MS/Prabhupada 0069 - Saya Tidak Akan Meninggal Dunia



Conversation Pieces -- May 27, 1977, Vrndavana

Kīrtanānanda: Kami tidak berasa gembira jika anda tidak berasa sihat.

Prabhupāda: Saya sentiasa sihat.

Kīrtanānanda: Mengapa anda tidak boleh berikan usia tua anda kepada kami?

Prabhupāda: Apabila saya melihat segalanya berterusan dengan baik, saya berasa gembira. Apakah dengan badan ini? Badan adalah badan. Kita bukannya badan ini.

Kīrtanānanda: Bukankah Purudāsa yang memberikan ayahnya usia mudanya?

Prabhupāda: Hm?

Rāmeśvara: Yayāti. Raja Yayāti beliau menperdagangkan usia tuanya.

Kīrtanānanda: Dengan anaknya. Anda boleh berbuat demikian.

Prabhupāda: (ketawa)Siapa yang melakukannya?

Rāmeśvara: Raja Yayāti.

Prabhupāda: Ah. Yayāti. Tidak, kenapa? Anda adalah badan saya. Jadi, anda teruskan hidup. Tidak ada perbezaan. Seperti mana saya bekerja, maka Guru Mahārāja saya berada di sana, Bhaktisiddhānta Sarasvati. Secara fizikal mungkin beliau tiada, tetapi dalam setiap tindakan beliau berada di sini. Saya berasa sebenarnya saya pernah menulis akan itu.

Tamāla Kṛṣṇa: Ya, ianya ada dalam Bhāgavatam, iaitu "Sesiapa yang berada bersamanya, beliau berada selama-lamanya. Barang sesiapa yang ingat akan kata-katanya akan tinggal bersamanya selama-lamanya.

Prabhupāda: Oleh itu saya tidak akan meninggal. Kīrtir yasya sa jīvati: " Sesiapa yang yang melakukan sesuatu yang penting (berguna), beliau akan hidup selama-lamanya." Beliau tidak akan meninggal. Bahkan dalam kehidupan praktikal kita... Sudah pastinya ini adalah material, karma-phala. Seseorang harus menerima badan yang lain mengikut karmanya. Tetapi untuk seorang penyembah ianya tidak begitu. Beliau sentiasa menerima badan untuk pengabdian Krishna. Maka tidak ada karma-phala.