MS/Prabhupada 0081 - Sifat Badan Yang Mendiami Planet Matahari Adalah Berapi-api
Lecture on BG 2.13 -- New York, March 11, 1966
Jadi di sini, di sini dikatakan bahawa dhīra, dhīra.
- dehino 'smin yathā dehe
- kaumāraṁ yauvanaṁ jarā
- tathā dehāntara-prāptir
- dhīras tatra na muhyati
- (BG 2.13)
Dehinaḥ. Dehinaḥ bermaksud "orang yang telah menerima badan jasmani ini." Asmin. Asmin bermakna "di dunia ini" atau "dalam kehidupan ini." Yathā, "seperti". Dehe. Dehe bermaksud "dalam badan ini." Kerana dehinaḥ bermaksud "seseorang yang telah menerima badan ini," dan dehe, "dalam badan ini." Saya berada dalam badan ini. Kini, saya bukan badan ini. Sama seperti anda berada dalam baju dan kot ini, begitu juga, saya juga berada dalam badan ini, badan kasar ini dan badan halus. Badan kasar ini diperbuat daripada tanah, air, dan api, udara dan eter ini, badan kasar ini, keseluruhan badan jasmani kita. Kini, dalam bumi ini, di dalam dunia ini, tanah sangat menonjol. Di mana-mana jua, badan inin, badan material ini di buat daripada 5 elemen iaitu tanah, air, api, udara dan eter. Inilah lima bahan-bahannya. Sama seperti bangunan ini. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada tanah, air dan api. Anda telah mengambil tanah, dan kemudiannya anda telah membuat batu bata dan dibakar ke dalam api, dan selepas mencampurkan tanah dengan air, anda membuat bentuk bata, dan kemudian anda masukkan ke dalam api, dan kemudiannya apabila ia sudah cukup kuat, maka anda aturkannya dalam bentuk sebuah bangunan besar. Jadi ia bukannya apa tetapi paparan bumi, air dan api, semata-mata. Itu sahaja. Begitu juga, badan kita juga dibuat dengan cara sebegitu: tanah, air, api, udara dan eter. Air ... Udara berlalu, pernafasan. Anda tahu. Udara sentiasa sahaja ada. Ini, kulit luar ini adalah tanah dan ada haba di dalam perut. Tanpa haba, anda tidak boleh mencerna apa-apa. Anda tahu? Sebaik sahaja haba berkurangan, kuasa mencerna anda menjadi buruk. Terlalu banyak benda. Inilah aturannya. Sekarang, dalam planet in kita mempunyai badan ini, di mana tanah sangat menonjol. Begitu juga, dalam planet lain, planet-planet lain, di suatu tempat air adalah sangat menonjol, suatu tempat api adalah sangat menonjol. Di planet matahari, badan-badan di sana ... Terdapat juga makhluk hidup, tetapi badan mereka dibuat dengan sebegitu dimana ianya berapi-api. Mereka boleh wujud dalam api. Mereka boleh wujud dalam api. Begitu juga, Varuṇaloka, di Venus, semua planet ini, mereka mempunyai badan yang bersifat berbeza.. Sama seperti di sini anda boleh mengalaminya di dalam air, akuatik, mereka mempunyai jenis badan yang berlainan. Selama bertahun-tahun adanya haiwan akuatik, mereka berada dalam air, mereka sangat selesa. Tetapi sebaik sahaja anda menariknya ke daratan, ia mati. Begitu juga, anda sangat selesa di daratan, tetapi sebaik sahaja anda dimasukkan ke dalam air, anda mati. Oleh kerana badan anda, pembinaan badan adalah berbeza, tubuhnya, pembinaan tubuh badan yang berbeza, badan burung ... Burung, burung berbadan berat, ia boleh terbang, tetapi ia adalah alat terbang yang dibina oleh Tuhan. Tetapi instrumen buatan manusia anda, ia hempas, terhempas. Anda lihat? Kerana ianya adalah barang buatan.
Jadi inilah aturannya. Setiap makhluk mempunyai sejenis badan yang tertentu. Dehino 'smin yathā dehe (BG 2.13).. Dan apakah sifat badan itu? Di sini perkara ini dijelaskan, iaitu bagaimana kita mengubah badan kita? Bagaimana ... Tetapi, tetapi, tetapi, ia adalah satu masalah yang sukar untuk kita kerana kita asyik dengan idea untuk mengenal pasti badan ini dengan roh. Yang pertamanya A-B-C-D pengetahuan rohani adalah untuk memahami bahawa "Saya bukan badan ini." Melainkan seseorang itu sangat yakin bahawa "Saya bukan badan ini", seseorang itu tidak akan maju dalam kehidupan rohani. Jadi pengajaran pertama dalam Bhagavad-gita adalah sebegitu. Jadi di sini, dehino 'smin. Sekarang, dehī, roh Roh, dehī bermaksud roh. Seseorang yang telah menerima badan ini, badan jasmani, beliau dipanggil dehī. Maka asmin, beliau berada di sana. Beliau berada di sana tetapi badannya mengalami perubahan