja



Lecture on SB 6.1.45 -- Laguna Beach, July 26, 1975

Nitai: "Dalam hidup ini, sesiapa jua mengikut tahap jenis kegiatannya, sama ada ianya kegiatan keagamaan atau yang menyimpang dari keagamaan, seperti yang akan dilakukan di kehidupan akan datang juga, orang yang sama pada tahap yang sama, kepelbagaian yang sama, hasil tindakan karmanya beliau harus menikmati atau menderita."

Prabhupāda:

yena yāvān yathādharmo
dharmo veha samīhitaḥ
sa eva tat-phalaṁ bhuṅkte
tathā tāvad amutra vai
(SB 6.1.45)

Maka dalam ayat sebelum ini kita telah bincangkan, dehavān na hy akarma-kṛt. Sesiapa jua yang mempunyai badan material (jasmani) ini, beliau harus bekerja. Setiap seorang harus bekerja. Dalam badan rohani juga anda perlu bekerja. Dalam badan jasmani juga anda perlu bekerja. Kerana prinsip kerja adalah roh - roh adalah daya nyawa kita - maka beliau sentiasa sibuk. Badan yang hidup bererti ianya ada pergerakkan. Terdapat kesibukkan. Beliau tidak boleh berdiam diri. Dalam Bhagavad-gita ianya disebutkan: "Walaupun untuk seketika seseorang tidak boleh tidak berbuat apa-apa." Itulah tanda makhluk hidup. Jadi kerja ini sedang berlaku menurut badan tertentu. Anjing juga berlari, dan manusia juga berlari. Tetapi seseorang manusia menganggap dirinya sangat bertamadun kerana dia berjalan menggunakan kereta. Kedua-dua mereka sedang berjalan, tetapi seseorang manusia mempunyai jenis badan yang tertentu di mana beliau boleh menyediakan kenderaan atau basikal, dan beliau boleh membawanya. Beliau berfikir bahawa "Saya sedang berjalan lebih laju daripada anjing oleh itu saya lebih bertamadun. iniah pemikiran moden. Beliau tidak tahu akan perbezaan di antara berjalan pada kelajuan lima puluh batu atau kelajuan lima batu atau kelajuan lima ribu batu atau kelajuan lima juta batu. Ruangnya tidak terhad. Apa jua kelajuan yang anda temui, ia masih tidak mencukupi. Masih tidak mencukupi.

Maka ini bukanlah kehidupan, bahawa "Kerana saya boleh berlari lebih laju daripada anjing, maka saya bertamadun."

panthās tu koṭi-śata-vatsara-sampragamyo
vāyor athāpi manaso muni-puṅgavānāṁ
so 'py asti yat-prapada-sīmny avicintya-tattve
govindam ādi-puruṣaṁ tam ahaṁ bhajāmi
(Bs. 5.34)

Kelajuan kita...Untuk apa kelajuan? Kerana kita hendak menuju ke destinasi tertentu, itulah kelajuan beliau. Maka destinasi sebenarnya adalah Govinda, Viṣṇu. Dan na te viduḥ svārtha-gatiṁ hi viṣṇu. Mereka berjalan dengan kelajuan yang berbeza, tetapi mereka tidak tahu destinasinya. Seorang penyair yang terkenal di negara kita, Rabindranath Tagore, beliau menulis satu artikel - saya membacanya - apabila beliau berada di London. Jadi di negara anda, negara-negara barat, kereta dan ..., ianya dipandu dalam kelajuan tinggi. Jadi Rabindranath Tagore, beliau adalah penyair. Beliau memikirkan bahawa "Negara orang Inggeris adalah begitu kecil, dan mereka memandu pada kelajuan yang begitu besar yang akan mengakibatkan mereka jatuh di lautan." Beliau berkata seperti itu. Mengapa mereka memandu dengan begitu pantas? Maka begitu juga, kita berjalan dengan begitu pantas untuk ke neraka. Inilah kedudukan kita, kerana kita tidak tahu destinasinya. Jika saya tidak tahu destinasinya dan cuba untuk memandu kereta saya dalam kelajuan yang tinggi, maka apakah hasilnya? Hasilnya ialah bencana. Kita harus tahu mengapa kita berjalan. Sama seperti sungai yang mengalir dalam arus yang besar, mengalir, tetapi destinasinya adalah ke laut. Apabila sungai tiba ke laut, kemudiannya tiada lagi destinasi. Jadi begitu juga, kita harus tahu destinasinya. Destinasinya adalah Viṣṇu, Tuhan. Kita adalah sebahagian daripada Tuhan. Kita adalah... Entah bagaimana, kita jatuh di dunia material ini. Oleh itu destinasi hidup kita adalah untuk kembali ke rumah, kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa. Itulah destinasi kita. Tidak ada destinasi lain. Jadi kumpulan kesedaran Krishna kami mengajar bahawa "Anda tetapkan matlamat hidup anda." Dan apakah matlamat hidup? "Kembali ke rumah, kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa. Anda sedang menuju ke sebelah ini, yang bertentangan, ke arah neraka. Itu bukan destinasi anda. Anda harus menuju ke sebelah ini, kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa. " Itulah propaganda kami.