MS/Prabhupada 0077 - Anda Boleh Mengkaji Secara Saintifik Atau Falsafah
Ratha-yatra -- San Francisco, June 27, 1971
Krishna bersabda, sesiapa yang sentiasa, dua puluh empat jam sibuk dalam perkhidmatan Krishna ... Sama seperti pelajar-pelajar ini, ahli Kumpulan Kesedaran Krishna, anda akan dapati mereka sibuk dua puluh empat jam dalam perkhidmatan Krishna. Itulah yang saya maksudkan dengan kepentingan kesedaran Krishna. Mereka sentiasa sibuk. Upacara Ratha-yatra adalah salah satu darinya, supaya sekurang-kurangnya untuk satu hari, anda semua akan sibuk dalam kesedaran Krishna. Jadi ini hanyalah amalan, dan jika anda mengamalkannya seluruh hidup anda, maka pada saat meninggal, jika anda bernasib baik untuk mengingati Krishna, hidup anda berjaya. Amalan sebegitu diperlukan. yaṁ yaṁ vāpi smaran loke tyajaty ante kalevaram (BG 8.6). Kita perlu meninggalkan badan ini, tiada was-was tentangnya.. Tetapi pada saat meninggal, jika kita mengingati Krishna, dengan serta-merta anda akan dipindahkan ke tempat tinggal Krishna. Krishna berada di mana jua, akan tetapi Krishna memiliki tempat tinggal-Nya yang khas, yang dikatakan Goloka Vrndavana. Anda boleh memahami bahawa badan kita, badan bermakna deria, dan lebih tinggi dari deria adalah minda, iaitu ia sangat halus, ia mengawal deria, dan lebih tinggi dari minda ialah kecerdasan, dan lebih tinggi dari kecerdasan adalah sang roh. Kita tidak mempunyai maklumat, tetapi jika kita amalkan sistem bhakti yoga, secara beransur-ansur kita akan faham apakah aku. Aku bukan badan ini. Secara amnya para ulama besar, ahli-ahli falsafah besar, mahupun ahli-ahli sains, mereka juga berada dalam konsep badan ini. Semua orang berfikir, "Aku badan ini," tetapi itu adalah satu kesilapan. Kita bukan badan ini. Saya telah jelaskan. Badan bermakna deria, tetapi deria dikawal oleh minda, dan minda dikawal oleh kecerdasan, dan kecerdasan dikawal oleh roh. Itu anda tidak tahu. Di seluruh dunia tidak ada sistem pendidikan untuk memahami kewujudan roh, yang merupakan keperluan utama untuk pemahaman bagi manusia. Seorang manusia tujuannya bukan untuk membuang masa seperti haiwan, hanya makan, tidur, kahwin dan bertahan. Itu adalah kehidupan haiwan. Kecerdasan tambahan manusia perlu digunakan untuk memahami "Aku adalah ... Apakah aku? Aku adalah sang roh." Jika kita faham bahawa "Aku adalah sang roh," ' bahawa konsep hidup berdasarkan aku badan ini yang telah memainkan malapetaka di dunia ini ... Berdasarkan konsep saya adalah badan ini, saya befikir bahawa "Saya adalah orang India," anda berfikir "Saya adalah orang Amerika," dia berfikir sesuatu. Tetapi kita semua adalah satu. Kita adalah sang roh. Kita semua adalah hamba abadi Krishna, Jagannātha.
Jadi hari ini adalah hari yang sangat baik, hari yang bertuah. Pada hari ini Tuhan Krishna, apabila Beliau berada di dunia ini, Beliau telah menghadiri satu majlis gerhana matahari di Kurukṣetra, dan Krishna, bersama-sama dengan abangnya Balarāma dan Subhadra, adinda-Nya,, datang untuk melawat Kurukṣetra. Bumi Kurukṣetra itu masih ada di India. Jika suatu hari nanti anda pergi ke India, anda akan mendapati bahawa Kurukṣetra masih wujud. Ole yand demikian majlis Ratha-yatra ini diadakan sempena memperingati lawatan Krishna ke Kurukṣetra bersama dengan abang dan adinda-Nya. Maka Tuhan Jagannātha, Tuhan Caitanya Mahaprabhu, Beliau berada dalam ekstasi. Beliau berada dalam semangat penyayang seperti Rādhārāṇī, maka Beliau berfikir, "Krishna, sila datang kembali sekali lagi ke Vṛndāvana." Maka Beliau menari di hadapan Ratha-yatra, dan anda akan memahaminya jika anda membaca beberapa buku-buku yang diterbitkan oleh anda ..., yang diterbitkan oleh persatuan kita. Salah satu buku dikenali sebagai Ajaran Tuhan Caitanya. Ia adalah buku yang sangat penting. Jika anda mahu belajar tentang kumpulan kesedaran Krishna ini, kami mempunyai cukup buku. Anda boleh belajar secara saintifik dan falsafah. Tetapi jika anda tidak mempunyai kecenderungan untuk belajar, anda hanya perlu berzikir Hare Krishna, secara beransur-ansur segala-galanya akan didedahkan kepada anda, dan anda akan memahami hubungan anda dengan Krishna. Saya mengucapkan terima kasih kerana kesudian menyertai majlis ini. Sekarang mari kita zikir Hare Krishna dan meneruskan dengan Jagannātha Swami. Hare Krishna.