MS/Prabhupada 0078 - Dengan Keyakinan Anda Harus Cuba Mendengar
Lecture on SB 1.2.16 -- Los Angeles, August 19, 1972
Jadi śuśrūṣoḥ śraddadhānasya vāsudeva-kathā-ruciḥ. Dalam ayat sebelumnya, ianya dijelaskan, yad yuktāḥ anudhyāsinā (SB 1.2.15). Seseorang perlu sentiasa berfikir. Inilah pedangnya. Anda perlu mengambil pedang kesedaran Krishna ini. Baru kemudian anda akan bebas. Simpulan itu akan dipotong dengan pedang ini. Jadi ... Sekarang bagaimanakah kita boleh dapat pedang ini? Proses itu telah diterangkan di sini iaitu anda hanya perlu dengar dengan penuh keyakinan. Anda akan mendapat pedang itu. Itu sahaja. Sebenarnya, kumpulan kesadaran Krishna ini kini tersebar. Kita mendapat satu demi satu pedang hanya dengan mendengar. Saya memulakan kumpulan ini di New York. Anda semua tahu. Saya tidak mempunyai sebarang pedang. Seperti mana dalam prinsip agama yang lain, mereka mengambil kitab-kitab agama di satu tangan dan tangan yang lain, pedang: "Anda harus terima kitab ini, jika tidak, saya akan memotong kepala anda." Ini juga satu cara pendakwahan. Tetapi saya juga mempunyai pedang, tetapi bukan pedang jenis ini. Pedangnya adalah untuk memberikan orang peluang untuk mendengar. Itu sahaja. Vāsudeva-kathā-ruciḥ. Jadi sebaik sahaja beliau mendapat rasa (ruci)... Ruci. Ruci bermakna rasa. "Ah, di sini adalah perbincangan mengenai Krishna, yang sangat bagus. Biar saya mendengar." Serta Merta melalui ini anda akan mendapat pedangnya. Pedangnya ada di tangan anda.
Vāsudeva-kathā-ruciḥ. Tetapi ruci itu sampai kepada siapa? Rasa ini? Kerana, seperti yang saya telah jelaskan beberapa kali rasa, sama seperti gula-gula. Semua orang tahu ia adalah sangat manis, etapi jika anda berikan kepada seorang lelaki yang menghidap penyakit kuning, dia akan rasa ia pahit. Semua orang tahu gula-gula adalah manis, tetapi seseorang yang menghidap penyakit, penyakit kuning, dia akan rasa gula-gula itu sangat pahit. Semua orang tahu. Itu adalah fakta.
Jadi ruci, rasa untuk mendengar vāsudeva-kathā, kṛṣṇa-kathā, orang berpenyakit material tidak boleh merasainya. Ruci ini, rasa. Untuk mendapatkan rasa ini terdapat aktiviti-aktiviti permulaannya. Apakah itu? Perkara pertama adalah penghargaan: ". Oh, ia adalah sangat baik" Ādau śraddhā, śraddadhāna. Jadi śraddhā, penghargaan, ini adalah permulaan. Kemudian sādhu-saṅga (CC Madhya 22.83). Kemudian pergaulan: "Baiklah, orang-orang ini berzikir dan bercakap mengenai Krishna. Biar saya pergi dan duduk dan biarlah saya mendengar lagi. " Ini dipanggil sādhu-saṅga. Orang yang menjadi penyembah, harus bergaul dengan mereka. Ini adalah peringkat kedua. Peringkat ketiga ialah bhajana-kriyā. Apabila seseorang itu bergaul dengan baik, maka dia akan rasa, "Mengapa tidak menjadi murid?" Oleh itu, kita menerima permohonan, "Prabhupāda, sila terima saya sebagai pengikut anda." Ini adalah permulaan bhajana-kriyā. Bhajana-kriyā bermakna penglibatan dalam pengabdian kepada Tuhan. Ini adalah peringkat ketiga.