MS/Prabhupada 0082 - Krishna Berada Di Mana-Mana Jua



Lecture on BG 4.24 -- August 4, 1976, New Mayapur (French farm)

Penyembah: Kita mengatakan bahawa Krishna berada dalam rohani, dalam hati makhluk hidup.

Prabhupada: Krishna berada di mana-mana jua.

Penyembah: Sebagai orang atau sebagai tenaga?

Prabhupada: Di dalam tenaga-Nya. Juga sebagai orang, orang yang kita tidak dapat melihat dengan penglihatan kini, tetapi sebagai tenaga kita boleh merasainya. Lebihkan penjelasan ini. Oleh itu, apabila kita menyedari sepenuhnya, maka ayat ini, bahawa segala-galanya adalah brahma, sarvaṁ khalv idaṁ brahma... Seorang penyembah yang lebih mendalam, dia tidak melihat apa-apa kecuali Krishna.

Penyembah: Srila Prabhupada, adakah terdapat perbezaan yang sebenar antara tenaga material dan tenaga rohani?

Prabhupada: Ya, perbezaan, terdapat banyak perbezaan. Contoh yang sama iaitu elektrik. Begitu banyak benda bekerja, perbezaan dalam tenaga. Walaupun mesin imla sedang berjalan ianya adalah elektrik. Dengan tenaga yang sama, elektrik. Oleh itu Krishna bersabda ahaṁ sarvasya prabhavaḥ (BG 10.8). Beliau adalah asal-usul segala-galanya.

Penyembah: Ianya dijelaskan dalam Bhagavad-gita bahaawa seseorang itu berubah badan semasa hidup, tetapi kita melihat seorang lelaki hitam tidak pernah menjadi putih, atau ada sesuatu yang tetap, ada sesuatu yang berterusan dalam badan walaupun ia berubah. Apakah ia? Bagaimana ia terjadi, badan berubah tetapi kita masih boleh mengenali seseorang dari zaman muda ke zaman tua..

Prabhupada: Apabila anda lebih berkembang anda akan dapati tidak ada perbezaan antara hitam dan putih. Sama seperti bunga yang berputik, terdapat kepelbagaian warna. Ia berputik dari sumber yang sama. Oleh itu tidak ada apa-apa perbezaan, tetapi untuk menjadikannya cantik terdapat kepelbagaian warna. Di dalam sinaran matahari terdapat tujuh warna, dan dari tujuh warna itu, pelbagai warna yang keluar, asalannya satu warna, dan kemudian datang pelbagai warna. Adakah itu jelas atau tidak?

Penyembah: Srila Prabhupada, jika Krishna telah menciptakan segala sesuatu dan segala-galanya diserahkan kepada kehendak Krishna, bolehkah kita mengatakan sesuatu itu baik atau buruk?

Prabhupada: Tidak ada yang baik atau buruk, ia diada-adakan oleh pemikiran. Tetapi pada keseluruhannya, berada di dunia material bermakna segala-galanya tidak baik.